Ubat Sakit Gigi Yang Anda Boleh Cuba Sebagai Rawatan Sementara

Untuk meredakan sakit gigi yang dialami dalam waktu yang singkat, anda bolehlah cuba beberapa ubat sakit gigi yang dijual di pasaran.

Sakit gigi boleh terjadi tanpa mengira masa.

Dengan menggunakan ubat-ubatan, ia dapat meredakan rasa sakit sementara menanti temu janji anda ke klinik gigi.

Punca Sakit Gigi

Menurut portal MyHealth, antara punca utama masalah sakit gigi berlaku ialah :

  • Penyakit gusi
  • Gigi sensitif
  •  Gigi retak
  • Sakit sendi rahang
  • Masalah kesihatan lain seperti sinus tersumbat atau sakit telinga.
ubat sakit gigi
Kredit Foto : dentalcaregoup.com.au

Baca Juga : Kudis Buta : Punca, Simptom, Dan Kaedah Rawatan

Atasi Kesakitan Dengan Ubat Sakit Gigi

Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati di farmasi dalam bentuk tablet, sapuan gel atau ubat kumur.

Antara ubat yang boleh anda cuba untuk merawat sakit gigi ialah :

1. Ubat Tahan Sakit

Bagi mendapatkan kelegaan segera, anda bolehlah ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, mefenamic acid, atau aspirin.

2. Sodium Diclofenac

Sodium diclofenac merupakan ubat tahan sakit yang sering digunakan bagi meredakan sakit gigi dan sering diberikan selepas pembedahan gigi.

Ia dapat melegakan sakit dengan kandungan antiradang.

Ubat ini perlulah diambil selepas makan kerana boleh menyebabkan gastrik jika dimakan ketika perut kosong.

3. Hurix’s Toothache Drops

ubat sakit gigi
Kredit Foto : hurixs.com.my

Ubat titis sakit gigi ini mengandungi minyak bunga cengkih bagi menyusutkan bengkak dan meredakan sakit.

Ubat ini digunakan dengan cara menyapu di bahagian sakit atau bengkak.

3. Oral Aid For Teething and Mouth Ulcers Strawberry Flavour

Gel sapuan ini dapat melegakan sakit gigi dengan mengurangkan keradangan dan melawan jangkitan akibat ulser, gigi hampir tumbuh bagi bayi dan sakit gusi akibat pemakaian gigi palsu.

Cara penggunaan ialah dengan menyapu kira-kira 1cm pada kawasan mulut yang sakit.

ubat sakit gigi
Kredit Foto : farmasiaplha.com

4. Mouthwash (Ubat Kumur)

Ubat kumur sering digunakan bagi mengembalikan nafas yang lebih segar serta baik untuk kesihatan mulut secara menyeluruh.

Sesetengah masalah sakit gigi seperti gigi sensitif dapat diredakan dengan penggunaan ubat kumur.

Bergantung kepada jenis ubat kumur, sesetengahnya mengandungi bahan yang boleh melegakan keradangan gusi dan gigi sensitif.

ubat sakit gigi
Kredit Foto : farmasiaplha.com

5. Berkumur Dengan Larutan Hydrogen Peroksida

Untuk cara ini, anda perlulah larutkan hidrogen peroksida dengan betul.

Larutkan dengan mencampurkan 3% hidrogen peroksida bersama air dengan nisbah 1:1. Berkumurlah dan jangan sesekali telan.

Larutan hidrogen peroksida berperanan untuk melegakan sakit gigi akibat jangkitan atau keradangan.

Ia juga membantu dalam menghapuskan pembiakan baktera, mengurangkan risiko pembentukan plak dan mengelakkan masalah gusi berdarah.

Bila Perlu Ke Klinik Gigi ?

Jika anda sudah mencuba ubat sakit gigi dan masih rasa sakit selepas 24 jam, segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami simptom seperti :

  • Rasa sakit gigi yang serius
  • Sakit gigi berlarutan lebih daripada 2 hari
  • Demam, sakit kepala, atau rasa sakit ketika membuka mulut
  • Kesukaran untuk bernafas atau menelan

Dalam kebanyakan kes, ubat sakit gigi hanya boleh mengatasi rasa sakit secara sementara.

Keberkesanannya juga bergantung kepada individu. Untuk mendapatkan ubatan yang sesuai, rujuklah kepada ahli farmasi berdekatan anda.

Seperkara lagi, sesetengah ubat yang disenaraikan mungkin tidak sesuai bagi bayi dan kanak-kanak.

Minta nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli ubat tahan sakit kerana sesetengahnya tidak sesuai dimakan bagi pesakit gastrik.

Untuk memastikan sakit gigi anda dapat dirawat dengan betul, anda perlulah dapatkan pemeriksaan gigi di klinik berdekatan.

ubat sakit gigi
Kredit Foto : choicefamilydental.com

Biasanya doktor gigi akan mengenalpasti rawatan yang terbaik bagi masalah yang anda alami.

Jika gigi anda berlubang, doktor akan bersihkan gigi dan menampal kaviti.

Jika gigi anda sakit akibat jangkitan sinus, antibiotik mungkin dapat membantu meredakan rasa sakit.

Sumber :

11 Home and Natural Remedies for Toothache Pain

https://www.healthline.com/health/dental-and-oral-health/home-remedies-for-toothache#hydrogen-peroxide-rinse

Sakit Gigi

Portal MyHEALTH – Kementerian Kesihatan Malaysia
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85