Tanda Darah Rendah, Awas Risiko Jika Sering Keletihan Ketika Kerja!

Apakah tanda darah rendah dan apa perkara penting yang perlu anda tahu bagi mencegah dari menjadi teruk? Artikel pada kali ini akan berkongsi punca utama tekanan darah rendah kerap berlaku dalam masyarakat.

Ancaman tekanan darah rendah pada kesihatan

Untuk pengetahuan anda, tekanan darah sangat berperanan dalam memastikan darah boleh beredar di dalam salur darah daripada jantung kepada seluruh sel dalam badan manusia. Tanda darah rendah boleh menjadikan pergerakan darah tidak sampai ke bahagian-bahagian badan yang tertentu khususnya otak.

Apabila darah tidak mampu sampai ke otak, akan banyak juga fungsi badan yang terjejas kerana kegagalan otak memberi arahan kepada anggota badan untuk menjalankan tugasnya.

Tekanan darah rendah berlaku apabila bacaan tekanan darah di bawah 90/60 (bacaan ideal ialah 120/90).

Apakah tanda darah rendah?

Tanda darah rendah yang tidak melibatkan simptom yang serius boleh dirawat dengan mudah tanpa meninggalkan sebarang risiko kesihatan. Namun apabila seseorang itu telah melihat berlaku perubahan dan simptom ganjil pada tubuh badan ianya boleh memberi keburukan pada kesihatan sehingga mengancam nyawa.

1. Pening kepala

Pening kepala dan pengsan secara tiba-tiba salah satu gejala mereka yang berhadapan dengan masalah tekanan darah rendah.

Kes seperti ini sangat sinonim dikaitkan dengan perubahan posisi seseorang ketika berdiri dengan cepat selepas bangun tidur pada waktu pagi.

Seeloknya, jangan terus berdiri ketika anda sedang berbaring sebaliknya ambil masa untuk duduk dahulu.

Kemudian gerakkan kaki dan gerakkan kaki anda. Cara ini akan meningkatkan peredaran darah dan menaikkan degupan jantung, sehingga anda tidak merasa pening ketika berdiri.

2. Dehidrasi

Mekanisma dahaga sangat berkesan dalam menentukan berapa banyak air perlu diminum secara purata setiap hari. Ia bergantung kepada berapa aktif seseorang, berapa banyak air di dalam makanan yang kita makan dan sekiranya mempunyai sebarang isu kesihatan.

Ulasan daripada Pakar Fisiologi Sekolah Perubatan Dartmouth, AS, Heinz Valtin, mendapati tiada rujukan berkaitan minum lapan gelas air sehari.

Kebanyakan daripada kuantiti air berada di dalam sel-sel badan (ruang intrasel). Selebihnya terdapat di ruang ekstra selular, yang terdiri daripada saluran darah (ruang intravaskular) dan ruang antara sel (ruang interstisial).

Dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan sudah tentu akan menyebabkan tekanan darah menurun dengan bahaya. Seseorang yang mempunyai dehidrasi kronik sangat sukar untuk menghilangkan rasa dahaga dan membawa kepada hipotensi.

3. Penglihatan kabur

Mata kabur mungkin kita rasa sebabnya kerana kurang fokus atau tidak mendapat tidur yang cukup. Namun hal yang tidak anda tahu penglihatan kabur adalah tanda darah rendah.

Ia boleh membawa kesan yang agak lama dan paling teruk kekal selamaya bergantung kepada kadar teruk mata seseorang. Jika anda rasa penglihatan sudah tidak jelas atau sebagainya, segera untuk dapatkan rawatan dengan doktor.

4. Kadar degupan jantung mula laju

Menurut The American Heart Association degupan jantung yang normal adalah secara umumnya adalah:

  • Kanak-kanak yang berusia 6 ke 15 tahun mempunyai kadar denyutan dalam lingkungan 70 hingga 100 degupan seminit
  • Orang dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas mempunyai kadar denyutan dalam lingkungan 60 ke 100 degupan seminit

Namun kadar degupan jantung ini boleh berubah dari gaya hidup contohnya seorang atlet sukan atau juga disebabkan masalah kesihatan lain.

Jantung akan berdegup laju kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia apabila keadaan kesihatan tidak baik seperti tekanan darah rendah. Hal ini kerana, jantung tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengisi darah sehingga menyebabkan ia berfungsi lebih dari yang sepatutnya.

5. Keletihan

Keletihan punca utamanya adalah dari gaya hidup yang tidak menentu. Contohnya seperti tidur yang tidak cukup, terlalu banyak minum alkohol atau kafein, makan ubat-ubatan tertentu, diet yang tidak seimbang, dan sebagainya.

Selain itu dari sudut kesihatan, gangguan tiroid, kemurungan, anemia, apnea tidur, diabetes, kegagalan jantung, dan tekanan darah rendah sehingga menyebabkan keletihan mungkin disebabkan oleh hemoglobin yang rendah.

Kesimpulan

Sekiranya anda mempunyai risiko tekanan darah yang tidak menentu, jangan lupa untuk dapatkan segera nasihat doktor untuk menjalankan rawatan lanjutan yang sepatutnya. Jangan biarkan simptom berterusan kerana ia mungkin adalah tanda-tanda penyakit yang menjadi pembunuh dalam senyap.

Rujukan

  1. Low Blood Pressure (Hypotension). Cleveland Clinic
  2. What Is Low Blood Pressure? Blood Pressure UK
  3. Low Blood Pressure. National Heart, Lung, and Blood Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published.