Sakit Tapak Kaki | Inilah Masalah Kaki Yang Sering Berlaku & Puncanya

Sakit Tapak Kaki 

Sakit tapak kaki sering berlaku terutamanya bagi individu yang aktif dalam kehidupan harian, berjalan ke sana sini. 

Untuk pengetahuan anda, sakit tapak kaki boleh disebabkan oleh berlakunya keradangan, kecederaan atau faktor-faktor lain. Boleh jadi juga disebabkan oleh kaki terlalu kepenatan berjalan atau berdiri terlalu lama!

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai faktor & jenis masalah sakit tapak kaki yang sering berlaku, teruskan membaca ya!

Masalah Sakit Tapak Kaki Yang Sering Berlaku & Puncanya

  • Stone bruise
Stone bruise

Stone bruise atau juga dikenali sebagai  metatarsalgia, ialah sakit kaki yang terasa seolah-olah ada batu dalam kasut anda, atau seolah-olah anda terpijak batu tajam kecil yang telah menyebabkan tapak kaki anda lebam. Kawasan antara jari dan lengkungan kaki mungkin berasa kebas dengan sesekali terasa sakit menyucuk. 

Puncanya adalah disebabkan oleh pemakaian kasut yang tidak sesuai atau senaman berimpak tinggi yang boleh memberi kesan kepada tapak kaki anda. Oleh itu, anda perlu pastikan anda memakai kasut yang sesuai dan tidak melakukan senaman di luar kemampuan anda. 

Rehatkan kaki anda dan kompres sejuk untuk mengurangkan sakitnya. 

  • Lepuh
sakit tapak kaki.jpg

Lepuh adalah gelembung dipenuhi cecair yang boleh berlaku pada tapak kaki. Biasanya ia sering berlaku kepada mereka yang memakai kasut yang tidak selesa atau mempunyai kaki yang mudah berpeluh. 

Jangan risau, ia tidak memudaratkan. Biarkan lepuh anda sembuh secara semula jadi dan letakkan pembalut di atasnya untuk keselesaan.

Anda juga boleh memecahkan gelembung tersebut menggunakan peralatan yang sudah disteril dengan betul untuk mengeringkannya. Pastikan anda menutupnya dengan pembalut dan krim antibiotik selepas itu. 

  • Kematu

Kematu terhasil apabila kulit dibahagian jari kaki atau tapak kaki menebal dan keras. Kematu terjadi adalah untuk mengelakkan kaki / tapak kaki kita lecet. Antara penyebab kematu ialah pemakain kasut yang tidak sesuai, bunion, hammer toe dan lain-lain. 

Untuk merawatnya, anda boleh gunakan plaster kematu. Sekiranya bertambah teruk, kemungkinan besar doktor mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya.

  • Sakit tumit (heel spur)
sakit tapak kaki.jpg

Sakit ini melibatkan tapak kaki di bahagian tumit yang disebabkan oleh lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit. Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri.

Puncanya ialah, memakai saiz kasut yang tidak betul, banyak berjalan dan postur badan yang tidak betul atau melakukan aktiviti fizikal seperti berlari.

Untuk mengurangkan sakitnya, kompres sejuk bahagian tumit yang sakit. Sekiranya perlu, sila berjumpa dengan doktor. 

  • Plantar fasciitis
sakit tapak kaki.jpg

Plantar fasciitis  biasanya keadaan yang melibatkan keradangan jalur tisu tebal yang melintasi bahagian bawah setiap kaki dan menghubungkan tulang tumit ke jari kaki (plantar fascia).

Antara gejalanya ialah, sakit menikam yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. 

Apabila anda bangun dan bergerak, rasa sakit biasanya berkurangan, tetapi ia mungkin kembali selepas lama berdiri atau apabila anda berdiri selepas duduk.

Keadaan ini biasanya berlaku pada pelari dan juga individu yang mempunyai berat badan berlebihan. 

  • Ketuat plantar
sakit-tapak-kaki-2

Ketuat plantar (verruca) biasanya terjadi di tapak kaki terutamanya kawasan tapak kaki yang yang menampung berat badan seperti tumit. Ia boleh merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri.

Virus HPV yang menyebabkan pertumbuhan ketuat plantar biasanya tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap.

Pastikan anda memakai kasut yang lebih terbuka seperti sandal terutamanya apabila pergi ke tempat yang basah seperti kolam renang, bilik persalinan dan sebagainya untuk mengurangkan risiko dijangkiti. 

Sumber: hellodoktor.com, mayoclinic.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161