Panduan Selawat Maulidur Rasul Berserta Teks Rumi & Terjemahan

Artikel pada kali ini akan berkongsi tentang panduan selawat maulidur rasul berserta teks rumi dan terjemahan yang boleh kita jadikan sebagai ilmu pengetahuan.

Apakah itu sambutan maulidur rasul?

Maulidur rasul adalah kelahiran Rasulullah SAW. Sambutan maulidur rasul disambut setiap tahun di Malaysia ini. Dan dalam sambutan itu akan dibaca beramai-ramai selawat maulidur rasul.

Bilakah maulidur rasul disambut?

Sambutan maulidur rasul tahun 2022 ini akan disambut pada 9 Oktober 2022 (12 Rabiulawal 1444 hijriah).

Apakah hukum menyambut maulidur rasul

Hukum menyambut maulidur rasul ada dua. Ada yang mengharuskannya dan ada juga sebaliknya.

Pertama: Hukum sambutan maulidur rasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah:

Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW:

لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ

Maksudnya: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba Allah dan Rasul Nya.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445)

Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama

Kedua: Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik) berpendapat: Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di Iraq).

Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah:

  • Imam Jalaluddin al-Suyuti
  • Imam Ibn Hajar al-Haithami
  • Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari
  • Imam Ibn al-Battal
  • Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi
  • Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
  • Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
  • Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili
  • Syeikh Abdul Halim Mahmud
  • Syeikh Atiyyah Saqr
  • Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain.

Para ulama yang mengharuskan maulidur rasul menggunakan hadis di bawah:

Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ

Maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”- (Hadis Riwayat Muslim, no. 1162)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi umatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun.” – (Hadis Riwayat Muslim, no. 1017)

Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulidur rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut.

Selawat maulidur rasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

(Sollallahu ‘ala muhammad)

Selawat Allah ke atas Muhammad


‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Sollallahu ‘alahi wasallam)

Selawat salam dipohon lagi


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

(Sollallahu ‘ala muhammad)

Selawat Allah ke atas Muhammad


‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Sollallahu ‘alahi wasallam)

Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ

(Ya Nabi salamun ‘alaika)

Wahai Nabi salam atasmu


‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ

(Ya Rasul salamun ‘alaika)

Wahai Rasul, salam atasmu


‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ

(Ya habibu salamun ‘alaika)

Wahai kekasih, salam atasmu


‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

(Solawa tullah ‘alaika)

Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

(Ashro qol badru ‘alaina)

Bulan purnama menyinari kita


‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ

(Fakh tafat minhul buduru)

Hilang segala cahaya


‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا

(Misla husnika maa roainaa)

Indah menawan tak pernah dilihat


قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

(Qotthu ya wajhas-sururi)

Wajah gembira sepanjang hayat


‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ

 (Anta syamsun anta badru) 

Kaulah matahari, kaulah bulan


أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ

 (Anta nuurun fauqa nuuri)

Kaulah cahaya mengatasi cahaya


‎‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي

 (Anta iksiirun wargholii) 

Kaulah rahsia hidup mulia


‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

 (Anta misbaahus-suduuri) 

Kaulah menyuluhi jiwa


‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد

 (Ya Habibi Ya Muhammad)

Wahai kekasihku, ya Muhammad


‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ

 (Ya ‘Arusal khofi qoini) 

Wahai pendamping indah sejagat


‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ

(Ya Muayyadu ya mumajjad) 

Wahai Nabi dijulang dipuja


‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

 (Ya imamal Qiblataini) 

Wahai imam 2 kiblat


‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد

(Man ra’A wajhaka yas’ad)

Bahagialah orang memandang wajahmu


‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ

(Ya Karimal walidaini)

Wahai penghulu keturunan mulia


‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد

 (Haudukas sofil mubarrad) 

Kolam airmu sejuk jernih


‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

 (Wirdunaa yauman nusyurii)

Kunjungi kami pada hari akhirat


‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى

 (‘Alimussirri wa ahfaa)

Allah mengetahui rahsia sulit


‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

 (Mustajibud da ‘awati) 

Dialah menyahut semua seruan


‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا

 (Robbi irhamna jamii’a) 

Wahai Tuhan Rahmatilah kami


‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

 (Bijami’is solihati) 

Dengan segala amalan soleh


‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد

(Wasolatullah ‘ala ahmad) 

Selawat Allah ke atas Muhammad


عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ

 (‘Adda tahriris suthuri) 

Sebanyak baris kertas ditulis


‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد

 (Ahmadul hadii Muhammad) 

Ahmad Muhammad petunjuk jalan


صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

 (Sohibul wajhil muniri) 

Empunya wajah berseri menawan.

Muat turun teks selawat mualidur rasul dalam PDF

Boleh klik pada pautan ini: Selawat kepada Nabi Muhammad Sempena Maulidur Rasul

Kesimpulan

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan kita semua panduan yang bermanfaat untuk contohi.

Rujukan

  1. Maulidur Rasul 2021: Tarikh Sambutan, Tema, Teks/Skrip Selawat Nabi. Harian Post
  2. Bayan Linnas Siri Ke-80: Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113