Pilihan Rawatan Dan Ubat Buasir Yang Berkesan

Buasir adalah merupakan penyakit yang terjadi apabila saluran darah di bahagian rektum/dubur bengkak dan membesar.

Keadaan ini akan berlaku disebabkan oleh keradangan. Salah satu simptom yang ketara dialami oleh pesakit buasir ialah rasa gatal di bahagian lubang dubur, tidak selesa dan juga sakit. Bahkan, keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan terutamanya apabila membuang air besar. 

Dalam sesetengah kes, penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya namun anda juga pesakit perlu memakan ubat buasir untuk melegakan kesakitan. 

Jenis Buasir

ubat buasir

Terdapat dua jenis buasir yang boleh dikenalpasti iaitu buasir dalaman dan juga buasir luaran. Simptom dan gejala yang ditunjukkan oleh kedua-dua buasir ini adalah berbeza. 

Buasir Luaran

Keadaan ini terjadi apabila saluran darah di bahagian bawah kulit luar dubur bengkak atau mengalami keradangan dan menyebabkan kesakitan apabila pesakit membuang air. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. 

Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Buasir Dalaman

Keadaan ini pula terjadi apabila pembengkakan berlaku di saluran darah vena di bahagian lapisan dalam rektum. Antara petanda yang jelas ialah apabila pesakit membuang najis, najis tersebut akan berlumuran darah namun tidak merasakan apa-apa kesakitan. 

Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

ubat buasir

Pilihan Rawatan Dan Ubat Buasir Yang Berkesan 

1. Ubah Gaya Hidup

Untuk merawat gejala buasir, pesakit disarankan untuk mengubah gaya hidup. Sekiranya perubahan gaya hidup tidak membantu, rawatan lebih lanjut akan diberikan termasuklah pembedahan.

Rawatan yang dipertimbangkan adalah untuk membantu mengurangkan kesakitan, mengelakkan pendarahan, melegakan kegatalan dan ketidakselesaan pesakit. 

1.1 Makan makanan tinggi kandungan serat

Salah satu punca terjadinya buasir adalah disebabkan oleh tindakan meneran terlalu kuat ketika membuang air besar. Ini terjadi apabila individu tersebut mengalami masalah sembelit atau najis yang keras.

Untuk mengelakkan perkara ini, pengambilan serat adalah penting bagi memastikan proses penghadaman berjalan dengan lancar dan najis yang dihasilkan lembut dan mudah untuk dicerna. Contoh makanan tinggi serat adalah, buah dan sayuran. 

1.2 Minum banyak air

Pengambilan cecair yang mencukupi akan memudahkan anda membuang air besar. Secara tidak langsung, ia akan mengelakkan berlakunya pendarahan atau unjuran (buasir) terkeluar daripada dubur. 

1.3 Elakkan pengambilan kafein 

Pengambilan kafein boleh menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, elakkan minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya. 

1.4 Turunkan Berat

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk mendapat buasir. Oleh itu, sekiranya and amempunyai buasir, usahakan untuk turunkan berat badan bagi mengurangkan tahap kesakitan (keterukan) buasir anda. 

2. Ubat Buasir

Terdapat beberapa jenis ubat buasir yang boleh digunakan untuk membantu pesakit menguruskan gejala yang dialami. Ubat-ubatan ini boleh didapatkan di hospital atau klinik dengan preskripsi doktor. 

Fungsi ubat-ubatan ini adalah untuk melegakan gejala buasir, mengurangkan bengkak dan ubat tahan sakit.

Anda juga dinasihatkan agar tidak menggunakan ubat yang diberikan lebih daripada seminggu secara berturut-turut. Hal ini kerana, terdapat ubat buasir yang boleh menyebabkan iritasi dan kerengsaan pada bahagian dubur anda serta menjadikan kulit semakin nipis. 

  • Kortikosteroid: Mengurangkan kesakitan serta keradangan yang berlaku.
  • Laxatives: Membantu masalah sembelit untuk mengurangkan gejala buasir. 

3. Rawatan Bukan Pembedahan 

Sekiranya perubahan gaya hidup serta ubat yang dibekalkan tidak memberi kesan positif terhadap masalah buasir yang dialami pesakit, rawatan bukan pembedahan yang boleh dipertimbangkan ialah:-

Ligation: Rawatan ligation atau ligasi gelang patah ini sesuai untuk merawat buasir dalaman. Sebuah gelang getah diletakkan di atas longgokan untuk memotong bekalan darahnya, menyebabkan ia jatuh. Luka biasanya sembuh dalam satu hingga dua minggu dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Suntikan sclerotherapy: Sejenis cecair akan disuntik ke dalam kawasan (buasir) yang membengkak untuk membolehkannya mengecut . 

4. Rawatan Pembedahan 

Rawatan pembedahan dilakukan untuk menyingkirkan buasir secara kekal. Tisu yang berlebihan akan dibuang dalam pembedahan ini. Rawatan ini akan dipertimbangkan segera apabila:-

  • Rawatan ligation gagal
  • Pendarahan berlaku berterusan
  • Buasir semakin terkeluar/menonjol
  • Terdapat darah beku

Sumber: https://www.homage.com.my/ms/kesihatan/buasir/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161