Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah, Guna Baking Soda?

Jeragat adalah merupakan salah satu masalah kulit yang sering berlaku. Ia membentuk tompok tompok hitam atau coklat di kawasan sekitar wajah. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Terdapat  pelbagai faktor yang menyebabkan jeragat antaranya ialah, terdedah kepada sinaran matahari, perubahan hormon, usia, penggunaan kosmetik, keturunan dan sebagainya.

petua hilangkan jeragat

Setakat ini, belum ada produk yang dijual khusus untuk menghilangkan jeragat melainkan berfungsi untuk memudarkan sahaja. Anda perlu dapatkan rawatan kulit untuk mengatasi masalah jeragat ini. 

Tetapi, tahukah anda terdapat beberapa petua hilangkan jeragat yang anda boleh cuba lakukan bagi membantu mengatasi masalah ini sedikit sebanyak. 

Jom, teruskan membaca. 

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah 

1. Gunakan Pencuci Muka 

Jeragat terjadi biasanya disebabkan oleh lebihan minyak, kehadiran bakteria dan sel-sel mati di kawasan wajah. Oleh itu, anda perlu sentiasa mencuci wajah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai. Anda juga disyorkan untuk menggunakan pencuci muka yang mempunyai bahan pencerah bagi memudarkan jeragat anda. 

Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk mencuci muka lebih dari 3 kali sehari kerana ia boleh menyebabkan wajah anda kering seterusnya memicu masalah kulit lain.

2. Gunakan Baking Soda

Baking soda dipercayai mempunyai fungsi untuk menyingkirkan kotoran pada wajah sekaligus membuang sel-sel kulit mati dan membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Oleh itu, ia sangat bermanfaat untuk mencegah serta membantu memudarkan jeragat. 

Anda hanya perlu mencampurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal dan kemudian, sapukan pada kawasan wajah anda yang berjeragat. Biarkan seketika (2-7 minit) dan cuci bersih. Jangan biarkan terlalu lama ya. 

Lakukan petua ini dua kali seminggu sehingga membuahkan hasil. Sekiranya anda mempunyai alahan atau kulit sensitif, elakkan menggunakan petua ini. 

3. Sapu Air Perahan Lemon 

Lemon mempunyai sifat asiditi yang tinggi kerana kaya dengan asid alpha hydroxy. Ini membuatkannya sangat bermanfaat untuk membuang sel kulit mati sekaligus untuk memudahkan pertumbuhan semula sel.

Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan pada wajah kerana bersifat astringen. Secara tidak langsung membantu untuk mencegah serta memudarkan jeragat pada wajah. 

Caranya mudah sahaja, anda perlukan kapas dan air perahan lemon. Celupkan kapas KE dalam perahan lemon dan sapukan pada kawasan wajah yang berjeragat. 

Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang petua ini setiap hari sebelum tidur. Walaubagaimanapun, sekiranya wajah anda terdapat  luka ataupun jerawat yang aktif, elakkan guna petua ini kerana ia boleh menyebabkan kepedihan. 

4. Topeng Muka/Oatmeal (Oatmeal Mask)

Selain mempunyai manfaat untuk kesihatan, oatmeal juga sangat berguna dalam kecantikan kulit wajah. 

Ia boleh dijadikan sebagai topeng muka yang berfungsi sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk membuang sel kulit mati, kotoran yang terkumpul serta menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah sekaligus membantu memudarkan jeragat.

Untuk membuat topeng muka oatmeal, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu air perahan  lemon, satu sudu madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Kacau semua bahan sehingga sebati dan membentuk tekstur seperti pes. 

Lembapkan kulit anda dengan basuhan air dan kemudian sapukan pes tersebut di seluruh wajah. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Atau, anda juga boleh jadikannya sebagai skrub muka. Campurkan serbuk oat dengan air kemudian biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

5. Cuka Epal

petua hilangkan jeragat

Seperti air perahan lemon, cuka epal juga mempunyai ciri-ciri dan manfaat untuk kulit yang lebih kurang sama. Ia mampu membantu mengurangkan minyak pada kulit wajah dan mempunyai ciri-ciri antiseptik serta bersifat anti-bakteria yang mampu membantu melawan jerawat.

Untuk menggunakannya, campur satu sudu apple cider ke dalam satu cawan air. Kemudian, sapukan pada kulit wajah terutamanya kawasan yang berjeragat. Anda boleh menggunakan kapas untuk sapu pada wajah anda. Biarkan selama kira-kira 10 minit dan bilas bersih dengan air suam.

6. Krim Benzoil Peroksida

Benzoil Peroksida adalah merupakan sejenis krim yang boleh membantu menghilangkan jerawat dalam masa yang sama, ia juga mampu memudarkan jeragat. Ia berfungsi dengan membunuh bakteria pada permukaan kulit dan dengan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.

Namun anda perlukan menggunakan pelembap muka sebelum menyapu krim ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

7.  Rawatan Kulit

Ini merupakan langkah yang paling efektif untuk menghilangkan jeragat. Dengan mendapatkan rawatan kulit, anda boleh mengenalpasti masalah kulit yang menyebabkan berlakunya jeragat beserta rawatan yang sesuai untuk menghilangkannya. 

Kesimpulan 

Petua hilangkan jeragat yang disenaraikan di atas mungkin mempunyai kesan yang berbeza untuk setiap individu. Penjagaan kulit wajah yang betul dapat membantu mencegah terjadinya jeragat dan juga memudarkan jeragat sekiranya ada.

Oleh itu, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah penjagaan wajah yang betul dan tidak lupa memakai sunscreen setiap hari. Amalkan juga pemakanan yang sihat untuk kulit wajah yang sihat. 

Sumber: https://siraplimau.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161