Pedih Perut Dan Selalu Loya? Ini Mungkin Tanda Gastrik Angin!

Gastrik merupakan satu kondisi yang menyebabkan lapisan perut mengalami inflamasi. Akibatnya, individu yang menghidap penyakit ini kerap sakit perut, perut kembung dan sering loya. Masalah gastrik juga boleh menjadi teruk dan mengakibatkan masalah kesihatan lain. Sebab itulah, kita perlu tahu tanda gastrik angin supaya ia mudah untuk dikenal pasti pada masa hadapan.

Tetapi, apakah maksud gastrik? Gastrik adalah sejenis penyakit yang menyebabkan lapisan dalam perut mengalami keradangan. Penyakit ini juga boleh berlaku secara tiba-tiba (acute) atau kronik.

Lapisan dalam perut turut dikenali sebagai lapisan mukosa. Lapisan inilah yang melindungi perut daripada hakisan asid. Apabila lapisan ini terjejas, mukosa akan mengalami keradangan dan menyebabkan gastrik.

Jangkitan bakteria Heliobacter pylori adalah punca gastrik. Masalah gastrik boleh diatasi dengan pengambilan ubat-ubatan daripada doktor atau secara over-the-counter di farmasi berdekatan.

Walau bagaimanapun, tanda gastrik angin menyerupai simptom ketidakhadaman. Oleh sebab itu, jika anda tidak pasti mengenai kondisi anda, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kadangkala, rasa pedih perut mungkin berlaku disebabkan masalah penghaman atau dyspepsia.

7 Tanda gastrik angin

Gastrik angin boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, ada juga penghidap gastrik yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Walau bagaimanapun, bagi penghidap gastrik yang kronik, anda mungkin akan mengalami simptom seperti di bawah:

1. Selalu sakit perut

tanda gastrik angin

Sakit perut merupakan tanda gastrik angin yang paling lazim. Selalunya, pesakit akan rasa sakit perut yang mencucuk jika terlambat makan. Sakit ini mungkin boleh menyebabkan perut jadi pedih, keras atau rasa tidak selesa.

2. Kerap rasa loya dan muntah-muntah

Kadangkala, penghidap gastrik juga akan rasa loya dan mula muntah-muntah. Gastrik boleh menyebabkan lapisan perut terluka disebabkan ulser.

Pesakit yang kerap muntah mungkin akan mengalami muntah yang berwarna jernih, kuning atau kehijau-hijauan.

Namun, bagi mereka yang menghidap gastrik teruk, muntah mereka selalunya berwarna coklat. Ini adalah tanda darah dalam perut. Jumpa doktor juga sakit perut yang anda alami menyebabkan anda muntah darah.

3. Tidak ada selera makan

tanda gastrik angin

Dalam kalangan penghidap gastrik yang teruk, pesakit selalunya tidak mempunyai selera makan disebabkan rasa loya dan sering muntah.

4. Perut selalu meragam

Sering loya, rasa nak muntah dan kerap cirit-birit merupakan antara tanda utama gastrik. Malah, jika anda alami gastrik yang teruk, besar kemungkinan anda akan mempunyai tinja yang berwarna hitam pekat. Ini berlaku disebabkan adanya darah pada sistem pencernaan.

5. Selalu sendawa tanda gastrik angin

Sendawa juga merupakan salah satu tanda gastrik angin. Tidak dinafikan, sendawa merupakan perkara yang normal. Semua orang sendawa. Tetapi, sendawa yang keterlaluan adalah tanda gastrik.

Selalunya, sendawa ini akan berlaku dengan simptom lain seperti pedih ulu hati dan juga kentut yang berbau busuk.

6. Cepat kenyang atau perut rasa padat

Mereka yang menghidap gastrik juga akan cepat kenyang disebabkan kekurangan selera makan. Malah, ini juga merupakan tanda inflamasi pada kawasan perut.

7. Perut kembung tanda gastrik angin

Salah satu simptom lazim gastrik ialah perut kembung. Jadi, jika anda mengalami masalah perut kembung yang terlalu kerap, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin kerana itu mungkin tanda gastrik.

Bolehkah saya cegah gastrik angin?

tanda gastrik angin

Punca utama gastrik ialah jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria ini mudah merebak. Oleh sebab itu, anda perlulah mengurangkan risiko jangkitan dengan cara menjaga kebersihan diri. Selalulah basuh tangan sebelum makan dan sewaktu keluar dari tandas.

Simptom gastrik yang lain seperti masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati pula boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu. 

Bukan itu sahaja, ada juga langkah lain yang boleh diambil untuk mengurangkan simptom gastrik. Menurut Mayo Clinic, anda boleh:

  1. Elakkan pengambilan makanan yang pedas, berlemak atau berasid.
  2. Kurangkan pengambilan kafein.
  3. Makan makanan dalam saiz hidangan yang kecil tetapi kerap.
  4. Cari cara untuk atasi stres.
  5. Kurangkan pengambilan alkohol.
  6. Elakkan berbaring 2-3 jam selepas makan.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: