Ubat Sakit Tekak Paling Berkesan Untuk Dewasa & Kanak-Kanak

Bagi merawat sakit tekak dengan segera dari rumah, anda bolehlah sediakan beberapa jenis ubat sakit tekak untuk digunakan ketika kecemasan. 

Ubat sakit tekak boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pil, ubat  hisap dan ubat kumur.

Mari kita kenali jenis-jenis ubat sakit tekak untuk mendapatkan kelegaan segera. 

Baca Juga : Ubat Sakit Gigi Yang Anda Boleh Cuba Sebagai Rawatan Sementara

ubat sakit tekak
Kredit Foto : lifecrust.com

Simptom Sakit Tekak

Antara simptom biasa bagi sakit tekak ialah seperti tekak terasa gatal, tekak perit, sakit ketika menelan dan tekak kelihatan bengkak atau kemerahan. 

Simptom lain yang boleh dialami apabila sakit tekak ialah : 

• Batuk

• Selsema

• Demam

• Bengkak pada kelenjar leher (lymph node) 

Jenis-Jenis Ubat Sakit Tekak 

Lozeng 

Ubat hisap bagi meredakan sakit tekak berbentuk lozeng sangat popular dalam merawat sakit tekak.

Ia juga mudah didapati di farmasi, kedai runcit mahupun pasar raya. 

Ia didapati berkesan dalam memberikan kelegaan segera bagi sakit tekak kerana mengandungi komponen penting seperti menthol, tylenol dan amylmetacresol.

Ia juga hadir dalam pelbagai perisa bagi memudahkan orang mengambilnya tanpa rasa loya. 

ubat sakit tekak
Kredit Foto : alpropharmacy.com

Semburan Hidung Zink (Zinc Nasal Spray)

Memetik HelloDoktor, kaedah lain yang boleh dicuba bagi merawat sakit tekak ialah dengan menggunakan semburan hidung yang boleh didapati di farmasi. 

Namun, kaedah ini tidaklah sesuai untuk merawat sakit tekak kanak-kanak 

Ubat Tahan Sakit 

Ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen juga mampu memberikan kelegaan segera pada tekak.

 Ia juga berkesan mengurangkan demam jika sakit tekak berlaku disebabkan oleh jangkitan. 

Ubat Batuk

Selain melegakan batuk dan kahak, ubat batuk juga mampu meredakan rasa sakit tekak secara sementara. 

Kini terdapat juga ubat batuk yang tidak mengantuk yang anda boleh gunakan ketika bekerja. 

Ubat Kumur

Ubat kumur juga sesuai digunakan bagi menghapuskan bakteria yang boleh menjadi punca kepada ketidakselesaan tekak. 

Antara ubat kumur yang sering digunakan bagi merawat masalah sakit tekak ialah Betadine. 

ubat sakit tekak
Kredit Foto : betadine.com

Alternatif Lain Bagi Merawat Sakit Tekak 

Jika anda ketiadaan ubat sakit tekak, anda juga boleh meredakan rasa sakit tekak menggunakan alternatif lain seperti : 

Madu

Menurut kajian, madu sangat berkesan bagi melegakan batuk dan melegakan sakit tekak.

 Anda boleh mencampurkan segelas air suam dengan madu untuk memberikan kelegaan segera. 

Pudina

Seperti yang kita tahu, pudina mengandungi komponen dingin yang bernama menthol.

 Ia juga berperanan dalam menipiskan lapisan mukus dalam mulut bagi melegakan batuk dan sakit tekak. 

Air Garam

Walaupun berkumur dengan air garam sudah lama dipraktikkan bagi merawat sakit tekak, namun cara ini masih disyorkan oleh para doktor untuk keredaan segera.  

Kajian juga mendapati amalan berkumur dengan air garam secara konsisten dapat mengurangkan pembiakan bakteria yang dijumpai di dalam air liur. 

ubat sakit tekak

Bila Perlu Berjumpa Doktor ? 

Bagi masalah sakit tekak yang tidak serius, anda bolehlah cuba untuk merawat sakit tekak di rumah. 

Namun, jika sakit tidak berkurangan dan berlanjut sehingga beberapa hari, anda perlulah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. 

Anda juga disyorkan untuk mendapatkan rawatan lanjutan jika mengalami simptom-simptom lain seperti : 

– Sakit tekak semasa bernafas, bercakap atau membuka mulut

– Sakit kerongkong yang dirasai hingga ke rahang atau telinga

– Rasa gatal pada tekak yang disertai dengan demam

– Air liur atau kahak berdarah

– Leher bengkak

– Tekak kering melebihi 2 minggu 

Selain merawat sakit tekak menggunakan ubat atau bahan semulajadi, anda juga perlulah banyakkan minum air dan dapatkan rehat secukupnya untuk pulih. Jika sakit masih belum reda, segeralah berjumpa dengan doktor.

Rujukan :

Sore Throat Causes, Symptoms, Home Remedies, and Medications

https://www.medicinenet.com/sore_throat_pharyngitis/article.htm

10 Cara Melegakan Sakit Tekak

5 Cara Merawat Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Sekejap Cuba Dah Cepat Baik!

https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/tekak/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85