Solat Sunat Aidilfitri : Panduan Lengkap Dengan Niat dan Bacaan Takbir

Dalam setahun, umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan dua kali solat sunat hari raya. Solat sunat hari raya terbahagi kepada dua iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat sunat Aidiladha.

Solat sunat Aidilfitri adalah solat sunat yang didirikan pada pagi 1 Syawal. Manakala untuk solat sunat Aidiladha adalah solat sunat yang didirikan pada pagi 10 Zulhijjah. Artikel ini akan menerangkan dengan ringkas tatacara solat sunat Aidilfitri lengkap dengan niat dan bacaan takbir.

Hukum solat sunat hari raya

Hukum disyariatkan solat sunat Aidilfitri adalah sunat Muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan. Ini berdasarkan oleh perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktu.

Bilakah waktu solat sunat Aidilfitri?

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Jika solat Aidiladha perlu dilaksanakan dengan segera sebaliknya solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit untuk memberi masa bagi sesiapa yang belum mengeluarkan zakat fitrah.

Menurut mazhab Syafi’ie; bermula waktu solat sunat hari raya ialah apabila terbitnya matahari pada hari raya dan berakhir apabila tergelincir matahari dari tengah langit (yakni masuk waktu zuhur).

Namun waktu terbaik ialah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah. Kadar segalah (الرمح) ialah tiga meter pada pandangan mata iaitu lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit.

Jika dilihat berpandukan waktu Malaysia, ia bermula dari 30 minit selepas matahari terbit dan akan tamat apabila masuk waktu Zuhur.

Bilangan rakaat

Bilangan rakaat solat sunat hari raya ialah 2 rakaat dengan disepakati oleh sekalian ulama’. Diriwayatkan dari Umar RA yang menceritakan;

“Solat ketika musafir adalah dua rakaat, solat hari raya korban adalah dua rakaat, solat hari raya fitrah adalah dua rakaat dan begitu juga solat Jumaat adalah dua rakaat di mana (semua bilangan rakaat itu) adalah bilangan rakaat yang sempurna, bukan qasar (pendek) berdasarkan kepada apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.”- (Hadis Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah. Hadis ini soheh menurut Imam Nawawi)

Dalil tentang solat sunat hari raya

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri RA yang menceritakan;

“Adalah Nabi SAW. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka”- (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Dalil di atas jelas menunjukkan yang ibadah solat sunat hari raya ini sudah diamalkan dan berlaku pada zaman Rasulullulah SAW lagi. Bahkan panduan dan tatacaranya juga sama.

Cara solat sunat Aidilfitri lengkap niat dan takbir

Rukun dalam cara solat sunat Aidilfitri sama sahaja seperti solat-solat fardhu yang lain. Tetapi yang membezakannya adalah niat sahaja dan bilangan rakaatnya sebanyak dua rakaat.

1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat

2. Membaca niat solat

“Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala.”

3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: “Allah Maha Besar.”

4. Membaca doa iftitah

Doa iftitah bukanlah rukun solat tetapi ia sunat dibaca.

Cara solat tahajud

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.”

5. Bertakbir (الله أكبر) sebanyak tujuh kali dan diselangi tasbih

“Subhanallah Walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar. Wala hau lawala quwwata illa billa hil ‘ali yil adzim”

Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya, melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

6. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

cara solat tahajud

“Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin”

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

7. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan

Bagi solat ini, kita disunatkan untuk membaca surah Al-A’laa pada rakaat pertama

8. Rukuk sambil bertakbir

cara solat tahajud

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.”

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

9. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini

cara solat tahajud

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: “Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.”

Dalam keadaan ini juga, anda perlu berdiri tegak menghadap kiblat. Manakala kedua-dua belah tangan harus berada di sisi tanpa digerak-gerakkan dengan sengaja.

10. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

cara solat tahajud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.”

Berbeza bagi keadaan yang sebelum tadi, bagi sujud pula kedua-dua tapak tangan harus diletakkan di atas lantai atau pelapik yang digunakan untuk sujud biasanya sejadah. Kedudukannya lebih kurang separas bahu sahaja.

11. Bacaan duduk antara dua sujud

cara solat tahajud

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.”

12. Sujud kembali sambil bertakbir

13. Berdiri semula sambil bertakbir dengan lafaz takbir intiqalat

Pada rakaat kedua, takbir perlu diangkat sebanyak lima kali dan setiap takbir perlu diselangi dengan bacaan tasbih sama seperti rakaat pertama.

14. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

15. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan

Bagi solat ini, kita disunatkan untuk membaca surah Al-Ghaasyiyah pada rakaat kedua

16. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

17. Duduk tahiyat akhir

Maksudnya: “Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

18. Memberikan salam

Khutbah solat aidilfitri

Khutbah akan di sampaikan oleh khatib selepas solat sunat Aidilfitri. Untuk pengetahuan anda, khutbah bukan sebahagian daripada rukun-rukunya tidak seperti rukun-rukun solat Jumaat.

Namun begitu, ia masih dianggap sebagai sebahagian daripada Sunnah dalam melaksanakan solat Aidilfitri secara berjemaah. Jika kita melaksanakan solat sunat ini di rumah, tidak perlu menyampaikan khutbah.

1. Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir

2. Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir

Kemudian diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi Allahh segala kepujian.”

Lafaz takbir hari raya

Takbir hari raya Aidilfitri dilafazkan selepas terbenam matahari pada malam raya. Lebih tepat ketika masuk waktu maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratul ihram bagi solat hari raya Aidilfitri pada keesokan harinya.

“Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Laa ilaaha illallahu wallahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd’ (3kali)

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar. Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa. Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun. Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd’”

Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir. Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang menolong hamba-Nya, Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin), Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya. Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

Adab solat Aidilfitri

Antara adab solat Aidilfitri adalah seperti:

  • Mandi pada pagi raya
  • Menjamah makanan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat raya
  • Berpakaian cantik atau baru di pagi raya
  • Melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari tempat solat

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan solat sunat Aidilfitri ini dapat memberikan anda pengetahuan yang berguna dan bermanfaat untuk kehidupan. Sambutlah keriangan Aidilfitri ini dengan penuh keseronokan dan keimanan bersama ahli keluarga.

Rujukan

  1. Solat Sunat Hari Raya (Sept, 2009). Laman Fiqh Anda, dari https://fiqh-am.blogspot.com/2009/09/solat-sunat-hari-raya.html
  2. Panduan Terkini Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. My Sumber, dari https://www.mysumber.com/solat-aidilfitri.html
  3. Solat Sunat Aidilfitri. Syafiqolbu, dari https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-aidil-fitri/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113