Punca Dan Rawatan Perut Kerap Berangin
Perut berangin terjadi apabila saluran usus dan pemakanan dipenuhi dengan air ataupun udara. Kebiasaannya, perut berangin sering digambarkan sebagai rasa penuh, senak ataupun kembung di bahagian abdomen. Kawasan abdomen atau perut juga terasa kembung, keras dan sakit perut. Perut berangin juga sering terjadi dengan simptom simptom lain seperti:
- Sakit perut
- Angin berlebihan(sendawa)
- Kerap rasa mual dan ingin muntah
- Perut berbunyi ataupun rasa tidak selesa
Tanda dan Gejala
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas di dalam usus.
Sendawa –
Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
Kembung –
perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
Perut meragam –
berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
Ujian pemeriksaan
Kebiasannya perut berangin tidak memerlukan ujian dan rawatan lanjut. Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, seperti perut berangin yang dialami bersama dengan simptom lain, anda mungkin memerlukan ujian lebih lanjut. Antaranya:
- Sakit perut berpanjangan
- Najis berdarah, ataupun berwarna hitam
- Demam panas
- Cirit birit
- Pedih ulu hati yang semakin teruk
- Muntah
- Susut berat badan
Anda juga akan diberi perhatian lebih oleh doktor sekiranya anda mempunyai beberapa penyakit lain seperti ulser pada perut, kanser, penyakit hati dan juga pankreas yang menyebabkan anda berisiko mengalami komplikasi lain.
Rawatan
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai.
Antara ujian yang diperlukan adalah ujian darah, ujian Xray abdomen, ujian CT abdomen dan juga pemeriksaan najis bagi mengenal pasti sebarang jangkitan usus.
Selain itu, anda juga mungkin memerlukan ujian lanjut bagi mengesan sebarang gangguan pada sistem penghadaman seperti ujian fungsi pankreas, ujian endoskopi iaitu memasukkan kamera ke dalam usus bagi melihat sebarang gangguan struktur sistem usus, ujian biopsi iaitu mengambil sedikit tisu dari usus bagi pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti sebarang masalah radang ataupun alergi.
Jangan berasa panik sekiranya perkara ini terjadi kepada anda. Elakkan makan makanan yang mengadungi angin seperti bawang dan beberapa sayur-sayuran yang lain. Jika keadaan semakin melarat, dapatkan rawatan doktor secepatnya.