Tips Penjagaan Rambut, Elak Rambut Anda Kering & Kembang!

Tips Penjagaan Rambut Yang Betul

Rambut adalah merupakan mahkota seseorang tak kira lelaki mahupun wanita. Penjagaan rambut yang betul adalah sangat penting agar penampilan anda kelihatan sentiasa bergaya, kemas, dan mempesonakan. 

Namun begitu, ramai yang sering terlepas pandang mengenai penjagaan rambut selepas membasuhnya. Ini menyebabkan rambut anda mudah kusut, kering dan kembang. 

Oleh itu, mari ketahui tips penjagaan rambut yang betul selepas membasuh rambut dan tips tambahan lain untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam penjagaan rambut. 

Mari baca!

 Tips Penjagaan Rambut

Tips Penjagaan Rambut Selepas Basuh 

1. Jangan Keringkan Rambut Menggunakan Tuala Dengan Kasar

Untuk mengeringkan rambut, elakkan menggosok rambut dengan kasar atau membalut bahagian atas kepala dengan tuala secara ketat. Ini boleh menyebabkan rambut anda ‘patah’ kerana ketika basah, folikel rambut mudah patah. 

Anda hanya perlu tepuk rambut anda yang basah dengan lembut menggunakan tuala dan balut kepala dengan longgar dan biarkan begitu selama beberapa minit untuk mengeluarkan lebihan air. 

2. Gunakan Sisir Yang Bergigi Lebar/Berjarak

Untuk mengelakkan rambut anda tersangkut dan memudahkan kekusutan rambut terlerai ketika basah, gunakan sisir rambut yang bergigi lebar atau berjarak. 

Sisir rambut anda perlahan-lahan untuk mengelakkan banyak rambut gugur. 

3. Gunakan Serum Atau Perapi Tanpa Bilas 

Bagi mengekalkan kelembapan rambut selepas dibasuh, gunakan perapi tanpa bilas atau serum. Ia juga juga akan membantu meleraikan kekusutan rambut dengan mudah. 

4. Elakkan Menggunakan Pengering Rambut Dengan Haba Maksimum 

Sekiranya anda menggunakan pengering rambut, elakkan menggunakan haba yang maksimum. Sebaiknya, set haba yang sederhana dan gunakan bantuan tuala untuk mengeringkan rambut anda dengan cepat. 

Selain itu, pastikan juga anda menggunakan serum perlindungan haba sebelum menggunakan alat pengering rambut, pelurus atau alat pengeriting rambut. Ini akan membantu mengekalkan kelembapan dan pada masa yang sama memberikan gaya yang anda inginkan.

5. Jangan Ikat Rambut Ketika Basah

Elakkan untuk mengikat rambut anda ketika basah. Hal ini kerana, rambut yang basah sangat rapuh dan mudah putus. 

Tips Tambahan

Tips Penjagaan Rambut
  1. Pilih Syampu Yang Sesuai Dengan Masalah & Jenis Rambut: Kenali jenis rambut anda dan pilih syampu yang sesuai. Tips, elakkan syampu yang mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben. 
  1. Guna Conditioner (Perapi): Jangan lupa gunakan perapi rambut selepas membilas syampu. Ingat, perapi rambut tidak boleh terkena pada kulit kepala kerana boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan seterusnya berkelemumur. Letakkan di bahagian hujung rambut, biar 2 hingga 3 minit dan bilas. 
  1. Pakai Hair Mask (2x seminggu): Untuk melembabkan rambut dan mengelakkan rambut kembang serta mengurangkan rambut kusut, gunakan hair mask 2 kali seminggu. Caranya, sapu hair mask di seluruh rambut selepas menggunakan syampu (sebelum guna conditioner). Biarkan seketika, dan bilas. Kemudian, baru pakai conditioner. 
  1. Guna Serum Semasa Rambut Lembap: Bagi menambahkan kelembutan rambut dan mengelakkan rambut anda bercabang, gunakan serum di bahagian hujung rambut ketika rambut lembap. Elakkan terkena kulit kepala ya. Ini kerana serum boleh menyebabkan kepala berminyak dan berkelemumur. 
  1. Tonik Rambut: Sekiranya mempunyai rambut yang tipis, anda boleh gunakan tonik rambut untuk melebatkan rambut. Bagi sesiapa yang sering mengalami rambut gugur anda juga disarankan untuk memakai tonik rambut. 
  1. Pakai Sarung Bantal Sutera (Silk): Sarung bantal jenis kain silk membantu untuk mengurangkan pergeseran rambut semasa tidur. Ini akan mengurangkan kemungkinan untuk rambut menjadi kusut dan rapuh selepas bangun daripada tidur. 

Sumber: 

https://www.sunsilk.com.my, https://says.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161