Rasa Mual Selepas Makan Vitamin? Ini Penyebabnya

Pengambilan vitamin sememangnya merupakan satu keperluan wajib bagi mengekalkan kesihatan badan. Tidak dinafikan, ramai orang yang kekal kekal bertenaga menjalani aktiviti harian selepas mengambil vitamin.

Walaupun memberi manfaat yang baik kepada tubuh badan kita, ada segelintir orang yang akan berasa mual selepas mengambil vitamin. Mesti anda tertanya-tanya dan bimbang mengapa mereka akan berasa mual selepas mengambil vitamin.

Untuk mengetahui punca dan cara untuk mengelakkan rasa mual, semak penjelasan yang kami sediakan di bawah ini.


1. Ambil Vitamin Ketika Perut Kosong

Kenapa boleh rasa mual selepas mengambil vitamin? Salah satu puncanya adalah kerana anda mengambil vitamin ketika perut masih kosong.

Rasa mual akan berlaku jika anda mengambil vitamin C ketika perut kosong kerana suplemen ini mengandungi kadar asid yang tinggi.

Oleh sebab itu anda akan mudah berasa mual ketika mengambil vitamin C ketika perut sedang kosong. Untuk mengurangkan rasa mual, sebaiknya ambil sedikit makanan terlebih dahulu.


2. Terlalu Banyak Kandungan Zat Besi

Penambahan zat besi ke dalam badan ketika hamil sangat diperlukan bagi menghindari risiko kekurangan darah atau anemia. Namun, jika pengambilan zat besi secara berlebihan pula akan mengakibatkan anda berasa mual.

Menurut Dr.David Poppers, seorang ahli gastroenterologi di New York University Langone Medical Center, Amerika Syarikat, pengambilan zat besi ketika perut kosong juga boleh menjadi punca anda berasa mual.

Oleh itu, Doktor David menyarankan supaya anda segera makan selepas mengambil zat besi bagi mengelakkan rasa mual.

“Proses penyerapan zat besi yang diambil bersama makanan mungkin boleh berkurang, tetapi ini lebih baik daripada mineral ini tidak diserap sama sekali,” jelasnya.

Untuk mengelakkan rasa mual, anda juga boleh mengambil zat besi sebelum tidur.


3. Vitamin Diambil Bersama Ubat Lain

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa multivitamin boleh menyebabkan kesan sampingan ketika diambil bersama dengan ubat lain. 

Untuk mengatasi hal ini, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Mual selepas mengambil vitamin boleh diatasi dengan mengambil ubat terlebih dahulu. Selepas itu, tunggu beberapa ketika sebelum anda mengambil vitamin.

Namun, anda juga boleh mengambil vitamin terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Pastikan anda tidak mengambil kedua-duanya sekaligus.

Untuk tidak menimbulkan kesan sampingan, sebaiknya anda perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu berkenaan vitamin yang anda ambil.


4. Terlalu Banyak Pengambilan Vitamin

Menurut Dr. David Poppers, mual juga boleh berpunca daripada pemgambilan beberapa jenis vitamin dalam masa yang sama, lebih-lebih lagi vitamin yang diambil merupakan vitamin yang larut dalam lemak seperti vitamin A, D, dan E.

Berbeza dengan vitamin yang larut dalam air, tubuh kita tidak mengeluarkan sisa pengolahan vitamin larut dalam lemak melalui air kencing.

Kesannya, anda akan mengalami gejala keracunan seperti mual dan diarea. Untuk mencegahnya, anda dinasihatakan untik tidak mengambil lebih dari dos harian yang disarankan. 

Dos vitamin A yang disarankan adalah 700 mikrogram untuk wanita dan 900 mikrogram untuk lelaki. Manakala, dos vitamin D sebanyak 15 mikrogram dan vitamin E sebanyak 15 miligram per hari. 


5. Mengambil Vitamin Sebelum Melakukan Aktiviti Berat

Ramai yang mengambil vitamin sebelum melakukan aktiviti berat seperti bersukan kerana beranggapan bahawa mampu memberikan tenaga.

Namun tindakan anda salah kerana pengambilan vitamin sebelum melakukan aktiviti berat juga boleh mengakibatkan anda berasa mual. Sebaiknya, hindari mengambil vitamin sebelum bersukan ya.

Baca Juga:Khasiat Chia Seed, Membantu Menurunkan Berat Badan Secara Efisien

Vitamin berbentuk suplemen boleh menjadi alternatif untuk memenuhi nutrisi tubuh. Namun, vitamin jenis ini boleh menimbulkan kesan samping. Mual selepas minum vitamin merupakan salah-satu contoh kesan sampingan yang muncul ketika suplemen ini diambil secara sembarangan.

kesan sambilan akibat pengambilan vitamin juga bergantung kepada kondisi tubuh anda.

Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor jika anda mengalami kesan sampingan seperti ini. Tanya kepada doktor apa jenis vitamin yang tepat untuk diambil, dos yang disarankan, serta kesan sampingan tertentu yang akan berlaku jika digabungkan dengan ubat-ubatan lain yang perlu anda ambil dalam masa yang sama.

Semoga bermanfaat!   

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: