Biasa kita dengar tentang masalah tekanan darah tinggi atau hipertension, namun tahukah anda ada juga segelintir dari kita yang menghidapi masalah tekanan darah yang rendah.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih mendalam tentang tekanan darah rendah, dari segi jenisnya, simptom, rawatan dan pencegahan yang boleh diambil.
Apa itu tekanan darah rendah?
Tekanan darah rendah, juga dikenali sebagai hipotensi, adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang jatuh di bawah paras yang dianggap normal, iaitu kurang daripada 90/60 mm Hg.
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri.
Jenis-jenis hipotensi
Jenis tekanan darah rendah termasuk:
1. Hipotensi ortostatik (hipotensi postural)
Ini adalah penurunan mendadak dalam tekanan darah ketika berdiri dari posisi duduk atau selepas berbaring.
Punca termasuk dehidrasi, berbaring di tempat tidur dalam jangka masa panjang, kehamilan, beberapa kondisi perubatan dan beberapa ubat-ubatan. Jenis tekanan darah rendah ini biasa dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua.
2. Hipotensi postprandial
Penurunan tekanan darah ini berlaku 1 hingga 2 jam selepas makan. Ia paling mungkin mempengaruhi orang dewasa yang lebih tua, terutamanya mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit sistem saraf autonomi seperti penyakit Parkinson.
Mengambil makanan kecil, rendah karbohidrat, minum lebih banyak air, dan mengelakkan alkohol mungkin membantu mengurangkan simptom.
3. Hipotensi neurally mediated
Ini adalah penurunan tekanan darah yang berlaku selepas berdiri untuk tempoh masa yang panjang.
Jenis tekanan darah rendah ini kebanyakannya mempengaruhi orang dewasa muda dan kanak-kanak. Ini mungkin berlaku akibat komunikasi yang salah antara jantung dan otak.
4. Atrofi sistem berbilang dengan hipotensi ortostatik
Juga dikenali sebagai sindrom Shy-Drager, gangguan jarang ini mempengaruhi sistem saraf yang mengendalikan fungsi yang tidak disedari seperti tekanan darah, kadar jantung, pernafasan dan penghadaman.
Ia dikaitkan dengan tekanan darah yang sangat tinggi ketika berbaring.
Simptom berlakunya tekanan darah rendah
Simptom tekanan darah rendah boleh merangkumi pening, pengsan, penglihatan kabur, mual, keletihan, dan kurang konsentrasi.
Namun, dalam beberapa kes, individu dengan hipotensi mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.
Rawatan untuk hipotensi
Rawatan untuk hipotensi bergantung kepada penyebab dan simptom yang dialami. Jika hipotensi disebabkan oleh masalah kesehatan yang mendasari, rawatan akan fokus kepada masalah tersebut.
Dalam kes-kes lain, perubahan gaya hidup atau ubat-ubatan mungkin diperlukan.
Doktor mungkin mencadangkan peningkatan pengambilan garam, pengambilan lebih banyak air, atau mengubah posisi badan dengan perlahan.
Langkah pencegahan yang boleh diambil
Langkah-langkah pencegahan untuk hipotensi melibatkan pemantauan tekanan darah secara rutin, memastikan diet seimbang dan hidrasi yang mencukupi, serta menjaga kecergasan fizikal.
Jika anda mengalami sebarang simptom hipotensi, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda.
Beza hipotensi dan hipertensi
Perbezaan | Hipotensi | Hipertensi |
Situasi | Berlaku apabila tekanan darah dalam arteri anda jatuh di bawah paras yang dianggap normal, iaitu lebih rendah daripada daripada 90/60 mm Hg | Berlaku apabila tekanan darah dalam arteri anda secara konsisten melebihi batas yang dianggap normal, biasanya di atas 130/800 mm Hg |
Simptom | Pening, pengsan, keletihan dan mengancam nyawa seperti kejutan | Tidak menunjukkan simptom, dan kerana itu sering disebut sebagai “pembunuh senyap”. |
Risiko | Pitam atau pengsan secara tiba-tiba | Penyakit jantung, strok, dan masalah kesehatan lain jika tidak dikendalikan |
Kesimpulan
Kesimpulannya, tekanan darah rendah mungkin bukanlah masalah kesihatan yang serius bagi semua orang.
Walau bagaimanapun, jika ia menyebabkan simptom yang tidak selesa atau berbahaya, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Dengan pengetahuan, pemahaman dan rawatan yang tepat, hipotensi boleh dikendalikan dengan berkesan.
Rujukan:
- Low Blood Pressure (Hypotension). Mayo Clinic
- Hipotensi. My Health