10 Sabun Basuh Baju Terbaik 2022 Yang Murah, Wangi & Tahan Lama

Penjagaan pakaian bermula daripada pemilihan sabun basuh baju yang terbaik. Memilih sabun basuh baju amat penting untuk memastikan pakaian anda terjaga kualitinya dan cucian anda dapat tahan lama wanginya. 

Selalunya, apabila bercakap tentang membasuh baju, orang akan berbincang tentang tips nak basuh baju dengan betul.

Tetapi, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 ciri sabun basuh baju yang boleh membantu untuk mengekalkan pakaian anda wangi tahan lama dan paling utama, bersih. 

Mari baca!

sabun basuh baju

5 Ciri Sabun Basuh Baju Terbaik

  1. Mampu melakukan pencucian yang mendalam dengan sentalan mikro

Sabun basuh baju yang biasa tidak mampu untuk membersihkan pakaian dengan mendalam. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kekotoran yang degil contohnya kekuningan atau kecoklatan.

Oleh itu, pilih pencuci yang mempunyai teknologi pencucian mendalam beserta sentalan mikro untuk membantu menyingkirkan segala kotoran yang ada. Bukan itu sahaja, fabrik pakaian anda juga terjaga kerana tidak perlu sentalan yang kuat untuk menghilangkan kekotoran yang ada. 

  1.  Tidak Melunturkan Warna Baju

Pilih pencuci yang mampu melindungi warna baju anda daripada mudah luntur. Sekiranya fabrik baju anda mudah luntur, sila asingkan baju tersebut daripada baju yang lain. Pencuci yang mempunyai ciri khas mampu melindungi baju anda daripada terkena warna yang baju lain luntur. 

  1. Menghilangkan Bau

Baju yang berbau sering berlaku lebih-lebih lagi bila tiba musim hujan sebab baju tak kering betul-betul ataupun baju yang terperam lama belum dicuci. Bukan itu sahaja, baju yang basah lencun akibat peluh juga susah dihilangkan.

Baju yang tak kering betul-betul akan menggalakkan pertumbuhan bakteria pada baju, sekaligus menjadikan baju anda berbau. Oleh sebab itu, anda disyorkan untuk menggunakan sabun pencuci yang mempunyai keupayaan sebagai pembasmi bau jadi anda tidak perlu lagi mencuci pakaian anda berulang kali. 

  1. Wangi Tahan Lama

Tidak lengkaplah sabun basuh baju yang anda pilih sekiranya tidak mempunyai bau wangi yang tahan lama. Selain mampu menghilangkan kotoran degil, pencuci yang mempunyai wangian dan tahan lama juga merupakan kegemaran ramai. 

Bau cucian yang kekal wangi walaupun setelah dijemur dibawah matahari terik amat menyenangkan hati!

Biasanya, sabun basuh baju berasaskan bau-bauan bunga, dan ada juga yang berasaskan minyak wangi seperti keluaran pencuci pakaian TOP baru-baru ini (2022). Apapun, anda boleh cuba baca review-review berkaitan sebelum membuat pembelian ya. 

NOTA:

Tips Baju Kekal Wangi; 

  • Jangan rendam baju dengan pewangi pakaian terlalu lama (10-20 minit sahaja, jangan biarkan semalaman!)
  • Peras kain dengan kuat sebelum merendamnya kembali ke dalam pewangi pakaian. 
  • Pastikan anda terus menjemur pakaian yang telah dicuci. 
  • Spray cucian anda dengan pewangi khas untuk pakaian agar baju anda kekal wangi. 
  • Gunakan pewangi pakaian yang tahan lama dan mempunyai bau yang sedap dihidu. 
  1. Anti-Bakteria

Baju yang mempunyai kekotoran mudah untuk ditumbuhi bakteria sekaligus mewujudkan bau hapak/busuk. Tambahan pula, sekiranya anda aktif bersukan dan seringkali berpeluh-peluh. 

Oleh itu, adalah amat penting untuk mencari sabun basuh baju yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria untuk memastikan cucian tidak berbau busuk dan menjamin kesihatan pengguna. 

Kesimpulan

Pemilihan sabun basuh baju boleh dilakukan secara ‘try and error’ dahulu sehinggalah anda menjumpai produk yang anda gemari. Sebaiknya, lakukan pembacaan dan survey terlebih dahulu. 

Adakalanya, pencuci dengan harga yang murah lebih berbaloi daripada pencuci yang berharga mahal. Oleh itu, jadilah pembeli yang bijak okay!

Kredit: https://era.syok.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161