Swab Test, PCR Dan Ujian Rapid – Apakah Bezanya?

Selepas setahun kita berhadapan dengan wabak COVID-19, swab test atau ujian COVID-19 bukanlah satu perkara yang baharu.

Jika anda baru pulang melancong dan menjadi suspek COVID-19, anda perlu melakukan nasal swab test untuk memeriksa sama ada anda positif atau negatif COVID-19.

Swab test atau ujian PCR (polymerase chain reaction) merupakan ujian COVID-19 yang paling tepat.

Satu batang swab (yang seakan-akan pengorek telinga yang panjang) akan dimasukkan ke dalam ruang antara hidung dan mulut selama 15 saat.

Swab ini juga akan diputar beberapa kali untuk memastikan sampel yang diambil mencukupi.

Badan manusia tidak biasa menerima objek asing di dalam kawasan tersebut. Jadi, ramai yang akan mengalami ‘sensasi’ yang luar biasa ketika melakukan swab test.

Salah satu reaksinya adalah ia mungkin akan menyebabkan anda menangis dan rasa tidak selesa. Ada juga yang rasa hendak termuntah selepas melakukan swab test.

Kemudian, batang swab ini akan dimasukkan ke dalam bekas dan dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Siapa yang perlu mengambil swab test untuk COVID-19?

Swab Test

Anda mungkin perlu melakukan swab test jika mengalami simptom-simptom berikut:

  1. Demam dan mengigil.
  2. Batuk.
  3. Sesak nafas.
  4. Sakit badan atau sakit otot.
  5. Pening kepala.
  6. Hilang rasa dan bau.
  7. Pening kepala
  8. Sakit tekak.
  9. Hidung berair.
  10. Loya dan muntah-muntah.
  11. Cirit-birit.

Walau bagaimanapun, bukan semua penghidap COVID-19 akan menunjukkan sebarang simptom. Malah, bukan semua orang yang mempunyai simptom akan mengalami simptom di atas.

Jika anda rasa tidak sihat, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan walaupun anda telahpun menerima dua dos vaksinasi.

3 Fasa utama untuk ujian PCR COVID-19

Menurut Cleaveland Clinic, ada 3 fasa utama ujian PCR COVID-19 atau swab test ini:

1. Pengumpulan sampel

Sampel akan dikumpul melalui hidung pesakit. Swab yang digunakan untuk mengumpul sampel ini mempunyai 3 jenis. Ketiga-tiganya boleh digunakan untuk mengambil sampel dengan berkesan.

Selepas itu, swab tersebut akan disimpan di dalam tiub dan dihantar ke makmal.

2. Ekstraksi

Apabila sampel tersebut sampai ke makmal, pekerja di sana akan melakukan isolasi (ekstraksi) material genetik daripada material lain.

3. PCR

Melalui PCR, pekerja tersebut akan menggunakan enzim dan bahan kimia istimewa untuk melipatgandakan jumlah material genetik yang ada di dalam tiub ujian tersebut.

Jika sampel tersebut mengandungi bahan genetik daripada virus COVID-19, ia akan bertukar menjadi hijau fluorescent disebabkan reaksi bersama bahan kimia yang terkandung di dalam tiub ujian tersebut.

Saintis akan menggunakan software yang khas untuk mengesan bacaan ini dan mengesahkan sama ada pesakit tersebut positif atau negatif COVID-19.

Beza antara rapid test, swab test dan PCR

Swab Test

Sebenarnya, ada beza antara ketiga-tiga terma di atas. Swab dan juga ujian PCR berkait rapat antara satu sama lain. Namun, kedua-duanya terma tersebut berbeza dengan rapid test:

Apakah maksud ujian PCR atau swab test?

PCR bermaksud polymerase chain reaction. Ia merupakan satu ujian yang dilakukan untuk mengesan bahan genetik daripada organisma tertentu sepert virus. Ujian ini turut dikenali dengan nama swab test.

Ujian ini boleh mengesan kehadiran sesuatu virus jika anda mempunyai virus tersebut ketika ujian.

Malah, ia juga boleh mengesan serpihan virus tersebut walaupun selepas anda tidak lagi dijangkiti.

Jika keputusan ujian ini positif, anda disahkan dijangkiti COVID-19 ketika sampel anda diambil. Jika anda telah menerima vaksinasi, simptom yang anda alami mungkin bersifat sederhana dan anda boleh melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Walau bagaimanapun, pastikan anda memantau diri di rumah jika dijangkiti COVID-19. Rujuk aplikasi MySejahtera untuk arahan lanjut.

Namun, jika keputusannya negatif, anda mungkin tidak dijangkiti COVID-19. Walaupun begitu, ada kemungkinan anda telah dijangkiti namun belum menunjukkan sebarang simptom.

Selain itu, keputusan negatif juga boleh berlaku jika anda telah menghidap COVID-19 selama seminggu sebelum mengambil ujian PCR.

Jika anda positif COVID-19, pastikan anda bercakap dengan pihak berkuasa. Duduk rumah dan kuarantinkan diri.

Namun, jika keputusan ujian negatif, teruskan melindungi diri anda daripada COVID-19. 

Elakkan tempat yang sesak, sentiasa pakai pelitup muka dan rajinkan diri membasuh tangan atau memakai hand sanitizer.

Apakah maksud rapid test?

Swab Test

Rapid test merupakan satu cara untuk melakukan pemeriksaan dengan pantas dan mendapat keputusan ujian dengan cepat.

Malah, dalam sesetengah kes, keputusan boleh didapati dalam masa 15 minit.

Ujian ini menggunakan sebuah peranti yang mampu mengesan kehadiran antibodi yang dihasilkan oleh badan apabila berlakunya jangkitan virus.

Walaupun keputusan ujian COVID-19 boleh didapati dengan pantas, keputusannya mungkin tidak berapa tepat.

Rapid test COVID-19 paling tepat dalam kalangan pesakit yang telah menunjukkan simptom COVID-19. 

Oleh sebab itu, anda mungkin perlu mengambil ujian PCR selepas melakukan I untuk menentukan kesahihan keputusan yang diterima daripada ujian sebelum ini. 

Jika anda mengalami simptom seperti:

  1. Kesukaran bernafas.
  2. Sakit dada.
  3. Rasa keliru.
  4. Tidak boleh bangun atau sukar menyedarkan diri. 
  5. Muka atau mulut menjadi biru.

Cepat-cepatlah dapatkan bantuan kecemasan.

Jangan berlengah-lengah kerana COVID-19 amat berbahaya kepada golongan berisiko seperti warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: