Sopak Garam Atau Gegata, Ini Cara Merawatnya!

Sopak Garam Adalah Ludah Jin?

Eh ini ludah jin ni! 

Mesti pernah dengar orang tua-tua cakap macam ini kan? Hah, sebenarnya ia juga dikenali sebagai sopak garam, gegata atau dalam bahasa inggeris ia dikenali dengan sebagai urticaria, atau hives. 

Mari ketahui apa sebenarnya sopak garam ni dan apa punca yang menyebabkannya terjadi. 

Apa Itu Sopak Garam?

Sopak Garam

Sopak garam atau gegata biasanya bermula dengan bintat kecil seperti gigitan nyamuk namun boleh membesar menjadi seperti peta dan merebak di seluruh tubuh. Makin digaru makin besar dan makin gatal pula tu. 

Bagaimana ia boleh terjadi?

Puncanya adalah apabila tubuh kita merembeskan histamin (sebagai signal atau petanda terdapat patogen atau alergen yang ‘asing’ masuk ke tubuh) dan beberapa bahan lain menyebabkan cecair dibocorkan dari saluran darah ke lapisan dermis kulit.

Menurut portal myHealth, sopak garam atau gegata dapat dikategorikan sebagai akut dan kronik.

  • Akut: Jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24 – 48 jam. Urtikaria akut boleh berulang di sebahagian orang.
  • Kronik: Jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu (kronik bermakna berterusan dan berpanjangan). 

Punca Berlaku Sopak Garam 

  1. Alahan makanan: Antara makanan yang sering menyebabkan berlakunya sopak garam ialah kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. 
  1. Alahan ubat: Alahan kepada ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan lain-lain.
  1. Alahan serangga: Gigitan serangga dan penyengat.
  1. Sensitiser: Contohnya seperti minyak wangi, bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.
  1. Jangkitan Virus: Jangkitan virus yang ringan seperti selsema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang sebagai salah satu tindak balas yang dikeluarkan oleh tubuh. 
  1. Tidak Diketahui: Hampir 90% punca berlakunya sopak garam tidak diketahui pencetusnya. Situasi tersebut digelar ‘spontaneous urticaria’.

Rawatan

Bagi mengurangkan gatal, anda boleh cuba lakukan:

  • Sapukan krim anti-gatal
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa
  • Elakkan menggaru
  • Elakkan tempat yang panas sehingga boleh menyebabkan berpeluh
  • Mandi

Disamping itu, anda boleh dapatkan rawatan di hospital/klinik berdekatan. Biasanya anda akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang dipreskripsikan termasuklah: ubat antihistamine seperti Loratadine, Piriton, Cetirizine (zyrtec), Desloratadine (Aerius). 

Sopak Garam

Ubat antihistamine akan diberikan selagi gegata itu masih ada, dan ubat akan dikurangkan atau ditambah dos sesuai dengan keadaan penyakit pada setiap temujanji.

Bagi kanak-kanak berumur di bawah dua tahun, mereka perlu berjumpa doktor kanak-kanak (paediatrik) sebelum mengambil ubat antihistamin.

Sekiranya mengalami pembengkakan di tekak dan muka sehingga menyukarkan pernafasan atau menelan, anda akan diberikan suntikan yang boleh membantu menghentikan gejala.

Sekiranya gegata asyik berulang dan anda terkena gegata yang kronik, doktor akan mengambil ujian darah untuk memastikan tiada penyakit lain yang menyebabkan gegata tersebut.

NOTA: Sekiranya mengalami gejala lain selain daripada gatal seperti sesak nafas, perubahan suara dan sebagainya, segera dapatkan rawatan. Hal ini kerana itu menunjukkan bahawa pembengkakan juga berlaku di bahagian dalam badan dan mungkin juga menutup salur pernafasan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/urtikaria/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161