Tips Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Untuk Wajah Anda

Asas solekan yang sempurna akan menyerlahkan dan mencantikkan penampilan anda. Tidak ada gunanya mata dirias cantik jika asas solekannya bercapuk dan kelabu. Adalah penting untuk anda mengetahui jenis bedak asas dan ton yang tepat pada wajah agar penampilan tampil sempurna.

Bagaimana untuk mengetahui bedas asas apa yang sempurna bagi kulit muka dan ton warna kulit anda? Semak penjelasannya di bawah ini.

Cecair

 Sering menjadi pilihan kerana teksturnya lembut malah mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering. Sapuan tipis akan menampakkan kulit lebih segar dan menawan. Namun perlu diingat untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, pastikan ia dilabel sesuai untuk semua jenis kulit.

Krim

 Sesuai untuk jenis kulit yang bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Walaupun bedak jenis ini sedikit pekat tetapi ia tetap mudah dipakai. Elakkan menyapunya secara berlebihan kerana dikhuatiri mudah diserap ke dalam kulit. Dinasihatkan menyapu secara berhati-hati bagi mengelakkan warna kulit jadi tidak sekata. 

Bedak padat

 Lebih serasi untuk kulit jenis normal dan sedikit berminyak. Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampurkan dengan bedak lain kerana ia adalah gabungan bedak asas dan bedak. Sekiranya anda mempunyai kulit kering dan lebih selesa menggunakan bedak asas padat, pastikan anda menggunakan jenis ‘2 Way Cake’ atau ‘2 Way Faundation’, yakni anda boleh menggunakannya dalam keadaan lembap dengan hanya melembapkan span. Dengan itu kulit akan tampak sedikit lembap. 

Teknik Sapuan Bedak Asas

1. Pastikan muka bersih daripada minyak. Mengelak solekan cepat pudar disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata.

2. Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga ke sudut mata bagi memberikan kesan sekata.

3. Sapuan yang betul haruslah dengan cara ke bawah kerana untuk selari dengan liang roma, atau menarik ke arah luar kiri dan kanan agar litupannya lebih menyeluruh dan sempurna.

Apa yang penting adalah anda perlu yakin dengan diri anda. Jangan pernah berasa rendah diri dengan penampilan dan solekan anda. Setiap wanita berhak menatarias diri mereka utnuk kelihatan anggun dan berkeyakinan!

Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Retouch Solek Hanya Dalam Masa 3 Minit Sahaja!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: