Kenapa Anda Perlu Ambil Teh Hijau Untuk Kurus?

Jika anda suka minum teh, percayalah, anda tidak berseorangan! Walaupun teh yang paling popular ialah teh hitam (black tea), teh hijau didapati kian digemari oleh penduduk dunia disebabkan khasiatnya terhadap kesihatan. Malah, ada juga yang amalkan teh hijau untuk kurus!

Teh hijau mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan, salah satunya ialah kemampuannya untuk membantu kita menurunkan berat badan. Ia juga kaya dengan pelbagai nutrisi dan antioksidan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Malah, ada juga yang percaya teh hijau dapat menggalakkan pembakaran lemak dan membantu menurunkan berat badan. Sebab itulah, ramai yang ambil teh hijau untuk kurus!

Dalam artikel kali ini, kami akan kupas lebih lanjut mengenai pengambilan teh hijau untuk kurus. Bagi mereka yang sedang atau ingin berdiet, anda mesti baca artikel ini!

Benarkah teh hijau dapat membantu kita menurukan berat badan?

teh hijau untuk kurus

Menurut kajian, flavanoid dan juga kafein yang terkandung dalam teh hijau boleh meningkatkan kadat metabolisme badan dan mempercepatkan pembakaran lemak.

Tambah lagi, menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Nutrition & Metabolism, kafein merupakan sejenis stimulan yang terbukti dapat membakar lemak dan meningkatkan prestasi senaman.

Walau bagaimanapun, pengambilan teh hijau bukanlah 100% berkesan untuk menurunkan berat badan. Anda masih perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk penurunan berat badan yang sihat.

Namun, pengambilan teh hijau untuk kurus mungkin dapat membantu memberikan kesan positif terhadap perjalanan diet anda.

Selain itu, anda juga tidak perlu minum banyak teh hijau untuk menurunkan berat badan.

Walaupun penurunan berat badan boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, individu yang minum teh sebanyak 2.5 cawan sehari sudah cukup untuk membantu anda menurunkan berat badan.

Tambahan lagi, teh hijau juga mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Jangan lupa, secawan teh hijau mempunyai antioksidan yang bersifat anti kanser dan baik untuk otak.

Walaupun anda tidak mahu berdiet, teh hijau merupakan sejenis minuman yang sihat untuk anda amalkan setiap hari!

5  Khasiat teh hijau untuk kurus

Selain mengandungi antioksidan dan dapat mempertingkatkan metabolisme badan, teh hijau juga dapat membantu kita menurunkan berat badan dengan cara:

1. Membantu badan memecahkan lemak

teh hijau untuk kurus

Untuk memecahkan lemak, kita perlulah bersenam untuk membakar kalori supaya badan boleh menukar sel lemak kepada tenaga. Badan kita akan mula membakar lemak dengan bantuan hormon seperti norepinephrine.

Tetapi, bagaimanakah teh hijau dapat membantu kita untuk kurus? EGCG, satu komponen penting dalam teh hijau dapat memastikan tahap hormon norepinephrine berada dalam keadaan yang optimim.

Semakin banyak norepinephrine = semakin banyaklah lemak yang dapat dibakar!

2. Membantu anda membakar lebih banyak lemak ketika bersenam

Ada sebabnya mengapa teh hijau dapat membantu membakar lebih banyak lemak ketika bersenam.

Secawan teh hijau bukan sahaja mengandungi norepinephrine, ia juga mengandungi kafein, stimulan yang sangat baik untuk membantu memecahkan lemak.

Menurut sebuah kajian, kaum Adam yang berbasikal selama 30 minit dapat membakar 17% lebih banyak lemak jika mengambil teh hijau dalam masa 24 jam sebelum bersenam!

3. Teh hijau mungkin dapat mengurangkan craving

teh hijau untuk kurus

Sebab itulah, ramai yang mengamalkan teh hijau untuk kurus! Teh hijau mungkin dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan keinginan anda untuk mengunyah sepanjang hari!

Malah, ramai yang salah anggap mengenai ‘rasa lapar’ yang dialami. Selalunya, kita sebenarnya haus dan bukannya lapar!

Walau bagaimanapun, janganlah hanya minum teh semata-mata. Minuman yang terbaik untuk kurus adalah air kosong. Namun, jika anda rasa bosan dengan air masak, anda boleh minum air teh hijau ketika berdiet.

4. Meningkatkan metabolisme badan

Kajian menunjukkan, teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan supaya anda dapat membakar lebih banyak kalori, walaupun anda sedang berehat.

Kebanyakkan kajian mendapati metabolisme badan dapat ditingkatkan sebanyak 3-4% hanya dengan minum teh hijau!

Itu bermaksud, jika anda membakar 1800 kalori setiap hari, amalan minum teh hijau dapat membakar sebanyak 50-70 kalori tambahan tanpa sebarang aktiviti!

5. Teh hijau dapat mengurangkan lemak berbahaya!

Tahukah anda, lemak yang paling berbahaya terletak pada organ kita? Lemak tersembunyi ini turut dikenali sebagai lemak visera atau lemak perut.

Lemak yang terlalu banyak pada kawasan perut adalah tidak normal dan mungkin menandakan penyakit yang serius! Malah, mereka yang buncit juga lebih berisiko mengalami sakit jantung dan diabetes jenis 2.

Kajian menunjukkan, pengambilan teh hijau dapat mengurangkan pembentukan lemak di kawasan perut. Jadi, jom ambil teh hijau untuk kurus dan mengurangkan buncit!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: