Solat Sunat Aidiladha: Panduan Lengkap dengan Niat dan Bacaan Takbir

Beberapa bulan selapas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal, kita didatangi pula dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha disambut bagi tujuan memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang menyembelih anaknya Nabi Ismail AS seperti yang diperintah oleh Allah SWT:

Maksudnya: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.- (Surah As-Saffat: 102)

Pengertian solat sunat Aidiladha

Dari segi bahasa, solat bermaksud doa. Manakala dari segi syarak, solat membawa erti sebagai perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Perkataan Aidil ataupun dalam Bahasa Arab disebut ‘Aid (عيد) bermaksud Hari Raya dan Adha pula bermaksud korban.

Hukum solat sunat Aidiladha

Hukum solat sunat Aidiladha adalah sunat muakkad atau amalan sunat yang sangat digalakkan dan dituntut. Malah menurut riwayat, Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat hari raya sejak ia mula disyariatkan sehingga akhir hayatnya.

Bilakah waktu solat sunat Aidiladha?

Waktu yang tepat utuk menunaikan solat sunat Aidiladha adalah pada 10 zulhijjah. Ia didirikan ketika bermula terbit matahari sehinggalah tergelincir matahari.

Atau bermula lebih kurang 15 minit selepas waktu syuruk tamat ataupun sama dengan kadar ukuran tingginya kedudukan matahari satu panah lembing dari aras tanah.

Waktunya sedikit dilewatkan kerana untuk memberi laluan kepada umat Islam mengerjakan ibadah korban pada hari tersebut. Selain itu, pada tarikh yang sama juga, umat Islam di Mekah sedang melaksanakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

Bilangan rakaat

Solat sunat Aidilfitri dilaksanakan sebanyak 2 rakaat sahaja. Ia boleh dilakukan sama ada secara bersendirian di rumah atau pun berjemaah di masjid.

Dalil tentang solat sunat hari raya korban

Dalil pensyariatan solat hari raya korban ialah firman Allah SWT yang ditujukan kepada Nabi SAW:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” – (Surah al-Kautsar, ayat 2)

Ulama tafsir menyatakan maksud sembahyang dalam ayat tersebut ialah solat Aidiladha. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bermaksud:

“Rasulullah SAW pergi ke Musalla (tempat sembahyang) pada hari Aidilfitri dan Aidiladha. Perkara pertama yang Baginda lakukan ialah solat. Kemudian, Baginda berpaling menghadap orang ramai yang masih duduk di dalam saf mereka, lalu Baginda memberikan nasihat dan menyampaikan apa-apa arahan kepada mereka. Jika hendak menghantar pasukan pejuang atau menyampaikan apa-apa arahan, Baginda membuat keputusan dan mengarahkannya pada masa itu. Selepas itu, Baginda pun bersurai.” – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cara solat sunat Aidiladha lengkap niat dan takbir

Rukun dalam cara solat sunat Aidiladha sama sahaja seperti solat-solat fardhu yang lain. Tetapi ia mempunyai beberapa tambahan di dalamnya. Amalan bertakbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua adalah perkara sunat yang boleh dilakukan. . Takbir tambahan ini pula perlu diselang-selikan dengan bertasbih.

1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat

2. Membaca niat solat

   “Usolli sunnatan li idil adha rak’ataini makmuman lillahi taala”

Maksudnya: “Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Adha dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala.”

3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: “Allah Maha Besar.”

4. Membaca doa iftitah

Doa iftitah bukanlah rukun solat tetapi ia sunat dibaca.

Cara solat tahajud

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.”

5. Bertakbir (الله أكبر) sebanyak tujuh kali dan diselangi tasbih

“Subhanallah Walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar. Wala hau lawala quwwata illa billa hil ‘ali yil adzim”

Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya, melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

6. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

cara solat tahajud

“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin”

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

7. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan

Bagi solat ini, kita disunatkan untuk membaca surah Al-A’laa pada rakaat pertama

8. Rukuk sambil bertakbir

cara solat tahajud

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.”

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

9. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini

cara solat tahajud

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: “Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.”

Dalam keadaan ini juga, anda perlu berdiri tegak menghadap kiblat. Manakala kedua-dua belah tangan harus berada di sisi tanpa digerak-gerakkan dengan sengaja.

10. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

cara solat tahajud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.”

Berbeza bagi keadaan yang sebelum tadi, bagi sujud pula kedua-dua tapak tangan harus diletakkan di atas lantai atau pelapik yang digunakan untuk sujud biasanya sejadah. Kedudukannya lebih kurang separas bahu sahaja.

11. Bacaan duduk antara dua sujud

cara solat tahajud

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.”

