5 Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kuruskan Badan

Anda sedang mencari makanan sebagai sarapan pagi diet?

Sebenarnya, ada banyak makanan yang anda boleh tambah dalam diet harian, contohnya telur, oat, pisang dan sebagainya untuk menurunkan berat badan.

Semua makanan ini tidak mengandungi kalori yang banyak.

Tetapi, ia boleh membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memastikan anda dapat fokus di tempat kerja walaupun ketika berdiet.

Kajian menunjukkan, individu yang tidak makan sarapan selalunya mempunyai BMI yang lebih tinggi.

Menurut Rush University Medical Center, jika anda tidak makan sarapan, badan akan menerima ‘signal’ untuk berhenti membakar sebarang kalori untuk menjimatkan tenaga!

Sebab itulah, anda perlu bersarapan setiap hari.

Bukan sahaja ia dapat membekalkan tenaga tambahan, badan juga tidak perlu berada dalam mod ‘jimat’ dan dapat membakar kalori untuk kegunaan harian seperti biasa.

5 Sarapan pagi diet yang murah dan mudah

Dalam artikel kali ini, kami akan berikan 5 contoh sarapan pagi yang amat mudah untuk didapati serta sangat bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya:

1. Makan lebih banyak telur

Sarapan Pagi Diet

Telur merupakan antara makanan kegemaran rakyat malaysia. Sebiji telur yang bersaiz sederhana mengandungi 6 gram protein dan 72 kalori.

Berbeza dengan karbohidrat dan lemak, makanan yang mempunyai protein yang tinggi dapat membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.

Malah, menurut kajian, individu yang makan telur semasa sarapan rasa lebih kenyang berbanding mereka yang makan sarapan lain.

Tambahan lagi, mereka juga dapat menurunkan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding individu yang makan makanan lain namun mempunyai jumlah kalori yang sama semasa sarapan.

Sebenarnya, telur merupakan makanan yang sangat berkhasiat untuk badan.

Ramai yang elak makan telur kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi dan mungkin membawa mudarat terhadap kesihatan jantung.

Namun, kajian terbaharu membuktikan sebaliknya. Pakar mendapati, makan sebiji telur sehari tidak akan mendatangkan mudarat terhadap kebanyakkan orang.

2. Pilih oat sebagai sarapan

Ingin menurunkan berat badan? Cuba amalkan oat sebagai sarapan pagi diet.

Oat boleh membantu anda menurunkan berat badan melalui dua cara. Pertama, ia kaya dengan serat dan dapat membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.

Kedua, ia mengandungi karbohidrat ‘slow release’, sejenis karbo yang tidak akan membuatkan tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Sarapan pagi diet 3: Yogurt

Sarapan Pagi Diet

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine, yogurt tergolong dalam makanan yang dapat meningkatkan penurunan berat badan.

Bukan itu sahaja, mereka yang makan yogurt juga didapati lebih kurus dan langsing!

Yogurt mengandungi protein yang mengenyangkan. Ia juga mengambil masa yang lama untuk dicerna berbanding karbohidrat mudah.

Individu yang minum air yang kaya dengan protein selalunya akan kehilangan lebih 2 kilogram dalam masa 6 bulan berbanding mereka yang minum shake yang mengandungi karbohidrat.

Jika anda ingin kurus dengan lebih cepat, pilih yogurt kosong yang mengandungi kurang kalori. Tambah buah sebagai manisan dalam yogurt anda.

4. Pisang – Makanan terbaik untuk diet

Pisang kaya dengan serat tetapi rendah kalori, sesuai dijadikan sarapan pagi diet.

Malah, ia juga boleh dijadikan alternatif kepada nasi lemak atau bijirin sarapan yang mengandungi banyak kalori dan manis.

Sebiji pisang yang bersaiz sederhana mengandungi 100 kalori. Namun, ia mempunyai 3 gram serat – 12% daripada keperluan harian yang diperlukan badan.

Tetapi, mengapakah serat penting untuk badan? Pertama sekali, ia dapat mengurangkan kelaparan. Malah, anda juga boleh rasa kenyang dalam masa yang lebih panjang.

Menurut kajian, serat daripada buah dan sayur-sayuran dapat membantu menurunkan berat badan.

Ia juga merupakan satu makanan yang sangat versatil. Anda boleh makan pisang begitu sahaja atau hiris dan masukkannya ke dalam yogurt atau oat untuk perisa tambahan.

Sarapan pagi diet 5: Kopi

Sarapan Pagi Diet

Siapa sangka, kopi boleh menjadi antara sarapan pagi diet yang sihat dan berkesan.

Malah, kajian mendapati, mereka yang sering minum kopi O pada waktu pagi mungkin dapat menurunkan lebih banyak berat badan berbanding mereka yang tidak mengamalkannya!

Disebabkan kandungan kafein yang tinggi, kopi dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan pembakaran lemak.

Walau bagaimanapun, jangan tambah gula atau creamer ke dalam kopi! Lebih manis rasanya, lebih banyaklah kalori di dalam kopi tersebut.

Lebih baik jika anda kekal minum kopi O tanpa gula untuk dapatkan manfaat kesihatan sepenuhnya daripada secawan kopi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: