Punca Gout, Tanda-Tandanya Serta Rawatan Yang Perlu

Gout adalah merupakan sejenis  penyakit keradangan atau arthritis yang menyebabkan bengkak dan sakit pada kawasan sendi.  

Untuk pengetahuan anda, kaum lelaki yang berada dalam lingkungan umur 30 tahun dan ke atas mempunyai risiko  yang tinggi untuk terkena penyakit ini. Manakala untuk kaum wanita pula, penyakit ini sering menyerang wanita yang sudah menopause atau putus haid. 

Walaupun penyakit gout ini dikatakan sebagai penyakit keturunan namun ramai pesakit yang menghidapi penyakit ini tidak mempunyai sejarah keturunan yang mengalami penyakit gout. 

Mari ketahui punca gout, gejala-gejalanya serta rawatan yang bersesuai di bawah.

Punca Gout

punca gout

Punca gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi.  Keadaan ini digelar hiperurisemia (kadar asid urik yang tinggi). 

Berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkirkan asid urik di dalam tubuh secara efisien lalu menyebabkan berlakunya pengumpulan asid urik atau badan kita menghasilkan terlalu banyak asid urik disebabkan oleh beberapa faktor. 

Ia sering berlaku pada sendi kaki terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, buku lali, jejari tangan, pergelangan tangan, siku bahkan juga boleh menyerang sendi sendi yang besar seperti lutut sehingga membataskan pergerakan pesakit. Serangan gout berlaku hanya membabitkan satu sendi pada satu masa. 

Punca gaut boleh dikategorikan kepada dua:-

  1. Disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam tubuh badan.
  2. Disebabkan oleh asid urik yang tidak dapat dibuang secara efektif daripada tubuh badan.

Kedua-dua sebab ini menyebabkan pengumpulan asid urid berlaku terutamanya di kawasan sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi seperti yang dinyatakan di atas. 

Pengumpulan asid urik yang berlebihan menyebabkan berlakunya pembentukan kristal berbentuk seperti jarum pada sendi. Selain itu Ia juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

Akibat pengumpulan yang terjadi ini ia menyebabkan  pembentukan benjolan kecil pada kulit yang digelar ‘tophi’ (to-fai). Benjolan ini boleh menjadi besar sehingga pecah. Bila pecah ia akan mengeluarkan bahan seperti warna putih seperti kapur. 

Pengumpulan asid urik berlaku berkemungkinan disebabkan oleh  beberapa faktor seperti:-

  • Keturunan
  • Obesiti
  • Pengambilan Protein Yang Berlebihan
  • Pengambilan Alkohol Yang Berlebihan
  • Kerosakan Buah Pinggang
  • Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu Seperti Aspirin
  • Kekurangan Air Di Dalam Tubuh Yang Serius

Gejala-Gejala Gout 

Salah satu gejala gout yang boleh dilihat secara atau kasar ialah berlakunya benjolan pada kawasan sendi dan terasa sakit terutamanya di sendi ibu jari kaki,jari-jari tangan, lutut dan pergelangan kaki.

Punca Gout, Tanda-Tandanya Serta Rawatan Yang Perlu

Kawasannya bengkak tersebut akan terasa sakit apabila disentuh ataupun tidak dan juga boleh menyebabkan pesakit demam sehingga menggigil kerana kesakitan teruk. Serangan gout boleh terjadi secara tiba-tiba dan lebih ketara pada waktu tengah malam. 

Tahap-tahap Gout

Dapat empat tahap gout iaitu:-

  • Tahap pertama (asimptomatik):  Biasanya pada tahap pertama gout tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda.
  • Tahap kedua (akut): Serangan gout muncul secara tiba-tiba dan biasanya menyerang tisu lembut beberapa sendi tetapi sakitnya  juga akan hilang dengan cepat. 
  • Tahap ketiga (inter kritikal): Serangan gout boleh berlaku selama beberapa Bulan atau bertahun lamanya untuk sembuh. 
  • Tahap keempat ( kronik):  Serangan gout berlaku berulang kali (‘Polyarticular Gout’). Ia menyebabkan rasa sakit bengkak, kemerahan dan terdapat banyak benjolan bahkan boleh menyebabkan demam.  sekiranya berlanjutan ya boleh menyebabkan kerosakan pada ginjal, hipertensi dan juga pembentukan batu karang. 

Cara Mencegah Gout

  • Mengekalkan berat badan yang sihat:  Lakukan senaman dan kawal pemakanan anda.
  • Minum  air putih secukupnya:  Hal ini adalah amat penting untuk mengekalkan tubuh kita sentiasa mempunyai kadar hidrasi yang cukup. Kurangkan minuman yang  mengandungi gula atau perisa.
  •  Hadkan pengambilan alkohol: Pastikan anda menghadkan pengambilan alkohol terutamanya bir semasa mengalami serangan gout. 
  • Kurangkan makanan yang mengandungi tinggi protein  dan  asid urik seperti makanan laut.  Selain itu anda juga disyorkan untuk mengurangkan pengambilan ikan, daging dan ayam. Ambil produk tenusu rendah lemak untuk menggantikan protein. 
  • Hadkan pengambilan sardin dan ikan bilis.
  • Elakkan makan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan otak.
  • Ambil secara berhemah sayuran seperti asparagus, kekacang, pis, cendawan, bunga kobis, dan bayam. 

Rawatan

Rawatan utama untuk penyakit gout ialah melalui pengambilan ubatan seperti ‘Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)’, Colchicine (kol-chi-sin), atau ‘Glucocorticoids’. Rawatan jangka panjang ialah terapi ‘Anti-hyperuricemik’.

Mengamalkan pemakanan yang betul anda juga boleh mampu mengurangkan serangan gout. 

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161