Ubat Sakit Tekak Yang Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Umum mengetahui, sakit tekak seringkali berlaku dalam kalangan masyarakat sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Ia biasanya turut diikuti dengan gejala lain seperti bersin, batuk, selesema bahkan demam

Ubat Sakit Tekak, Bergantung Pada Puncanya

Ubat Sakit Tekak

Ubat sakit tekak biasanya diberikan berdasarkan punca sakit tekak berlaku. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya sakit tekak. Antaranya ialah;-

  • Jangkitan virus: Contohnya, virus selsema, Influenza, Mononucleosis, Virus demam campak (measles), Virus cacar air (chickenpox), Croup. 
  • Jangkitan bakteria: Biasanya disebabkan oleh bakteria Streptococcus. Memerlukan antibiotik untuk sembuh, dan boleh menyebabkan komplikasi kepada jantung ataupun masalah buah pinggang jika tidak dirawat.
  • Alahan: Disebabkan oleh alergen (penyebab alahan) yang masuk melalui rongga hidung atau mulut dan terus ke arah tekak lalu menyebabkan keradangan tekak. 
  • Gastroesophageal reflux disease (GERD): Asid daripada perut naik semula sehingga sampai ke dalam mulut dan menyebabkan iritasi pada tekak. 
  • Kecederaan otot dibahagian tekak: Disebabkan oleh jeritan yang terlalu kuat atau bercakap terlalu lama. 
  • Pencemaran Udara: Seperti asap rokok, bahan kimia dll. 
  • Post-intubation: Selepas prosedur intubasi, biasanya pesakit akan mengalami sakit tekak kerana tiub yang dimasukkan ke dalam tekak anda.
  • Kanser: Ketumbuhan ataupun tumor di tekak juga boleh menyebabkan sakit tekak berlarutan. 

Rawatan Sakit Tekak 

Ubat Sakit Tekak

Biasanya rawatan sakit tekak adalah berdasarkan gejala yang dialami oleh pesakit. 

Minum Air Secukupnya: Menurut laman rasmi MyHealth, rawatan umum sakit tekak termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

Paracetamol & NSAIDs: Selain itu, pesakit juga akan diberikan paracetamol sebagai ubat demam dan juga ubat tahan sakit (analgesia) yang efektif dan selamat.

Ubat (NSAIDs)  seperti Ibuprofen juga sudah digunakan meluas untuk merawat sakit tekak. Walaubagaimanapun, pengambilan aspirin (juga sejenis NSAID) adalah tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s. .

Lozenge: Disamping itu, orang ramai juga sering menggunakan lozenges (ubat kemam) untuk melegakan sakit tekak. Bahkan, ubat kumur juga sangat berkesan dalam merawat sakit tekak. 

Antibiotik: Manakala, untuk sakit tekak yang disebabkan oleh bakteria (kumpulan A Streptococci), rawatan dilakukan dengan penggunaan antibiotik.

Hal ini adalah untuk membantu mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah yang mengakibatkan sakit tekak. 

Untuk pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut pula, pesakit perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik; ampicillin dan amoxicillin. 

NOTA: Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.

Rawatan Pembedahan (contohnya,Tonsillectomy):  Biasanya rawatan ini dilakukan untuk pesakit kanak-kanak yang mengalami episod kejadian sakit tekak yang berulang dengan gejala halangan pernafasan seperti berdengkur. 

Disamping itu, rawatan ini juga dilakukan apabila antibiotik didapati tidak berkesan untuk melegakan sakit tekak yang dialami terutamanya dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy. 

Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.

Pencegahan

Ubat Sakit Tekak

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Berikut ialah tips dan cara untuk mengurangkan risiko mendapat sakit tekak terutamanya yang disebabkan oleh jangkitan. 

  1. Amalkan membasuh tangan dengan cara yang betul dan kerap terutamanya selepas menggunakan tandas, sebelum makan dan selepas batuk atau bersin.
  2. Elakkan berkongsi makanan, minuman dan peralatan makan dengan orang lain. 
  3. Jangan sentuh peralatan awam menggunakan mulut. 
  4. Bersihkan peralatan rumah dengan kerap seperti telefon, remote TV, papan kekunci komputer dan lain-lain terutamanya sekiranya anda mempunyai anak kecil di rumah. 
  5. Elakkan mendekati orang yang sakit dan pakai pelindung muka sentiasa. 

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161