Stres: Tanda, Simptom, Kesannya Pada Kesihatan & Ujian Saringan DASS

Tanda stres boleh dikenalpasti melalui perubahan emosi, fizikal mahupun kelakuan.

Anda mungkin akan alami stres apabila berdepan situasi mencabar seperti ketika sibuk bekerja, bersiap untuk hadapi peperiksaan ataupun berdepan dengan konflik dalam hubungan. 

Sedikit tekanan dalam hidup adalah normal dan boleh memberikan kesan baik. 

Namun stres yang terlalu banyak dan berlarutan boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. 

tanda stres
Kredit Foto : amlejen.com

Baca Juga : Cara Hilangkan Parut Jerawat Yang Degil

Apa Itu Stres?

Menurut WebMD, stres ialah tindakbalas badan kepada situasi yang mengancam ketenteraman diri.

 Apabila anda berasa terancam, badan akan menghasilkan tindak balas kimia bagi melindungi diri anda dari kecederaan atau kemalangan.

 Tindak balas ini juga dikenali sebagai ‘fight or flight’ dan boleh menunjukkan gejala seperti dada berdebar, otot mengecut dan tekanan darah meningkat.

Ini merupakan tindak balas semulajadi badan anda untuk melindungi diri dari bahaya. 

Badan kita mampu bertahan pada tekanan dalam kadar rendah. Namun, jika badan terdedah kepada stres berpanjangan dan kronik, ia boleh menjejaskan kesihatan. 

tanda stres
Kredit Foto : homecare24.id

Tanda Stres Pada Emosi, Fizikal dan Kelakuan 

Langkah pertama dalam menangani tekanan ialah dengan mengenalpasti tanda stres yang anda alami.

 Bagi yang sudah terlalu lama alami stres, mereka mungkin sukar untuk mengenaplasti simptom ini. 

Stres boleh memberikan kesan kepada emosi dan fizikal kita. Antara tanda-tanda stres yang anda boleh kenalpasti ialah :

Emosi 

  1. Mudah melenting serta mood tidak menentu 
  2. Rasa mudah rimas dengan persekitaran
  3. Menghadapi kesukaran untuk menenangkan minda
  4. Sering berasa sunyi, tertekan dan kurang keyakinan diri 

Fizikal 

  1. Kekurangan tenaga
  2. Pening kepala
  3. Mempunyai masalah penghadaman seperti sembelit dan cirit-birit
  4. Sengal-sengal badan 
  5. Sukar untuk tidur (insomnia)
  6. Jantung berdegup laju 
  7. Mudah sakit dan sering selsema 
  8. Sering berasa gugup sehingga menggeletar atau tangan dan kaki berpeluh
  9. Timbul habit suka menggesel gigi
tanda stres
Kredit Foto : medicalnewstoday.com

Kognitif 

  1. Sentiasa rasa risau
  2. Fikiran bercelaru
  3. Sukar untuk fokus
  4. Sering melihat sisi negatif buat semua perkara

Kelakuan 

  1. Selera yang berubah sama ada makan terlalu banyak atau hilang selera makan
  2. Sering mengelak tanggungjawab dan suka membuang masa (procrastinating)
  3. Mudah terjerumus pada penggunaan rokok, alkohol dan dadah terlarang. 

Kesan Akibat Stres Jangka Panjang 

Stress yang berlarutan tidak boleh diambil mudah dan perlu dirawat bagi mengelakkan stres tahap kronik.

 Ia juga boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti :

  • Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, anxiety, dan kecelaruan personaliti 
  • Masalah jantung seperti degupan jantung tidak normal, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok
  • Obesiti dan kecelaruan makanan (eating disorder) seperti bulimia dan anoreksia
  • Gangguan kitaran haid
  • Menjejaskan kesihatan seks seperti kurang keinginan dan masalah ejakulasi pramatang
  • Masalah rambut dan kulit seperti keguguran rambut dan jerawat

Kenalpasti Tahap Stress Dengan Ujian Saringan Online

Pada kebanyakan masa, stress memang sukar untuk dikenalpasti. 

Untuk mengenalpasti tahap kesihatan mental, anda boleh jalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang disediakan oleh Public Health Malaysia secara atas talian. 

Muat turun Borang Ujian DASS versi PDF di sini:

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/1

Ujian saringan ini akan membantu anda mengenalpasti status kesihatan mental, tahap stress dan depresi yang dialami. 

Jika anda dapati keputusannya tidak baik, anda bolehlah bawakan salinan keputusan ujian dan rujuklah kepada klinik kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut. 

Sekiranya anda atau orang terdekat mengadu stress atau menunjukkan pelbagai tanda-tanda stres, jangan berlengah untuk tanganinya secepat mungkin. 

Jangan malu untuk dapatkan bantuan kerana stress yang berlarutan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal anda.

Lakukanlah perkara yang menenangkan minda dan dapatkan nasihat daripada pakar kaunseling atau doktor jika stres sukar untuk diatasi. 

Sumber : 

Stress Symptoms

https://www.webmd.com/balance/stress-management/stress-symptoms-effects_of-stress-on-the-body

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85