Tekanan Darah Normal, Semak Bacaan Pada ‘Blood Pressure Monitor’

Apakah bacaan tekanan darah normal yang perlu anda ketahui dan fahami?

Darah adalah elemen penting dalam tubuh badan manusia. Perubahan darah boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan khususnya dari paras terkenan darah yang tertentu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai bacaan normal dalam darah, ilmu serta tips yang berkaitan dengannya.

Apa itu tekanan darah?

tekanan darah normal

Tekanan darah adalah pengukuran kuasa yang diperlukan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.

Nilainya biasa dinyatakan dalam milimeter raksa (mmHg) dan direkodkan sebagai dua angka, contohnya 120/80 mmHg.

Angka pertama (120) dikenali sebagai tekanan darah sistolik, yang merujuk kepada tekanan dalam arteri ketika jantung berdenyut dan mengepam darah.

Angka kedua (80) adalah tekanan darah diastolik, merujuk kepada tekanan dalam arteri ketika jantung berada dalam keadaan rehat atau di antara denyutan.

Jadual tekanan darah

KategoriSistolikdan/atauDiastolik
Normal< 120 mm Hgdan< 80 mm Hg
Meningkat (berisiko, atau prahiprtensi)120 – 129 mm Hgdan< 80 mm Hg
Hipertensi peringkat 1130 – 139 mm Hgatau80 – 89 mm Hg
Hipertensi peringkat 2> 140 mm Hgatau> 90 mm Hg
Krisis hipertensi (keadaan kecemasan)> 180 mm Hgdan/atau> 120 mm Hg

Bacaan darah normal

Bacaan tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Manakala, bacaan antara 120/80 dan 129/84 mmHg dianggap sebagai normal namun agak tinggi, sementara bacaan di atas 140/90 mmHg adalah indikasi tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Fungsi darah kepada manusia

tekanan darah normal

Fungsi darah dalam tubuh adalah untuk menghantar nutrien, oksigen, hormon dan pelbagai lagi komponen penting ke seluruh anggota badan bagi menjamin kelangsungan hidup seorang manusia.

Bacaan darah yang stabil dapat memastikan bahawa semua organ mendapatkan bekalan darah yang cukup untuk berfungsi secara efisien.

Selain itu terdapat juga fungsi lain darah iaitu seperti:

  • Mengedarkan oksigen dan nutrisi ke paru-paru dan ke jaringan di seluruh tubuh.
  • Membekukan darah untuk mencegah kekurangan darah akibat perdarahan.
  • Mengantarkan sel-sel dan antibodi untuk melawan jangkitan.
  • Membawa sisa-sisa metabolisme tubuh untuk dibuang melalui ginjal dan hati.
  • Mengawal suhu tubuh.

Cara ukur tekanan darah

Untuk mengukur tahap bacaan darah, seseorang biasanya menggunakan alat yang dikenali sebagai sphygmomanometer, yang terdiri daripada meter tekanan darah, pemantau tekanan darah, atau tolok tekanan darah.

Manset diletakkan pada lengan atas dan diisi dengan udara hingga arteri dalam lengan tersumbat.

tekanan darah normal

Kemudian, udara dilepaskan secara perlahan dan bacaan tekanan diambil pada saat jantung berdenyut (sistolik) dan berhenti berdenyut (diastolik).

Namun, perlu diingat bahawa tahap bacaan darah seseorang boleh berubah-ubah sepanjang hari, bergantung pada keadaan tubuh, aktiviti, dan perubahan emosi yang berlaku.

Justeru itu, sangatlah penting agar tahap bacaan darah anda ini diambil secara konsisten. Sesetengah pakar mencadangkan agar kita membuat pemeriksaan tahap bacaan darah diperiksa setiap 3 hingga 6 bulan.

Bagi mereka yang mempunyai pra hipertensi atau hipertensi, pemeriksaan yang lebih kerap dinasihatkan.

Cara untuk mencegah hipertensi atau hipotensi

  1. Pemakanan seimbang: Makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh serta rendah garam dan lemak tepu dapat membantu menjaga tahap bacaan darah dalam kawalan.
  2. Senaman: Aktiviti fizikal dapat membantu menurunkan tahap bacaan darah dan menjaga berat badan yang sihat.
  3. Mengurangkan stress: Teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga dapat membantu mengurangkan tahap bacaan darah.
  4. Berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol: Kedua-dua faktor ini dapat meningkatkan risiko masalah darah tinggi

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan tahap tekanan darah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Rujukan:

  1. What is a Normal Blood Pressure Reading. Medical News Today
  2. Understanding Blood Pressure Readings. Heart
  3. What is Blood Pressure? NHS
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113