Petua Hilangkan Selsema Dewasa Menggunakan Kaedah Semulajadi, Terbukti Berkesan!

Selesema adalah merupakan salah satu jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh virus. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada hidung, sinus, tekak, trakea dan beberapa bahagian organ yang berkaitan. 

Antara gejala utama selesema ialah, hidung berair dan tersumbat akibat dipenuhi oleh mukus ataulebih dikenali sebagai hingus. Selain itu, individu yang dijangkiti selesema juga biasanya akan mengalami:-

  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Suara serak
  • Hilang selera makan

Walaubagaimanapun, tidak semua akan mengalami gejala yang disenaraikan diatas. Hal ini kerana, sekiranya sistem imun tubuh anda kuat, anda akan dapat melawan jangkitan tersebut sekaligus mengurangkan gejala-gejalanya.

Mari ketahui petua hilangkan selsema dewasa menggunakan cara semulajadi yang mudah dan berkesan di bawah. 

Petua Hilangkan Selsema Dewasa

1. Banyakkan Minum Air Putih 

Petua Hilangkan Selsema Dewasa

Untuk mengekalkan hidrasi tubuh, pastikan anda minum air putih secukupnya. Tidak diragukan lagi, air putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan. 

Air yang mencukupi dalam tubuh membolehkan sistem imun kita bekerja dengan baik untuk melawan virus jangkitan selesema. 

Anda disyorkan untuk minum 8 gelas sehari bagi memastikan tekak anda bersih daripada kuman yang boleh menyebabkan selsema serta mengurangkan rasa sakit tekak. 

2. Tidur & Rehat 

Petua Hilangkan Selsema Dewasa

Tubuh yang lemah akan mudah dijangkiti penyakit termasuklah selesema. Ini kerana daya ketahanan tubuh akan turut menjadi lemah.

Oleh itu, anda perlu mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya untuk memastikan daya ketahanan tubuh anda meningkat kembali. 

Elakkan tidur lambat dan bekerja sehingga kepenatan tanpa rehat yang cukup untuk mengelakkan tubuh anda menjadi semakin lemah. 

3. Minum Minuman Panas

Petua Hilangkan Selsema Dewasa

Minum air panas seperti teh untuk membantu melegakan hidung tersumbat serta melegakan tekak anda. Wap daripada air panas mampu membantu mencairkan lendir hingus yang menyebabkan hidung anda tersumbat.

Selain itu, ia juga membantu mengekalkan hidrasi tubuh dengan mengantikan cecair tubuh yang hilang. 

Fuh, lega rasanya minum panas-panas bila selesema tau. Cuma elakkan minuman yang manis ya, 

4. Amalkan Madu & Halia

Madu dan halia mempunyai sifat antibakteria yang mampu membantu melawan pelbagai jenis penyakit termasuklah melegakan selesema. Selain itu, ia juga membantu merawat gejala-gejala selesema temasuklah demam, keletihan, sakit tekak dan sebagainya.

Cara penggunaannya mudah sahaja, anda perlukan lebih kurang dua buku halia, madu dan air putih. Kisarkan ketiga-tiga bahan ini bersama. 

Amalkan minum air halia madu ini tiga kali sehari sehingga selesema anda membaik. 

5. Wap

Masukkan air ke dalam besen yang sederhana besar. Ambil tuala dan tutup kepala anda sambil letakkan wajah anda tepat-tepat di atas besen tersebut. Biarkan lendir dan hingus mengalir keluar. Wap selama 15 minit.

Anda juga boleh campurkan minyak kayu putih, bawang putih, halia dan lain-lain ke dalam besen tersebut.

6. Mandi Stim/Sauna

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk mandi stim atau sauna. Tutup bilik mandi anda dan biarkan air hangat (pastikan tidak terlalu panas) mengalir untuk mencipta suasana seperti sauna. 

Mandi seperti biasa menggunakan air hangat dengan suasana sauna untuk melegakan selesema beserta gejalanya. 

Kesimpulan 

Sekiranya anda telah mencuba kaedah di atas namun masih tidak berkesan dan telah mengalami selesema dalam tempoh lebih seminggu, sila pastikan anda dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik berhampiran. 

Hal ini kerana, ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius. Dapatkan rawatan awal untuk mengelakkan ia bertambah teruk.

Sumber: https://mykmu.net/, hellodoktor.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161