Rahim Jatuh, Bagaimana Ia Boleh Terjadi & Apa Puncanya?
Pernah dengar tak orang tua-tua dulu selalu cakap, jangan angkat berat nanti rahim jatuh, perempuan tak boleh buat itu ini, dan sebagainya.
Tapi sebenarnya apa maksud rahim jatuh ni? Betul ke kalau angkat berat rahim boleh jatuh?
Mari kita rungkai satu persatu, maksud rahim jatuh besera punca-puncanya.
Apa Maksud Rahim Jatuh?
Rahim jatuh atau dalam secara saintifiknya ia digelar Anterior Vaginal Prolapse, ialah satu keadaan yang di mana tisu sokongan di antara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah.
Keadaan ini juga boleh mengakibatkan pundi kencing tersembul masuk ke dalam faraj serta menyebabkan pelbagai masalah terutamannya selepas menopaus kerana hormon estrogen yang turun mendadak.
Simptom-Simptom
Berikut ialah antara simptom-simptom yang menjadi petanda sekiranya anda mengalami keadaan tersebut:
- Jangkitan pundi kencing yang berterusan
- Rasa tidak selesa ketika batuk, bersin, mencangkung atau mengangkat barang berat
- Rasa pundi kencing masih belum kosong walaupun selepas membuang air kecil
- Rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Rasa ada tekanan pada pelvis dan faraj
- Rasa sakit pada bahagian bukaan faraj
NOTA: Selalunya, simptom-simptom ini menjadi lebih ketara apabila anda berdiri dalam tempoh yang agak lama dan mungkin hilang apabila berbaring.
Punca Rahim Jatuh
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan rahim anda turun atau jatuh, antaranya ialah disebabkan oleh tekanan pada lantai pelvis.
Untuk pengetahuan anda, lantai pelvis terdiri daripada otot, ligamen dan tisu penghubung yang menyokong organ-organ pelvis. Sokongan ini boleh menjadi lemah dari masa ke semasa akibat beberapa faktor risiko seperti trauma.
Contohnya, trauma yang disebabkan oleh proses kehamilan, kelahiran, batuk yang kronik, kerap mengangkat barang yang berat, sembelit, genetik, obesiti, kesan selepas pembedahan pelvis atau pembuangan rahim, menopause dan sebagainya,
Untuk mengetahui punca yang spesifik, sila berjumpa dengan pakar perubatan.
Jenis-Jenis Rahim Jatuh
Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis keadaan rahim jatuh. Mari baca di bawah.
- Vaginal vault prolapse: Kawasan atas faraj jatuh ke dalam ruang faraj. Biasanya berlaku pada wanita yang pernah melakukan pembuangan rahim.
- Uterine prolapse: Rahim terturun ke dalam ruang faraj. Boleh menyebabkan rahim membengkak dan terkeluar daripada bukaan faraj.
- Cystocele: Keadaan dimana pundi kencing turun ke dalam ruang faraj. Biasanya ia berlaku serentak dengan kondisi jenis urethrocele.
- Urethrocele: Tiub uretra turun ke dalam ruang faraj.
- Rectocele: Rektum membengkak dan termasuk atau terkeluar daripada ruang faraj.
- Enterocele: Usus kecil membengkak lalu melekat pada dinding belakang faraj. Biasanya berlaku serentak dengan keadaan jenis vaginal vault prolapse.
Rawatan
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami sebarang kesakitan atau tanda-tanda yang dinyatakan diatas. Jangan berlengah tau kerana ia boleh menyebabkan keadaan anda bertambah teruk.
Untuk mengelakkan situasi rahim anda jatuh, biasakan diri melakukan senaman kegel seperti yang dilakukan dalam yoga beberapa kali sehari serta sentiasa memastikan berat badan anda kekal ideal.
Sumber: https://hellodoktor.com/