Selawat Fatih: Rahsia Menjemput Rezeki Melimpah-ruah Dalam Hidup
Selawat adalah satu bentuk doa atau puji-pujian kepada baginda Rasulullah SAW. Dalam Al-Quran Allah ada berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah, dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Asal usul selawat fatih
Asalnya, selawat fatih ini telah disusun oleh al-‘Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW. Selawat ini membawa ciri khas daripada Tarekat Tijani, iaitu salah satu dari aliran dunia tasawuf atau sufisme Islam.
Namun begitu, perlu difahami bahawa selawat fatih bukannya sebahagian dari isi yang terkandung dalam Al-Quran atau hadis. Bahkan tiada sandaran dalil yang wujud tentangya. Walau bagaimanapun, konteksnya masih tidak lari dari kandungan ajaran Al-Quran, dan hadis. Oleh kerana itu, ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Inti pati dari selawat fatih
Ditulis dalam seuah buku bertajuk, “Amalan Kecemerlangan Rohani”, (1993) bahawa selawat fatih mengandungi beberap isi penting yang boleh diperhatikan iaitu:
1. Yang membuka apa yang tertutup
Rahmat, dan kenabian Rasulullah SAW adalah penyebab mengapa dunia, dan umat Islam hari ini mendapat hidayah lantas dibuka hatinya untuk nampak kelebihan pada agama Islam.
Iman, Islam dan akhlak yang dulunya tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran dan sunnah baginda.
Bahkan kebenaran akidah, dan syariat Islam juga terbuka sehingga tercetuslah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.
2. Penyudah (penamat) apa yang telah lalu
Nabi Muhammad SAW adalah nabi terkahir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk umat Islam, dan menjadi penutup berlakunya peristiwa israk dan mikraj, dan kitab Al-Quran.
3. Yang menolong kebenaran dengan kebenaran
Syafaat Nabi Muhammad SAW adalah pada Al-Quran yang diturunkan kepada baginda, dan sunnah-sunnah yang diajarkan semasa masih hidup.
Di dalamnya mengandungi segala persoalan hidup dari pelbagai bidang termasuk akidah, syariat, akhlak, ibadat, bermasyarakat bernegara, falsafah, dan mistik.
Sekiranya tidak diturunkan Rasulullah SAW sebagai nabi terakhir maka manusia mungkin sehingga har ini masih ramai yang berada dalam kekufuran.
4. Yang menunjukkan jalan yang lurus
Jalan yang diitunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada semua umat Islam adalah jalan yang terbaik, lurus, betul, tegak, dan menuju kebaikan yang satu iaitu AllaH SWT. Jalan lurus yang dimaksudkan di sini adalah jalan yang mendapat keredhaan oleh Allah SWT, dan akhirnya nanti menjanjikan syurga yang indah bagi hamba Nya yang bertakwa.
Bacaan selawat fatih
“Allahumma salli ‘alaa sayyidina Muhammadinil faatihi limaa ughluq. Wal khaatimi limaa sabaq. Wan naasiril haqqi bil haqq. Wal ha di ila siraatikal mustaqim. Sollallahu ‘alaihi wa ‘ala ‘alihi waasha bihi haqqo qodrihi wamiq da rihil ‘azim”
Maksudnta: “Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”
Kesimpulan
Berselawat adalah ibadah sunat yang sangat digalakkan kepada seluruh umat Islam. Tanpa beerselawat bagaimana untuk kita membangkitkan rasa cinta kepada pemilik nama agung, baginda Rasulullah SAW.
Rujukan
- Selawat Fatih – Murah Rezeki Berkat Selawat Ini. Izdeen.com
- Selawat Fatih. Syafiqolbu.wordpress