Sesetengah orang lebih-lebih lagi yang takutkan bunyi ngilu cukup gerun bila ke temujanji scaling gigi.

Bagi menjamin kesihatan mulut, berus gigi sahaja tidak memadai.

Rutin scaling amat penting bagi memastikan kesihatan gusi dan gigi terjaga.

Kredit Foto : dentagama.com

Baca Juga : Gigi Berlubang : Punca, Faktor Risiko, Simptom, dan Rawatan

Apa Itu Rawatan Scaling?

Scaling merupakan prosedur pergigian yang melibatkan pembersihan karang gigi secara lebih mendalam menggunakan ultrasonic scaler. 

Karang gigi atau tartar terbentuk apabila plak terkumpuk dan mengeras pada permukaan gigi dan celah gusi.

Ia juga boleh menyebabkan gigi kelihatan kekuningan. 

Ketika scaling dijalankan, anda mungkin merasakan sakit, gusi berdarah atau bengkak.

Ia adalah normal dan sering berlaku ketika gigi dan gusi melalui proses untuk kembali bersih seperti biasa. 

Berapa Kerapkah Rawatan Scaling Perlu Dilakukan ?

Bagi menjamin kesihatan mulut, anda disarankan untuk dapatkan rawatan scaling 6 bulan sekali.

Namun, untuk masalah gusi yang lebih serius, scaling perlu dijalankan kira-kira 3 bulan sekali bergantung pada saranan doktor. 

Kepentingan Scaling Gigi 

Antara manfaat yang boleh didapati daripada prosedur scaling ialah :

  • Mencegah masalah gusi berlubang (karies) atau kerosakan gigi lain. 
  • Mengelakkan penyakit gusi 
  • Menghilangkan kekotoran pada gigi akibat tabiat merokok dan makanan yang boleh menyebabkan kekotoran pada gigi seperti coklat, kopi dan teh. 
  • Mencegah masalah mulut berbau
  • Mengelakkan perbelanjaan yang lebih besar untuk rawatan gigi pada masa akan datang. 

Persiapan Sebelum Mulakan Prosedur Scaling Gigi

Sebelum memulakan scaling, doktor akan memeriksa keadaan gigi terlebih di samping bertanyakan rutin penjagaan. 

Anda juga perlu beritahu doktor ubat yang diambil serta alergi atau penyakit yang anda alami.

Informasi ini penting bagi doktor untuk mengatur rawatan dengan lebih tepat bersesuaian dengan kondisi kesihatan anda. 

Prosedur Umum Dalam Scaling

Prosedur scaling akan merangkumi beberapa proses iaitu :

  • Pembersihan gigi dan gusi menggunakan ultrasonic scaler dan scaler manual bagi membersihkan plak dan karang gigi yang degil. 
  • Untuk pembersihan karang gigi yang terbentuk di bawah gusi, doktor akan melakukan prosedur subgingival scaling. 
  • Bagi masalah gusi yang lebih serius, doktor akan melakukan prosedur root planning agar gusi yang terpisah daripada gigi akibat pembentukan plak dapat dirapatkan semula. 
  • Untuk mengatasi rasa sakit atau dan pendarahan, doktor boleh memberikan suntikan anestesia lokal untuk keselesaan pesakit sepanjang prosedur dijalankan. 

Apa Yang Akan Berlaku Jika Anda Tak Lakukan Scaling

Penjagaan gigi dan gusi melalui rawatan scaling mungkin tidak diutamakan bagi sesetengah orang.

Namun, ia boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan jika tidak dilakukan secara berkala. 

  1. Gigi Berlubang & Bau Mulut

Pembentukan plak boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.

Bakteria ini pula boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi seperti gigi berlubang dan bau mulut.

  1.  Gingivitis

Karang gigi yang dibiarkan tumbuh boleh mengeras sehingga menyebabkan radang gusi atau gingivitis.

Ini akan menjadikan gusi sakit, bengkak dan berdarah.

Kredit Foto : carsondds.com
  1. Periodontitis

Sekiranya gingivitis tidak dirawat, ia boleh mengundang kepada penyakit gusi atau periodontitis.

Penyakit ini terjadi apabila timbulnya kantung (periodontal pocket) yang menjarakkan gusi dengan gigi

Kredit Foto : apollohealthlib.blob.core.windows.net

Kantung yang tidak dirawat akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan boleh menyebabkan gigi longgar dan tertanggal.

Bukan hanya dewasa, malah kanak-kanak seawal usia 6 ke 7 tahun juga perlu dapatkan rawatan scaling terutamanya kanak-kanak yang suka makanan dan minuman manis.

Ini juga bagi mencegah masalah gigi lain seperti karies dan pembusukan gigi.

Dari mata kasar, mungkin anda lihat gigi anda tiada masalah.

Namun penjagaan gigi yang baik perlulah melalui rundingan dan pemeriksaan secara menyeluruh oleh doktor gigi bertauliah. 

Jadikan pemeriksaan gigi 6 bulan sekali sebagai rutin kesihatan seisi keluarga bagi menjamin gigi yang cantik dan sihat.

Sumber :

What Is Scaling?

https://www.123dentist.com/what-is-scaling/

Scaling Gigi, Ini yang Perlu Anda Pahami

https://www.alodokter.com/

Leave a comment

Your email address will not be published.