Panduan Selawat Adrikni Berserta Teks Rumi & Terjemahan Selawat Adrikni

Selawat ini dinamakan sebagai selawat adrikni atau juga nama lainnya sebagai selawat khitab. Ia adalah selawat yang berasal dari Syeikh Hamid Affandy al-‘Imadi yang katanya diajarkan secara langsung oleh Rasulullah SAW.

Selawat adrikni ini memiliki kehebatan dan kebaikan dalam banyak perkara sama seperti selawat-selawat lain pada lazimnya.

Pengenalan selawat adrikni

Menurut pendapat yang dipercayai katanya, Syeikh Hamid mengaku mendapat petunjuk tentang selawat ini melalui sebuah mimpi. Beliau yang juga menyandang gelaran Mufti di Kota Syam mengaku bertamu Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa membaca selawat tersebut, Allah SWT akan memberi kemudahan kepadanya dalam pelbagai urusan.”

Teks arab selawat adrikni

الصَلاَةُ وَالسلامُ علَيْكَ يَاسَيِّدِيْ يَارَسْوْلَ اللهِ خُـــذْ بِيَدِيْ قَلَّتْ حِيْلَتِيْ أَدْرِكْنِيْ

Teks rumi selawat adrikni

Asholatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidii ya Rasulalluh, khudz biyadii qollat ‘hilatii adrikni

Terjemahannya

Maksudnya: “Rahmat dan sejahtera semoga melimpah kepadamu, wahai junjunganku Rasulullah, peganglah tanganku, sedikit sekali upayaku, maka temukanlah aku.”

Kesimpulan

Berikut adalah pembahasan secara umum bagi selawat adrikni. Diharapkan perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua yang membaca.

Riwayat Abu Hurairah RA bertanya kepada Rasulullah,

“Siapakah orang yang paling gembira apabila mendapat syafaat daripada kamu pada hari Kiamat kelak, ya Rasulullah?”

Baginda menjawab,

“Wahai Abu Hurairah RA, aku fikir bahawa tidak ada seorang pun yang akan bertanya kepadaku soalan ini, orang yang paling gembira adalah mereka yang mengucapkan laila illallah muhammadur rasulullah dengan tulus ikhlas daripada hatinya dan berusaha menjauhkan apa yang di larang oleh Allah SWT.”

Qadi bin Iyat berkata ada lima syafaat Rasulullah SAW  iaitu syafaat umum bagi seluruh umat manusia, syafaat kedua ialah untuk memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa dihisab terlebih dahulu, syafaat ketiga ialah untuk mengeluarkan umatnya yang berdosa dari memasuki neraka, syafaat keempat untuk mengeluarkan umatnya yang berdosa dari dalam neraka dengan syafaat Rasulullah, para nabi lain, malaikat dan orang yang beriman dan syafaat kelima ialah untuk meninggikan darjat penghuni syurga.

Rujukan

  1. Selawat Adirkni. Izdeen.com
  2. Pernah Dengar Selawat Adrikni? Haraki.my
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113