Ubat Tahan Lama Di Farmasi? Ini 103 Senarainya Yang Mengandungi Bahan Terlarang

Masalah ejakulasi pramatang sering berlaku kepada kaum lelaki dengan kekerapan hampir 30%-40% setiap kali melakukan hubungan seks. Hal ini juga justeru menyebabkan banyak sekali produk atau ubat tahan lama di farmasi atau di kedai-kedai jamu tradisional menjualnya secara besar-besaran. Namun apa yang anda tidak tahu, adakah ubat tersebut memang betul berkesan atau ia sekadar gimik penjual yang berselindung di balik kandungan terlarang?

Apakah ubat tahan lama?

Ubat tahan lama adalah sejenis ubat yang diambil oleh seseorang yang menghadapi masalah mati pucuk bagi membantu mewujudkan ereksi ketika sedang melakukan hubungan seks.

Ada banyak pilihan sebenarnya jenis ubat ini di dunia perubatan. Namun sekiranya seseorang disahkan disahkan mempunyai masalah mati pucuk, doktor sendiri yang akan memberikan ubatan bersesuaian kepada pesakit berkenaan.

Kegunaanannya

Ubat tahan lama atau juga dipanggil dalam masyarakat sebagai ubat kuat zakar mempunyai beberapa fungsinya seperti:

  • Menghasilkan atau mengekalkan ereksi pada lelaki
  • Mencapai kepuasan yang sepatutnya ketika melakukan hubungan seks
  • Merawat masalah mati pucuk

Bagaimana ubat tahan lama di farmasi bertindak dalam badan?

Sebelum memahami bagaimana ubat tersebut bertindak, kita juga haruslah mengetahui secara umunya bagaimana proses ereksi berlaku dahulu.

Seseorang yang teransang secara seksual akan menghantar signal dari otak ke zakar melalui sistem saraf untuk menghasilkan ereksi.

Signal inilah yang akan membantu saluran darah arteri di zakar mengembang lalu berlaku peningkatan darah pada organ tersebut. Saluran yang mengembang ini pula akan menekan tisu dan kapilari yang berada di sekelilingnya. 

Tindakan ini akan menyebakan darah tidak boleh keluar semula dari zakar sehingga menyebakan berlaku ketengangan dan ereksi. Dengan penggunaan ubat tahan lama ini, ia membantu melancarkan proses tersebut untuk mencapai dan mengekalkan ereksi pada satu tempoh yang diinginkan.

Kesan penggunaan ubat tahan lama

Apa-apa ubat yang dimakan sekalipun mestilah mempunyai aturan dan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. Hal ini disebabkan ia mempunyai risiko dan kesan sampingan bergantung kepada badan seseorang.

Kesan biasa yang berlaku termasuklah:

Jenis ubat tahan lama di farmasi

Ubat untuk menguatkan zakar seperti:

  • Ubat makan (phosphodiesterase inhibitor)
  • Ubat krim sapuan
  • Suntikan ubat
  • Pelet intrauretral
  • Alat vakum zakar
  • Prostesis zakar

Ubat untuk mati pucuk:

  • Sildenafil (Viagra)
  • Tadalafil (Cialis)
  • Vardenafil (Levitra)
  • Avanafil (Spedra)

Senari ubat tahan lama di farmasi yang terkandung bahan terlarang

  1. Africa Black Ant – Sildenafil
  2. Astirex Kapsul – Sildenafil
  3. Bazooka Capsule – Sildenafil
  4. Bio Rehmannia Plus 400mg Capsule- Tadalafil
  5. Black Night Liquid – Sildenafil
  6. Blue Moon Capsule – Tadalafil
  7. Bull’s Genital Capsule – Sildenafil
  8. Caligula Kapsul – Sildenafil
  9. California Pure Candy B+ Complex Superfood –Fountain of Youth – Tadalafil
  10. Cobra X Kapsul – Sildenafil
  11. Emperor Huang Saint Medicine 800mg Capsule – Sildenafil
  12. Epimedi Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
  13. Etumax Eurycoma Active Plus – Sildenafil
  14. Extremen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
  15. Extrewomen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
  16. G-Bucks Kapsul/Ti. 054316531 – Sildenafil
  17. Goji Plus Capsule – Sildenafil analog
  18. Han Palace Capsule – Acetildenafil (Sidenafil Analogue)
  19. Hard Ten Days Capsule – Sildenafil
  20. Honeymoon – Sildenafil
  21. Hot Pens Kapsul – Sildenafil Citrate
  22. Hwang Di Shen Dan Capsule- Sildenafil Citrate
  23. Ibnu Sinna- Sildenafil & Tadalafil
  24. Jak-Ban – Sildenafil
  25. Jamu Amat Kwat – Sildenafil
  26. Jamu Gali-Gali – Sildenafil
  27. Jamu Tongkat Sakti – Sildenafil & Dipyrone
  28. Jinglida- Aminotadalafil
  29. Kopi Rempah Cap Luwak Cobra- Sildenafil & Paracetamol
  30. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate
  31. Lak Gao 69 Capsule – Sildenafil Citrate
  32. Lavaria Capsule- Sildenafil Citrate
  33. Lion Gold APA Kapsul- Sildenafil Citrate
  34. LiLong Tablet – Sildenafil
  35. Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg – Sildenafil
  36. Maca Gold – Sildenafil Citrate
  37. Majun Mutiara- Dexamethasone
  38. Manovel Tablet – Tadalafil
  39. Mantap Bro 1500mgSachet – Tadalafil
  40. Maxman IV Capsule 3800mg – Sildenafil
  41. Mentalk Candy – Aminotadalafil
  42. Men’s King 6800mg Tablet – Sildenafil
  43. ML Spring Return Capsule – Sildenafil analog
  44. ML Viraken Capsule – Sildenafil analog
  45. Neo Tasama Kapsul – Sildenafil citrate
  46. N-Hanz – Homosildenafil
  47. Obat Kuat dan Tahan Lama Khusus untuk Pria Dewasa Tablet – Sildenafil citrate
  48. Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli – Sildenafil
  49. Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong- Sildenafil & Paracetamol
  50. Okura Capsule – Sildenafil Citrate
  51. Ubat tahan lama di farmasi One Night 8 Times – Sildenafil
  52. On Man Pembangkit Tenaga Perkasa – Sildenafil
  53. Otot Madu Capsule – Sildenafil Citrate
  54. Oyster Plus Cap – Tadalafil
  55. Performa Epimedium – Tadalafil
  56. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil
  57. Power V Gold Tongkat + Ginseng – Sildenafil
  58. Primalex Capsule – Sildenafil analog
  59. Pronoton Capsule – Sildenafil
  60. Qian Jin Tri-Improve Capsule For Men – Methoxsalen
  61. Qmax Capsule 350mg – Acetildenafil (Sildenafil analogue)
  62. Raja Kuat Kapsul Sildenafil Citrate
  63. Rama Stamin Capsule- Sildenafil Citrate
  64. Ramuan Asy-Syifa – Sildenafil, Paracetamol
  65. Red Ant Cream Tablet – Sildenafil
  66. Sanomale Capsule – Tadalafil
  67. Santi Bovine Penis Erecting Cap – Sildenafil
  68. Ubat tahan lama di farmasi Sari Madu Capsule – Sildenafil Citrate
  69. Serbuk Super Ramuan Tiongkok Kuno Chang San – Sildenafil
  70. Shuyga – Sildenafil & Paracetamol
  71. Singha – Obat Kuat & Tahan Lama – Sildenafil
  72. Spartan Capsule – Sildenafil analog
  73. Sta-lions – Sildenafil
  74. Stanson Capsule – Tadalafil & Sildenafil Citrate
  75. Sunny Zang Wang Xiong Ying Dan Pil – Sildenafil Citrate
  76. Sunny Zang Wang Xiong Ying Kapsul – Sildenafil Citrate
  77. Super Jitu 5x Lebih Dahsyat Capsule – Sildenafil
  78. Tanduk Rusa Kuat Lelaki Kapsul – Sildenafil Citrate
  79. Teraza Capsule – Sildenafil Citrate
  80. Tien Sun Pu Sen Jew Nang – Sildenafil & Tadalafil
  81. Topmen Capsule – Sildenafil
  82. Top One Capsule – Sildenafil Citrate
  83. Trebest Plus Capsule – Acetildenafil (Sildenafil analog)
  84. Tribulus Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
  85. Tripoten Capsule – Tadalafil
  86. Urat Dewa – Sildenafil
  87. Urat Madu Kapsul – Sildenafil Citrate
  88. Urat Perkasa Kapsul – Sildenafil Citrate
  89. Urat Kuda – Sildenafil & Paracetamol
  90. Urat Madu Black- Sildenafil & Paracetamol
  91. Vegrow Cap – Sildenafil analog
  92. Venergy Capsule 300mg – Sildenafil analog
  93. Vitality Hotton Candy – Aminotadalafil
  94. Ubat tahan lama di farmasi Viagra X – Sildenafil
  95. Vimax Capsule – Sildenafil
  96. VNG400 – Sildenafil analog
  97. Xiangganglilongshengwe Tablet – Sildenafil
  98. Xianggang Tianlong Shengwu 2000mg – Sildenafil
  99. Xing Shi Jiu Cairan Obat Dalam – Sildenafil Citrate
  100. XP Tongkat Ali Supreme Capsule – Tadalafil
  101. X-Stive Men 400M 400mg Capsule – Sildenafil
  102. Zhong Hua Niu Bian – Asildinafil, Tadalafil, Glibenclamide & Sibutramine
  103. Zumex Capsule – Tadalafil

Kesimpulan

Diharapkan dengan senarai ubat-ubatan tahan lama ini akan memberikan anda pengetahuan dan info yang berguna untuk masa hadapan. Ingat sentiasalah berhati-hati dalam membeli atau mengambil ubat yang dijual di pasaran mahupun di farmasi.

Rujukan

  1. Viagra and Heart Risks by Michael Haederle, ARRP Bulletin https://www.aarp.org/health/drugs-supplements/info-01-2012/viagra-and-heart-risks-health-discovery.html
  2. Recreational Viagra Use and Sexual Risk among Drug Abusing Men, National Library of Medicine
  3. Erectile dysfunction: Viagra and other oral medications by Mayo Clinic https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/in-depth/erectile-dysfunction/art-20047821
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113