12. Sujud kembali sambil bertakbir

13. Berdiri semula sambil bertakbir sebanyak 4 kali dan bertasbih setiap kali takbir 

14. Ulang dengan membaca membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

15. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan

Bagi solat ini, kita disunatkan untuk membaca surah Al-Ghaasyiyah pada rakaat kedua

16. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

17. Duduk tahiyat akhir

Maksudnya: “Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

18. Memberikan salam

Khutbah solat Aidiladha

Khutbah Aidiladha adalah sunat sesudah mengerjakan solat sunat Aidiladha. Dari segi rukun, khutbahnya sama dengan khutbah Jumaat. Namun, ia sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan 7 kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Secara asasnya, syarat khutbah hari raya adalah sebagaimana khutbah Jumaat iaitu:

  1. Khatib hendaklah berdiri jika mampu.
  2. Di antara 2 khutbah diselangi dengan duduk. Bagi mereka yang tidak mampu berdiri iaitu yang membaca dalam keadaan duduk, hendaklah diam seketika selepas habis khutbah pertama.
  3. Berbeza dengan solat Jumaat, khutbah Hari Raya dibaca selepas solat Hari Raya.
  4. Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar.
  5. Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.
  6. Berturut-turut di antara khutbah pertama dan kedua (maksudnya tidak ada jarak waktu yang terlalu panjang di antara 2 khutbah.

Rukun khutbah pertama:

  • Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah“.
  • Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala ali saidina Muhammad”.
  • Berpesan kepada makmum untuk bertakwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Membaca sepotong ayat al-Quran yang lengkap; contohnya:

Rukun khutbah kedua:

  • Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah”.
  • Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala ali saidina Muhammad”.
  • Berpesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Membaca 1 potong ayat al-Qur’an yang lengkap. Contohnya:
  • Membaca doa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam; “Ya Allah selamatkan kami daripada wabak Covid-19 yang melanda negara. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.“

#Disunatkan bertakbir membaca “Allahu Akbar” sebanyak 9 kali di awal khutbah pertama dan 7 kali “Allahu Akbar” pada awal khutbah kedua”.

Lafaz takbir hari raya

Takbir hari raya Aidiladha dilafazkan bermula pada waktu subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.

“Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Laa ilaaha illallahu wallahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd’ (3kali)

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa. Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun. Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd’”

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir. Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang menolong hamba-Nya, Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

Perbezaan solat sunat Aidiladha & Aidilfitri

PerbezaanSolat Sunat AidiladhaSolat Sunat Aidilfitri
Tarikh / bulanDisambut selama empat hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 ZulhijjahDisambut pada 1 Syawal tahun Hijrah
Nama gelaranHari Raya Haji atau Hari Raya KorbanHari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran
TujuanDiraikan bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS yang sanggup hendak menyembelih anaknya, Nabi Ismail atas dasar ketaatan serta kepatuhannya kepada Allah. Namun begitu, ia diganti dengan binatang kibas.Diraikan setelah umat Islam berjaya menjalani ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan
Penayariatan zakat Adanya pensyariatan untuk melaksanakan ibadah korbanAdanya pensyariatan zakat fitrah 
Tempoh masaDiawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa kepada umat Islam untuk melaksanakan penyembelihan korban.Dilewatkan sedikit bagi memberi ruang kepada mereka yang belum menunaikan zakat fitrah.
Amalan sunatDisunatkan untuk makan setelah menunaikan solat sunat Aidiladha.Disunatkan untuk makan terlebih dahulu sebelum pergi ke masjid.
Takbir rayaDilakukan sejak malam 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah.Bermula sejak terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadhan) sehingga selesai solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal tahun hijrah.

Kesimpulan

Keriangan Aidiladha disambut dengan ingatan yang cukup kuat dan bersejarah dengan kisah sirah Nabinya. Oleh itu umat Islam di dunia ini haruslah menjalankan bulan tersebut dengan penuh rasa syukur dan dipenuhi dengan amalan-amalan sunat yang diajarkan oleh agama Islam.

Rujukan

  1. Irsyad Al-Fatwa Ke-44: Dalil Pensyariatan Solat Hari Raya (July, 2015). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dari, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1946-irsyad-fatwa-ke-44-dalil-pensyariatan-solat-hari-raya
  2. Perbezaan Antara Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha (Sept, 2017). Tzkrh dari, https://tzkrh.com/7-perbezaan-antara-hari-raya-aidilfitri-dan-hari-raya-aidiladha/
  3. Panduan Terkini Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha. My Sumber dari, https://www.mysumber.com/solat-aidiladha.html
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113