Petua Hilangkan Kencing Kotor, Jangan Lupa Buang Air Selepas Seks!

Kencing Kotor

Kencing kotor atau jangkitan saluran kencing adalah merupakan satu keadaan dimana pesakit akan berasa sakit ketika hendak membuang air, kencing tidak lawas, dan adakalanya akan menyebabkan bau di kawasan kemaluan. Bahkan ia juga boleh menyebabkan pesakit mengalami demam serta menggigil. 

Petua Hilangkan Kencing Kotor

Keadaan ini juga dikenali sebagai UTI, iaitu singkatan bahasa inggerisnya; urinary tract infection. Jangkitan ini selalu berlaku dalam kalangan wanita. 

Disebabkan oleh beberapa faktor seperti segan untuk berjumpa doktor, pesakit biasanya akan mencuba cara alternatif dahulu untuk menyembuhkan jangkitan tersebut. 

Walaubagaimanapun, anda perlu sedar tidak semua yang dipaparkan di internet adalah benar dan berkesan lebih-lebih lagi yang melibatkan hal kesihatan. Oleh itu, anda harus sentiasa berwaspada. 

Namun begitu, anda boleh cuba lakukan beberapa petua hilangkan kencing kotor yang disenaraikan dibawah sekiranya kerap mengalami jangkitan tersebut.

Petua ini merangkumi hal kebersihan diri dan gaya hidup yang anda perlu ubah dan lakukan bagi mengelakkan terkena kencing kotor.

Teruskan membaca. 

Tips & Petua Hilangkan Kencing Kotor 

Petua Hilangkan Kencing Kotor

1. Minum Air Putih Secukupnya

Dengan pengambilan air putih secukupnya, ia akan membantu untuk mempercepatkan penyembuhan. 

Hal ini kerana, pengambilan air yang cukup akan mempercepatkan proses ‘mengeluarkan’ bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan daripada saluran uretra melalui air kencing. Selain itu, ia juga akan membantu mengurangkan rasa sakit kerana air kencing akan jadi lebih cair. 

Elakkan pengambilan minuman yang manis dan bergas. 

2. Kerapkan Kencing

Jangan menahan kencing walaupun sakit. Apabila anda minum air secukupnya, secara tidak langsung anda akan kerap ke tandas. Dengan kerap kencing, proses penyembuhan jangkitan saluran kencing akan lebih cepat. 

3. Minum Jus Kranberi 

Amalkan pengambilan jus kranberi untuk mengelakkan masalah kencing kotor. Hal ini kerana, kranberi mengandungi sejenis bahan aktif yang dikenali sebagai A-type proanthocyanidins yang dapat menghalang bakteria pada permukaan pundi kencing, lebih-lebih lagi bakteria E. coli.

Walaubagaimanapun, masih banyak kajian lagi yang perlu dilakukan bagi membuktikan fungsi jus kranberi ini. 

4. Gunakan Heating Pad Atau Kain Panas

Ambil heating pad atau kain panas dan  diletakkan pada bahagian bawah abdomen anda untuk mengurangkan rasa sakit. Selain itu, anda boleh juga cuba mandi dengan air panas.

5. Buang Air Kecil Selepas Melakukan Seks

Untuk mengurangkan risiko kencing kotor, pastikan anda membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks. Hal ini kerana, membuang air selepas melakukan hubungan seks dapat mengeluarkan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.

Disamping itu, anda juga digalakkan untuk membasuh kemaluan selepas dan sebelum melakukan seks bagi mengelakkan akteria yang boleh menyebabkan kencing kotor memasuki saluran uretra.

TIPS: Sebelum melakukan seks, minum segelas air terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuang air.

6. Elakkan Melakukan Hubungan Seks

Sebenarnya anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks ketika sedang mengalami simptom kencing kotor. Hal ini kerana, dikhuatiri akan menambah teruk keadaan jangkitan pada saluran kencing anda. 

Namun sekiranya anda tidak berjaya untuk mengelak, pastikan anda amalkan tips pada point no 5 ya!

7. Lap Kemaluan Dari Depan Ke Belakang 

Seperti yang kita sudah ketahui, masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria. 

Bakteria E.coli lebih mudah didapati pada kawasan dubur. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengelap kemaluan dari depan ke belakang agar bakteria yang terdapat pada dubur tidak masuk kemaluan anda. 

Hal ini amat penting untuk kita mengamalkan lebih-lagi bagi kaum Hawa yang mempunyai uretra lebih pendek berbanding lelaki (jangkitan lebih cepat berlaku). 

Selain itu, sekiranya anda sedang datang bulan, pastikan anda sering menukar pad bagi mengelakkan jangkitan. 

8. Jangan Pakai Pakaian Dalam Yang Ketat

Pakai pakaian dalam yang selesa, tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Anda disyorkan untuk memakai pakaian dalam yang berbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh.

Sebarang lembapan pada kawasan alat sulit boleh boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/ , hellodoktor.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161