Tips Kekal Cantik Dan Bertenaga Ketika Melancong
Sempadan negara sudahpun dibuka bermula 1 April lalu. Pasti di antara anda sudah mula merancang percutian malah ada juga sedang bercuti ketika ini.
Namun harus diingatkan, walaupun kelonggaran telah diberikan berikutan penularan wavak Covid-19 yang melanda dunia dua tahun lampau, kita tetap juga perlu menitipberatkan kesihatan dan keselamatan kita apabila berada di luar.
Bukan itu sahjaa, untuk menjadikan percutian anda lebih menyetonokkan dan bermakna, anda juga haruslah menjaga penampilan dan kekal cantik. Barulah ‘OOTD’ pun nampak cantik.
Untuk kekal bertenaga dan cantik, ada beberapa tips yang telah kami sediakan kepada anda sebelum anda memulakan perjalanan untuk melancong. Jom kita semak di bawah!
Sapukan minyak bayi di wajah untuk kekal lembab
Kulit yang lembap adalah asas untuk kelihatan kekal segar sepanjang perjalanan anda. Sebelum menyapu pelembap wajah, lap dulu wajah menggunakan tuala lempap. Kulit yang sedikit basah akan menyerap lembapan dengan lebih baik.Satu tips daripada ikon fesyen Victoria Beckham, selepas rutin kecantikan asas ( cuci-ton- melembap) sapukan minyak bayi untuk melindungi wajah . Minyak bayi berupaya mengunci kembapan.
Gunakan lipbalm atau lip tint
Penggunaan gincu mungkin meghidratkan bibir dan juga kurang sesuai dan selesa ketika dalam perjalanan. Anda mesti ingin berehat atau tidur semasa dalam perjalanan.Gincu anda mungkin akan mencomotkan pakaian atau bantal anda. Jadi penggunaan tinted lipbalm dan lip tint lebih relevan.
Guna syampu kering semasa melancong
Untuk mengatasi masalah rambut tidakbermaya, guna syampu kering untuk mengurangkan masalah kulit kepala berminyak. Alternatif lain, anda juga boleh menggunakan bedak talkum untuk menyerap minyak pada rambut. Tabur bedak pada akar rambut.
Sediakan getah rambut atau cekak rambut bagi yang tidak bertudung
Sediakan getah rambut atau cekak rambut atau skaf sebagai penyelamat bad hair day. Rambut anda semasa perrjalanan mungkin bakal ditiup angin atau jadi “leper”.
Minum air secukupnya
Pastikan anda minum air yang cukup untuk mengelakkan badan anda terhidrat langsung jadi tidak bermaya. Jangan lupa minum air kosong yang secukupnya atau anda juga boleh mengambil minuman isotonik.
Pakai losyen jenis gel untuk lindungi kulit
Bawa losyen jenis gel untuk mengekalkan kelembapan kulit badan. Losyen jenis ini lebih cepat kering dan tidak melekit.
Bawa pelembab tanpa bilas
Jangan lupa bawa leave- on conditioner (pelembap tanpa bilas) untuk memastikan rambut anda sentiasa terurus dan sihat . Untuk hasil yang lebig baik , balut rambut anda menggunakan skaf sebagai deep-conditioning treatment ketika travel. Jangan lupa bawa sikat yang berkualiti juga ya.
Letak kapas pada alat solek
Ketika pek bag anda, letak kapas atas permukaan pemerah pipi, pembayang mata dan bedak kompak untuk melindunginya daripada pecah.
Bawa kertas penyerap minyak
Bawa kertas penyerap minyak (oil blotter) . Gunakan ia sebelum anda memakai semula bedak kompak anda.
Elkkan memakai maskara
Maskara memang antara item mekap terpenting untuk nampak cantik. Tetapi mungkin anda boleh “berpuasa” daripada memakainya ketika dalam perjalanan. Bimbang anda akan kelihatan seperti panda ketika sampai ke destinasi nanti akibat kesan comot maskara.
Rehat yang cukup
Semasa berada dalam kenderaan, dapatkan rehat yang cukup dan tidur sebentar untuk memastikan anda kelihatan segar ketika sampai ke destinasi.