Susu Formula Tahan Berapa Lama Setelah Dibancuh?

Menjadi ibu dan ayah bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya buat pasangan yang  pertama kali menjadi ibu bapa. 

Banyak info yang baru dan perlu dipelajari sentiasa untuk memastikan bayi yang baru dilahirkan  dalam penjagaannya yang baik termasuklah info penting mengenai susu formula. 

Pernah tak anda alami situasi di mana anak anda tidak menghabiskan susu formula yang telah dibancuh? Nak buang sayang tapi nak simpan untuk diberikan semula kepada si anak takut pula dah tak elok kan. 

Bagi mendapatkan penjelasan mengenainya susu formula tahan berapa lama setelah dibancuh, mari teruskan membaca artikel ini.

Susu Formula Tahan Berapa Lama Setelah Dibancuh? 

Susu Formula tahan berapa lama

Umumnya, Susu formula yang telah dibancuh boleh bertahan selama dua jam pada suhu bilik tanpa dipanaskan atau disentuh bagi mengelakkan bakteria yang boleh  menyebabkan susu basi. Kitaran pengiraan akan dimulakan sebaik sahaja campuran susu dan tepung air berlaku.

Walaubagaimanapun ia bergantung kepada jenama dan jenis susu formula yang anda beli.  Oleh itu sebaiknya sila rujuk arahan pada label susu formula tersebut. 

Walaupun rata-rata jenis susu formula boleh bertahan selama dua jam pada suhu bilik,  namun terdapat juga sesetengah jenama susu formula yang selamat untuk diminum dalam tempoh 1 jam sahaja selepas dibancuh pada suhu bilik.  

Untuk serbuk susu formula pula, biasanya ia akan bertahan dalam tempoh 1 bulan selepas dibuka.

Ingat anda perlu meletakkannya di tempat kering yang sejuk, tetapi bukan di dalam peti sejuk. Anda juga perlu menyemak tarikh luput yang terdapat pada bekas susu tersebut untuk lebih kepastian.

Kalau susu formula simpan dekat peti sejuk pula, tahan berapa lama?

Susu Formula tahan berapa lama

Manakala sekiranya disimpan di dalam peti sejuk,  susu formula tersebut boleh bertahan lebih lama lagi  dengan syarat bayi tidak meminumnya terus daripada botol susu tersebut. Di dalam peti sejuk sebotol support bertahan sehingga 24 jam. 

Sekiranya anda memilih untuk membancuh susu lebih awal dan mengikut keperluan bayi anda untuk sepanjang hari, anda boleh membancuhnya di dalam botol susu yang berasingan mengikut keperluan bayi anda. 

Ini adalah penting untuk  memudahkan anda  mengurus masa serta menjimatkan tenaga anda untuk membancuh susu banyak kali. Walaubagaimanapun itu peti sejuk anda hendaklah 4.4°C atau lebih rendah. Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan bancuhan susu formula tersebut cepat basi. 

Bagaimana pula sekiranya bancuhan susu formula disejuk bekukan, adakah ia tahan lama?

Jawapannya tidak. Hal ini kerana susu yang disejukbekukan akan berubah tekstur mengurangkan tempoh ketahanannya.  oleh itu,  anda tidak digalakkan sama sekali untuk menyejuk beku kan  susu formula. 

Boleh Ke Minum Lagi Baki Susu Yang Tak Habis?

Susu Formula tahan berapa lama

Bagi susu formula yang tidak habis adalah tidak boleh disimpan lebih daripada 1 jam. Ia juga tidak disarankan untuk disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian nanti. 

Hal ini kerana produk yang berasaskan susu terkenal dengan pembiakan bakteria yang mudah berlaku. 

Maka sebaik sahaja bayi telah minum daripada botol susu tersebut, bakteria berpotensi untuk muncul dan membiak disusu tersebut. Oleh itu, susu tersebut tidak boleh disimpan.

Kalau susu yang dipanaskan lepastu simpan semula dalam peti sejuk boleh tak?

Jawapannya tidak boleh sama sekali.  hal ini kerana bakteria akan mudah membiak dengan cepat dalam persekitaran tersebut. 

Selain itu untuk pengetahuan anda bancuhan susu formula yang dipanaskan hanya akan bertahan dalam masa 1 jam sahaja berbanding dengan susu formula yang tidak dipanaskan. 

Jangan lupa kongsikan info penting ini kepada ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil ya. Semoga bermanfaat!

Sumber: hellodoktor.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161