Ingin Berdiet? 6 Tip Kurus Untuk Penurunan Berat Badan Yang Sihat

Tidak dinafikan, ramai orang yang mencari tip kurus secara online. Jika diperhatikan, terlalu banyak produk untuk menurunkan berat badan dijual dengan berleluasa di atas talian. Kebanyakan produk ini dikatakan dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat, tanpa sebarang kesan sampingan!

Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenarannya? Wujudkah produk di luar sana yang dapat menurunkan berat badan dengan pantas namun tidak membahayakan kesihatan? Jawapannya, mungkin tidak.

Sebab itulah, anda perlu berhati-hati jika ingin membeli sebarang produk kurus melalui sebarang aplikasi atas talian. Produk ini mungkin adalah satu scam atau mempunyai kesan sampingan yang kita sendiri tidak pasti.

Tetapi, bolehkah kita kurus tanpa bantuan sebarang produk pelangsing badan? Jawapannya ialah ya! Kita boleh melakukan pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan dengan selamat, tanpa sebarang kesan sampingan!

Malah, penurunan berat badan yang sihat juga membuatkan anda kurang berisiko untuk mengalami peningkatan berat yang mendadak pada masa akan datang.

Ingin tahu tip kurus yang terbukti berkesan? Mari ikuti perkongsian kami dalam artikel di bawah.

6 Tip kurus yang berkesan dan selamat

Menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlukan komitmen dan juga disiplin untuk berdiet dan juga bersenam.

Namun, jika anda sudah bersedia untuk mula berdiet, kami akan kongsikan tip kurus supaya anda dapat menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat.

Tip kurus 1: Tetapkan target berat yang realistik

tip kurus

Semua orang ingin menurunkan berat badan dengan pantas. Namun, penurunan berat badan yang realistik adalah sekitar 0.5 hingga 1 kilogram seminggu. Untuk mencapai penurunan ini, anda perlu membakar sekitar 500 hingga 1000 kalori setiap hari.

Sebelum mula berdiet, tetapkan berat badan yang anda inginkan. Sebagai contoh, tetapkan target penurunan berat badan sebanyak 10 kilogram. Kemudian, sediakan pelan senaman dan diet yang bersesuaian supaya anda boleh mencapai target tersebut.

Tip kurus 2: Jangan tinggalkan sarapan pagi

Meninggalkan sarapan pagi tidak akan membantu anda menurunkan berat badan.

Malah, menurut Dr. Elizabeth Ward yang turut menulis buku The Pocket Idiot’s Guide to the New Food Pyramids, kajian menunjukkan mereka yang makan sarapan mempunyai BMI yang lebih rendah dan dapat fokus dengan lebih baik di tempat kerja atau di sekolah.

Malah, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi mungkin akan rasa lebih lapar dan kerap snacking dengan lebih kerap. Jika anda kerap mengambil makanan ringan untuk mengalas perut, berat badan anda lebih sukar untuk turun.

Tip kurus 3: Jangan makan terlalu banyak pada waktu malam

tip kurus

Hadkan masa makan pada waktu malam. Elakkan mengambil makanan berat sebelum tidur atau snacking di hadapan televisyen. Jika anda inginkan sesuatu yang manis, pilih makanan yang sihat seperti yogurt atau teh herba.

Kemudian, terus gosok gigi untuk mengelakkan diri anda daripada makan berlebihan.

Selain itu, elakkan membeli terlalu banyak makanan ringan. Tambah makanan yang sihat seperti buah-buahan, jus buah dan sayur-sayuran untuk mengelakkan pengambilan makanan yang tidak sihat.

Tip kurus 4: Banyakkan senaman

tip kurus

Walaupun anda boleh turunkan berat badan tanpa senaman, aktiviti fizikal boleh mempercepatkan lagi penurunan berat anda. Senaman juga boleh membakar lebih banyak kalori, lebih daripada apa yang mampu bakar dengan diet semata-mata.

Selain itu, senaman juga mempunyai banyak lagi manfaat lain. Ia dapat membuatkan mood anda jadi lebih baik, menguatkan jantung dan menurunkan tekanan darah.

Kajian menunjukkan, mereka yang melakukan senaman lebih cenderung mengalami penurunan berat badan yang berkekalan berbanding mereka yang bersenam semata-mata.

5. Makan lebih banyak sayur dan buah

kuruskan badan

Sebagai permulaan, ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Cuba kurangkan pengambilan nasi dan tambahkan sayur-sayuran setiap kali makan. Anda juga boleh mulakan hari dengan semangkuk salad atau buah-buahan segar sebagai sarapan.

Menurut Garis Panduan Pemakanan Amerika Syarikat 2005, orang dewasa haruslah mengambil 7 hingga 13 cawan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Nampak banyak bukan!

Tetapi, jika anda memenuhkan peti ais anda dengan buah-buahan dan sayuran segar, jumlah ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

6. Ubah perspektif anda

Bukan mudah untuk kekal berdisiplin dan teruskan berdiet serta bersenam dalam satu tempoh masa yang panjang. Malah, ia perlu menjadi habit dan sebahagian daripada gaya hidup anda.

Tidak mengapa jika anda gagal sekali sekala. Namun, jangan sesekali mengalah dan cuba semula keesokan hari. Lama-kelamaan, anda pasti dapat melihat hasilnya.

Jom, kita mula berdiet sekarang!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: