Ibu Menghidap Diabetes Gestasi? Ini 5 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung

Bagi ibu yang sedang hamil, diabetes gestasi merupakan satu perkara yang pasti menjadi igauan. Penyakit ini bukan sahaja akan memberi impak negatif terhadap ibu, ia juga boleh membawa mudarat kepada bayi dalam kandungan.

Jika anda sedang mencari petua hilangkan kencing manis ketika mengandung, anda berada di tempat yang betul!

Masalah diabetes gestasi sebenarnya boleh diatasi. Malah, bagi ibu yang menghidapnya, ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan kadar gula dalam darah dalam kawalan.

Jika anda ingin tahu apakah petua hilangkan kencing manis ketika mengandung, mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

5 Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung

Di Amerika Syarikat, hampir 135,000 orang ibu mengandung menghidap diabetes gestasi setiap tahun.

Ada beberapa golongan yang mempunyai risiko diabetes gestasi yang lebih tinggi. Antaranya:

  1. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.
  2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes.
  3. Berusia 25 tahun ke atas ketika hamil.
  4. Pernah menghidap diabetes gestasi pada kehamilan sebelum.
  5. Pernah melahirkan anak yang bersaiz besar.

Bagi wanita yang sedang hamil, ada 5 petua hilangkan kencing manis ketika mengandung. Antara tip yang berkesan ialah:

1. Kekalkan berat badan yang sihat

petua hilangkan kencing manis ketika mengandung

Berat badan yang sihat ketika hamil bukan sahaja penting untuk kesihatan anak dalam kandungan, ia juga bermanfaat untuk ibu.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, penurunan sebanyak 5% hingga 7% dapat mengurangkan risiko diabetes gestasi. Malah, penurunan berat badan ketika hamil juga dapat membantu mengekalkan kesihatan ibu selepas melahirkan anak.

2. Lakukan senaman

Jika badan anda membenarkan, cuba lakukan senaman ringan. Ini dapat memastikan tahap gula dalam darah berada dalam julat yang normal.

Menurut kajian, wanita yang aktif sebelum dan selepas hamil dapat mengurangkan risiko diabetes gestasi sebanyak 70%. Selalunya, wanita ini melakukan senaman sekurang-kurangnya 4 jam setiap minggu.

Lakukan senaman seperti berbasikal, yoga dan aerobik berimpak rendah.

Senaman lain seperti berenang dan berjalan kaki juga sesuai untuk ibu hamil. Ini merupakan salah satu petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang sangat berkesan.

3. Periksa kadar gula dalam darah lebih awal

petua hilangkan kencing manis ketika mengandung

Jika anda merancang untuk hamil, cuba periksa kadar gula dalam darah lebih awal. Pastikan kadar gula dalam darah berada dalam julat yang normal.

4. Tambah lebih banyak makanan yang sihat dalam diet

Lebihkan makanan yang mengandungi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Bercakap dengan doktor tentang diet anda jika anda risau mengenai diabetes gestasi.

Walau bagaimanapun, tidak ada ‘diet khas’ untuk mereka yang menghidap penyakit ini. Dengan pemakanan yang sihat, kondisi ini selalunya boleh dikawal.

Paling penting, elakkan pengambilan makanan yang diproses kerana ia tidak mengandungi sebarang kalori. Selain itu, tambah lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet.

5. Kurangkan makanan manis

Elakkan makanan yang manis, terutamanya dari pencuci mulut seperti kek dan minuman manis.

Adakah penghidap kencing manis berisiko menghidap diabetes gestasi?

petua hilangkan kencing manis ketika mengandung

Wanita yang menghidap diabetes gestasi mempunyai risiko sebanyak 50% untuk menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari. Sebab itulah, ibu yang menghidap diabetes gestasi perlu melakukan pemeriksaan susulan selepas melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, dengan diet yang sihat, senaman dan penurunan berat badan, risiko diabetes boleh dikurangkan.

Malah, menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2015, wanita yang menyusukan anak kurang berisiko untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding ibu yang tidak menyusukan anak.

Kesan diabetes gestasi terhadap bayi

Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang menghidap diabetes gestasi selalunya lebih besar daripada biasa. Ini akan membuatkan proses kelahiran lebih sukar. Malah, ibu juga berisiko melahirkan anak melalui c-section.

Selain itu, ibu yang menghidap diabetes gestasi juga mempunyai risiko untuk melahirkan bayi tidak cukup bulan. Apabila anak semakin besar, mereka juga berisiko mengalami diabetes jenis 2.

Kesimpulan

Jika anda merancang untuk hamil, pastikan badan anda sentiasa sihat. Lakukan senaman dan makan makanan yang sihat sebelum hamil untuk mengurangkan risiko diabetes gestasi.

Bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, anda boleh mengurangkan risiko diabetes dengan cara menurunkan berat badan.

Jika anda menghidap diabetes atau diabetes gestasi, jangan sesekali ponteng janji temu bersama doktor. Doktor atau jururawat yang bertugas boleh memberi anda beberapa petua hilangkan kencing manis ketika mengandung untuk pastikan kehamilan kekal selamat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: