Sayur Untuk Diet: 7 Pilihan TERBAIK Untuk Lebih Sihat Dan Kurus

Sayur merupakan makanan yang paling penting untuk mereka yang ingin berdiet. Ada banyak sayur untuk diet yang boleh anda cuba. Jadi, anda tidak akan bosan dengan pilihan yang pelbagai.

Dengan menambah lebih banyak sayur ke dalam diet harian anda, anda dapat menurunkan berat badan dengan lebih efektif di samping mendapatkan nutrisi yang pelbagai.

Sayur-sayuran mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi. Namun, kebanyakkannya tidak mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, anda tidak perlu catu makanan dan boleh menikmatinya seperti biasa.

Lagipun, sayur mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan badan.

Bagi mereka yang ingin berdiet, mari lihat senarai 7 sayur untuk diet yang anda mesti masukkan ke dalam pelan pemakanan anda.

7 Sayur untuk diet, jom cuba!

Ingin berdiet tapi tak pasti nak mula dari mana?

Jangan risau, kali ini, kami akan kongsikan beberapa jenis sayur untuk diet yang berkhasiat tetapi tidak akan menyebabkan peningkatan berat badan.

Bagi pemula, perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mula berdiet ialah kenal pasti makanan yang berkhasiat supaya anda boleh merubah diet anda ke arah yang lebih sihat.

Makanan untuk diet tidak semestinya tidak sedap! Sebenarnya, anda boleh makan pelbagai jenis makanan yang sihat namun masih lagi menyelerakan!

Malah, tidak ada makanan yang lebih sihat dan berkhasiat berbanding sayur! Ada 7 sayur terbaik untuk mereka yang sedang berdiet:

1. Sayur bayam, sayur terbaik untuk diet

sayur untuk diet

1 cawan sayur bayam (30 gram) mengandungi 16% daripada keperluan vitamin A harian. Malah, ia dapat memenuhi 120% keperluan harian vitamin K, semuanya hanya dalam 7 kalori!

Sayur bayam juga mengandungi banyak antioksidan yang dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah diabetes jenis 2, penyakit jantung dan beberaa jenis kanser.

Menurut sebuah kajian, bayam sangat kaya dengan beta karotena dan lutein, dua jenis antioksidan yang dapat mengurangkan risiko kanser.

2. Brokoli bantu stabilkan tekanan darah

Brokoli merupakan sejenis makanan yang sangat versatil. Ia boleh dibuat sup, digoreng bersama sayur-sayuran lain atau dimasak bersama pasta untuk menjadikannya makanan yang lebih sihat.

Selain itu, brokoli juga mengandungi banyak karbohidrat dan mengandungi serat yang tinggi. Serat dapat membantu pencernaan dan memastikan kadar gula dalam darah sentiasa dalam lingkungan yang sihat.

Sebuah kajian oleh Nutrition Research mendapati pengambilan sayur seperti brokoli dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan cara mengurangkan kolesterol dalam badan.

Malah, ada juga kajian lain yang mendapati bahawa pengambilan brokoli dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Tambahkan lebih banyak cili dalam masakan

sayur untuk diet

Wah pedasnya! Tapi, siapa sangka makanan yang pedas dapat membantu menurunkan berat badan!

Menurut kajian, diet yang mengandungi cili dapat mengurangkan craving!

Malah, menurut sebuah lagi kajian lain yang dilakukan pada tahun 2014, individu yang gemar makan cili akan rasa lebih kenyang dan tidak akan makan secara berlebihan.

Namun, jika anda tidak suka makan cili, tidak mengapa. Apa-apa makanan yang pedas mempunyai efek yang sama kerana makanan ini mengandungi sejenis bahan yang mengandungi ‘capsaicin’. Capsaicin juga dapat membakar lemak!

4. Kacang hijau

Kacang hijau bukan sahaja makanan yang baik untuk mereka yang menghidap diabetes jenis 2, ia mengandungi banyak serat yang dapat membantu anda rasa kenyang dengan lebih lama.

Malah, disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, kacang hijau juga dapat membuatkan anda rasa kenyang!

5. Kubis bunga

kubis bunga

Kubis bunga mengandungi 27 kalori secawan menurut pangkalan data USDA. Bukan itu sahaja, sayur ini juga bebas lemak, kolesterol dan mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah.

Disebabkan kalorinya yang rendah, anda boleh makan kubis bunga dengan banyak tanpa mengalami sebarang peningkatan berat badan. Malah, ia juga boleh menggantikan makanan yang kaya dengan kalori seperti nasi dan tepung.

6. Sayur untuk diet? Cubalah kubis

Kubis mempunyai kalori yang rendah dan serat yang tinggi, sama seperti sayuran lain. Tetapi, mengapakah pengambilan serat sangat penting untuk mereka yang sedang berdiet?

Untuk pengetahuan anda, serat dapat memastikan sistem penghadaman anda kekal sihat. Malah, ia sangat mengenyangkan dan tidak mempunyai banyak kalori.

Kubis merupakan sejenis sayur yang tergolong dalam kumpulan yang sama dengan brokoli, kubis bunga dan kubis Brussels. Pendek kata, semua jenis kubis ini sangat baik untuk mereka yang sedang berdiet.

7. Lobak merah untuk mata lebih sihat

sayur untuk diet

Benar, sayur kegemaran orang ramai ini bukan sahaja baik untuk mata!

Ia juga sangat bagus untuk mereka yang sedang berdiet. Satu cawan lobak merah mengandungi 3.5 gram serat, 3 kali ganda jumlah serat yang terkandung di dalam sayur-sayuran hijau.

Malah, teksturnya yang rangup membuatkan ramai orang suka makan lobak merah. Masukkan sahaja beberapa potong lobak merah ke dalam sup atau goreng bersama sayur. Lagipun, lobak merah boleh buatkan makanan anda rasa lebih sedap tau!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: