10 Tempat Menarik Di Cameron Highlands (Instagrammable) 2022
Cameron Highlands terletak di sempadan antara Negeri Pahang dan Perak sangat terkenal dengan tempat-tempat menarik yang sekaligus menjadikannya sebagai destinasi pelancongan terkenal di Malaysia.
Dengan udara yang dingin sejuk serta berlatar belakangkan permandangan bukit-bukau yang sangat indah, disamping sangat terkenal dengan keindahan flora dan fauna, ia menjadi destinasi pilihan untuk rakyat Malaysia bercuti bersama keluarga.
Berikut adalah 10 tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke Cameron Highlands, Pahang.
Senarai 10 Tempat Menarik di Cameron Highlands 2022
Berikut dikongsikan antara 10 tempat wajib anda lawati ketika percutian anda di Cameron Highlands.
1. Lavender Garden Cameron Highlands
Jika anda seorang peminat bunga Lavender atau nak mencari spot OOTD yang sangat cantik di Cameron, Lavender Garden Cameron Highlands ni ialah pilihan terbaik.
Terletak di Brinchang, kunjungan anda ke sini seolah-olah seperti sedang bercuti di luar negara dengan udara yang sejuk dan dingin serta dikelilingi dengan kecantikan warna ungu bunga lavender yang mekar.
Malah, bukan sahaja bunga lavender yang terdapat di sini, tetapi juga pengunjung turut dapat menikmati keindahan tumbuhan lain seperti daisy dan strawberi.
Kunjungan anda ke Lavender Garden ini pasti akan memberi memori yang indah buat anda dan keluarga. Lavender Garden ni terletak di Brinchang, Cameron Highlands.
Ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang dengan bayaran masuk sebanyak RM 15 bagi seorang dewasa dan RM 10 bagi seorang kanak-kanak.
2.Pasar Malam Brinchang
Pasar Malam Brinchang ni ialah merupakan destinasi wajib yang patut diletakan dalam itinerary percutian anda ke Cameron Highlands. Terletak di Jalan Golden Hills, Brinchang, Pasar malam ni dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari jam 6 petang hingga 11 malam.
Seperti kebanyakan pasar malam laindi Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan makanan yang enak dan lazat, pasar malam Brinchang ni turut menjual pelbagai jenis pilihan makanan terutamanya makanan dari Cameron Highlands sendiri.
Dan juga pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan segar yang ditanam di Cameron Highlands boleh dibeli disini seperti jagung, strawberi, kobis, salad, ubi kentang, madu dan sebagainya.
Malah, lagi unik, dengan cuaca yang sejuk di waktu malam, berkunjung ke Pasar Malam Brinchang ini seolah-olah terasa seperti sedang membeli-belah di luar negara. Ia sudah pasti akan memberikan pengalaman berbeza untuk warga Malaysia yang melancong ke sana.
Namun begitu, ketika malam minggu keadaan lalu lintas di Brinchang agak sesak. Oleh itu, seelok-eloknya anda menginap di hotel sekitar Brinchang dan hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar ini.
3. Pasar Pagi KEA FARM
Jika di waktu malam, Cameron Highlands sangat terkenal dengan keunikan Pasar Malam Brinchang, di waktu siang pula Pasar Pagi KEA Farm menjadi pilihan pengunjung yang berkunjung di Cameron ini.
Yang menariknya di sini ialah sayur-sayuran, buah-buahan, pokok bunga, madu asli dan sebagainya dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari tempat-tempat lain di Malaysia. Malah, apa yang dijual disini semuanya segar dari Cameron Highlands sendiri.
Pasar ini terletak di Brinchang juga iaitu 4.6KM dari Pekan Brinchang. Ia dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Pasar ini terletak di tepi jalan dan pengunjung perlu meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan.
Berhati-hati pabila berkunjung ke sini kerana keadaan di sini sangat sesak terutamanya ketika hari minggu.
4. Ladang Teh Boh, Sungai Palas
Cameron Highlands sangat terkenal dengan ladang the yang menjadi ‘landmark’ Cameron Highlands. Jadi, kunjungan ke Cameron Highlands seolah-olah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang teh dan ladang teh yang sangat terkenal dengan panorama yang indah ialah Ladang Teh Boh yang terletak di Sungai Palas.
Permandangan yang sangat indah disini sesuai sekali untuk ber-OOTD. Berehat sebentar di Anjung Kafe di Ladang Teh Boh ini sambil melayan keasyikan permandangan indah ciptaan Tuhan dengan menghirup secawan teh panas. Fuhh! Ia dapat menciptakan momen yang sangat indah untuk anda dan keluarga sepanjang bercuti di Cameron.
untuk melihat sendiri daun teh diproses sehingga menjadi serbuk teh dan sesi ini akan berakhir pada jam 11 pagi.
Laluan ke Ladang Teh Boh agak sussah, iaitu jauh ke dalam dari jalanbesar dengan jalannya sempit dan berbengkang-bengkok seperti ular dipalu. Oleh itu, para pemandu dinasihatkan untuk bertolak ansur demi memastikan keselamatan setiap pelancong.
Masuk ke sini adalah PERCUMA. Namun, jika anda berminat untuk menjelajah ke seluruh kawasan ladang ini, anda boleh mengikut ‘tour’ yang disediakan oleh pihak pengurusan Ladang Teh BOH dengan bayaran sebanyak RM 45 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak.
Waktu operasi Ladang Teh Boh ini ialah dari jam 9 pagi hingga 4 petang sahaja dan dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin.
5. Ladang Teh Bharat
Selain dari Ladang Teh Boh, Ladang Teh Bharat adalah merupakan destinasi pelancongan popular di Cameron Highlands. Tidak seperti Ladang Teh Boh yang terletak jauh ke dalam, Ladang Teh Bharat ini terletak di laluan utama Tapah – Cameron Highlands.
Panorama di sini pun juga indah seperti di Ladang Teh Boh. Sambil menikmati keenakan teh di kafetaria, pengunjung boleh menjamu mata melihat keindahan permandangan ladang teh yang menghijau terbentang luas di depan mata.
6. Cameron Highlands Flora Park
Cameron Highlands Flora Park ini terkenal dengan gelaran ‘Pulau Jeju Malaysia’. Dengan panorama yang sangat indah, pengunjung akan merasa seolah-olah berada di Pulau Jeju, Korea Selatan.
Permandangan di Flora Park ini sangatlah cantik dan sesuai untuk bergambar. Malah untuk buat ‘wedding photoshoot’ pun sesuai di sini. Malah ia juga turut boleh menjadi destinasi berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin.
Jika anda kesini, jangan lupa pastikan bateri handphone anda penuh dan ambillah gambar sepuas-puasnya. Bayaran masuk ke Flora Park ini bergantung kepada pakej yang diambil. Terdapat 3 pakej yang ditawarkan, iaitu Pakej Sweet & Simple yang berharga RM 288 untuk 2 orang, Pakej Family Garden yang bermula dari harga RM 238 dan Pakej Dream Luxury Picnic yang berharga dari RM 488.
7. Ladang Strawberry KHM Strawberry & Ja
Kalau berkunjung ke Cameron Highlands, tidah sah jika tidak berkunjung ke Ladang Strawberry. Kerana di Cameron inilah terdapatkan Ladang Strawberry di Semenanjung Malaysia. Dan antara Ladang Strawbeery yang sangat terkenal ialah KHM Strawberry & Jam yang terletak di kampong Taman Sedia, Cameron Highlands.
Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga jam 6 petang dan pengunjung berpeluang untuk memetik sendiri buah strawberry. Malah, disini juga turut terdapat kafetaria di mana menu makanan yang disajikan adalah merupakan makanan yang berasaskan buah strawbeery seperti scone strawberry, ice cream strawberry dan banyak lagi. Strawberry yang digunakan semuanya segar terus dari ladang tersebut.
8. The Sheep Sanctuary
Jika anda melancong ke Cameron Highlands bersama anak kecil, The Sheep Sanctuary ini wajib diletakkan dalam itinerari anda.
Berkunjung ke The Sheep Sanctuary ni adalah seperti seolah-olah kta berada di Australia yang mana disini terdapat 20 ekor biri-biri yang dimport khas dari Australia yang dikatakan dari Baka Merino. Dan jika bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat sendiri proses mencukur bulu kambing biri-biri. Menarik kan?
Lokasi The Sheep Sanctuary ini ialah di Brinchang iaitu di belakang Kea Valley Hotel dan ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Harga tiket masuk ke sini ialah RM 8 bagi orang dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.
9. Cactus Valley Cameron Highlands
Bagi peminat pokok kaktus, anda wajib berkunjung ke Cactus Valley ini kerana disini menawarkan pelbagai jenis pokok kaktus yang pelbagai warna, bentuk dan rupa. Cactus Valley ini terletak di Brinchang, berdekatan dengan Star Regency Hotel dan ia dibuka setiap hari dari jam 8 malam hingga jam 6 petang.
Tiket masuk ke sini ialah sebanyak RM 5 untuk seorang dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak.
10. Lata Iskandar
Jika anda seorang peminat air terjun, maka anda peru masukkan Lata Iskandar ke dalam itinerary anda. Permandangan yang sangat memukau di Lata Iskandar ini pasti akan menggamit jiwa anda untuk berehat sebentar disitu. Lata Iskandar ini terletak di jalan utama Laluan Tapah-Cameron Highlands.
Sumber : Berita Harian
Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk merangka itinerari percutian ke Cameron Highlands agar percutian anda ke sana nanti mampu memberikan kenangan yang sangat berharga buat diri anda dan keluarga.
Selamat bercuti guys!
Sumber Rujukan :
- https://www.cameronhighland.net/
- https://www.dorsettpink.com/2020/08/bercuti-di-cameron-highland.html
- https://mypt3.com/tempat-menarik-di-cameron-highland
- https://www.klook.com/en-MY/blog/tempat-menarik-di-cameron-highlands/