Baik Untuk Kesihatan Jantung, Ini Khasiat Sengkuang Cina Pada Badan

Pernahkah anda dengar tentang sengkuang cina ? Ia sebenarnya bukanlah sebahagian daripada keluarga kekacang, malah ia tergolong dalam sayuran berumbi (tuber vegetables) yang tumbuh di paya, sawah dan tasik cetek.

Ia juga digelar water chestnut kerana rupanya yang sangat mirip dengan buah berangan atau chestnut

Sayuran dengan isi berwarna putih ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina.

Kredit Foto : garden.lovetoknow.com

Baca Juga : Baik Untuk Kesihatan Tubuh dan Minda, Ini Khasiat Kacang Kuda Yang Ramai Tak Tahu

Walaupun sengkuang cina boleh dimakan mentah, namun ramai yang lebih menyukainya dimasak kerana teksturnya lebih rangup.

Rasanya yang sedikit manis dan mengenyangkan menjadikan ia sesuai untuk dimasak dengan  pelbagai cara seperti dikukus, dipanggang, digoreng, dibuat acar dan sebagainya. 

Sengkuang cina dengan nama saintifik Eleocharis dulcis ini mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan. 

Memetik Healthline, 100 gram sengkuang cina mampu menawarkan nutrisi seperti berikut :

Kalori : 97 

Karbohidrat : 23.9 gram

Serat : 3 gram

Kalium : 17% dari keperluan harian

Manganese : 17% dari keperluan harian

Kuprum : 16% dari keperluan harian

Riboflavin : 12% dari keperluan harian 

1. Sumber Serat Yang Baik

100 gram sengkuang cina mampu membekalkan sehingga 8 ke 12% keperluan serat harian.

Diet tinggi serat sangat digalakkan bagi melancarkan pencernaan, mengurangkan tahap kolesterol dalam darah serta menstabilkan paras gula dalam darah.

sengkuang cina

2. Kaya Dengan Antioksida

Sebatian antioksida yang didapati dalam sengkuang cina sangat baik bagi melindungi badan daripada aktiviti radikal bebas.

Radikal bebas yang terkumpul di dalam badan boleh melemahkan sistem pertahanan badan dan boleh meningkatkan risiko tubuh kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser. 

Antara kebaikan antioksida yang terdapat dalam sayuran ini ialah ferulic acid, gallocatechin gallate, epicatechin gallate, dan catechin gallate

Kajian tabung uji mendapati khasiat antioksida yang ditemui dalam sengkuang cina boleh meneutralkan aktiviti radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh. 

3. Menstabilkan Tekanan Darah dan Melindungi Kesihatan Jantung

Dalam rawatan tradisional, sengkuang cina sering digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi.

Ia dipercayai bermanfaat kerana kandungan kalium yang tinggi dalam sayuran ini. 

Pelbagai kajian lepas juga sering mengaitkan diet tinggi kalium dengan penurunan risiko tekanan darah tinggi yang menjadi punca kepada penyakit jantung. 

Di samping itu, sebuah kajian juga mendapati individu yang mengamalkan diet tinggi potassium mempunyai risiko 24% lebih rendah untuk diserang strok. 

sengkuang cina

4. Sumber Makanan Ideal Untuk Turunkan Berat Badan

Bagi yang sedang tercari-cari sumber makanan yang berkhasiat dan rendah kalori, anda bolehlah masukkan sengkuang cina dalam diet harian anda. 

Sengkuang cina yang mengandungi 74% kandungan air juga dikategorikan sebagai high-volume food, iaitu makanan rendah kalori dan boleh mengelakkan seseorang untuk rasa mudah lapar. 

Memang sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan berjaga-jaga dengan pengambilan kalori ! 

5. Berpotensi Sebagai Antikanser 

Sengkuang cina juga dikatakan berpotensi sebagai antikanser kerana kandungan antioksidan yang dinamakan ferulic acid

Dalam sebuah kajian tabung uji, penggunaan sebatian ferulic acid didapati berkesan dalam merencatkan pertumbuhan sel kanser payudara. 

Kajian makmal lain juga mendapati sebatian ini turut menghalang rebakan sel kanser lain yang tumbuh di organ seperti kulit, paru-paru dan tulang. 

Memandangkan penemuan ini hanya terbatas pada ujian tabung uji, kajian yang lebih lanjut pada manusia perlulah dijalankan bagi mengesahkan keberkesanannya dalam melawan sel kanser dalam tubuh badan. 

Dengan pelbagai manfaat yang mampu ditawarkan oleh sengkuang cina, anda sangat digalakkan untuk amalkannya dalam diet seharian.

Ia juga rendah kalori dan kaya dengan antioksida dan mineral penting seperti kalium dan serat.

Khasiatnya yang cukup tinggi juga menjadikan ia bermanfaat bagi melancarkan sistem pencernaan, membantu menurunkan berat badan, serta menstabilkan tekanan darah. 

Seperti salad, sayur ini juga boleh dimakan mentah. Anda hanya perlu mengupas kulitnya dan ia sedia untuk dinikmati.

Ia juga boleh direbus atau dikisar untuk dijadikan minuman berkhasiat yang menyegarkan. 

Sumber : 

5 Surprising Benefits of Water Chestnuts (Plus How to Use Them)

https://www.healthline.com/nutrition/water-chestnuts

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85