Ujian Kehamilan : Waktu Sesuai Lakukan Ujian dan Jenis Kit di Pasaran

Bagi yang sedang menanti kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga, anda pasti ingin lakukan ujian kehamilan sendiri apabila anda rasakan hamil.

Walaupun anda sedang merancang kehamilan, kebarangkalian untuk anda hamil tetap ada. Untuk memastikan bahawa anda benar-benar hamil, anda bolehlah dapatkan ujian kehamilan yang dijual di farmasi berdekatan.

Baca Juga : 13 Tanda Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Tahu Sebagai Persiapan

ujian kehamilan

Bagaimanakah Ujian Kehamilan Berfungsi ?

Secara amnya, ujian kehamilan berfungsi dengan mengesan kehadiran hormon yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).

Ia boleh ditemui di dalam air kencing dan hanya hadir ketika seorang wanita hamil.

Hormon ini dirembeskan ketika telur dan sperma sudah disenyawakan dan melekat pada uterus atau dindingnya.

Bergantung kepada kit ujian yang anda beli, terdapat beberapa kaedah untuk anda kumpul sampel air kencing. Antara kaedahnya adalah seperti berikut :

  • Air kencing dikumpul di dalam cawan kecil dan stik ujian kehamilan perlu direndam ke dalamnya.
  • Air kencing yang dikumpul di dalam cawan perlu diambil menggunakan penitis yang disediakan. Kemudian titisan air kencing perlu diletakkan pada bekas khas
  • Letakkan stick ujian kehamilan terus ketika anda buang air.

Selain lakukan ujian di rumah, anda juga boleh ke klinik berdekatan untuk lakukan ujian darah bagi mengesan tahap hormon hCG dalam badan.

Berdasarkan perkongsian dari Healthline, ujian kehamilan adalah 97 ke 99% berkesan jika dijalankan selepas wanita terlepas waktu haid.

Anda boleh lakukannya dengan mudah dari rumah. Hanya perlu ikuti arahan di kotak bungkusan dan tunggu mengikut waktu yang ditetapkan untuk dapatkan keputusannya.

Biasanya keputusan akan muncul dalam beberapa cara mengikut kit ujian yang dibeli seperti :

  • Pertukaran warna
  • Muncul garisan
  • Muncul simbol sama ada + atau –
  • Muncul perkataan ‘pregnant’ atau ‘not pregnant’ .
Kredit Foto : theatlantic.com

Waktu Yang Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan

Untuk dapatkan keputusan yang tepat, anda disarankan untuk tunggu seminggu selepas anda terlepas haid.

Sekiranya anda tidak mahu tunggu seminggu selepas terlepas period, anda boleh tunggu sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu selepas anda lakukan hubungan seks.

Anda juga disarankan untuk lakukan ujian pada awal pagi ketika kepekatan urin berada pada tahap tinggi.

Sekiranya anda hamil, badan anda memerlukan masa untuk menghasilkan hormon HCG pada tahap yang optimum dan mudah dikesan ketika gunakan ujian kehamilan.

Jika anda lakukan ujian terlalu awal, keputusan yang didapati mungkin tidak tepat.

Anda juga boleh semak tanda-tanda bila anda perlu ambil ujian kehamilan seperti di bawah :

  • Anda terlepas waktu period
  • Badan rasa lesu
  • Rasa sakit seperti senggugut
  • Lebih kerap buang air kecil
  • Payudara bengkak dan sensitif
  • Muntah dan loya
  • Deria bau lebih sensitif

Jenis Kit Ujian Kehamilan Di Pasaran

Terdapat pelbagai kit ujian yang anda boleh dapatkan. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan cara penggunaan yang mungkin berbeza. Antara kit ujian yang sering menjadi pilihan adalah seperti berikut

1.First Response Early Result In-stream Pregnancy Test (RM 22.48) *

Kredit Foto : theasianparent.com

Baik secara keseluruhan

2. Dip N’ Tell Pregnancy Test (RM 8.80) *

Kredit Foto : shopee.com.my

Sesuai untuk wanita dengan haid tidak teratur

3. Dislosure Urine Pregnancy Test (RM 9.45)*

Jenis Kaset dan harga mampu milik.

4. Clearblue Digital Pregnancy Test (RM 35.90) *

ujian kehamilan

Harganya lebih mahal tetapi banyak keistimewaannya.

Jenis digital dan boleh mengesan usia kehamilan.

Boleh kenalpasti status kehamilan walaupun kadar hormon hCG rendah.

5. Clearblue Plus (RM 27.00)*

ujian kehamilan

Keputusan tepat dalam 1 minit dan tahan lama.

6.Guardian One Step Pregnancy Test (RM 29.60) *

Jenis kaset dan bersensitiviti tinggi

Cara penggunaan yang mudah, turut menyediakan cawan untuk pengumpulan urin.

7. BioTest Pregnancy Test Kit (RM 8.90)*

Kit ujian UTP paling asas dalam bentuk kaset.

Pilihan ramai dan pernah memangi Best Pregnancy Test di Eropah.

*Perubahan tertakluk pada harga pasaran semasa.

Interferens (Gangguan Ujian Kehamilan)

Walaupun ketepatan ujian kehamilan adalah 97 ke 99%, terdapat banyak faktor yang boleh mengganggu keputusan ujian.

Gangguan ini boleh menyebabkan false positive.

False positive bermaksud anda tidak hamil tetapi keputusan ujian mengatakan anda hamil.

Selain kesilapan teknikal, antara gangguan yang boleh berlaku dalam ujian kehamilan ialah :

  • Kehadiran serum antibodi manusia anti-tetikus (HAMA)
  • Wanita mengalami penyakit yang boleh menyebabkan perkumuhan hCG ke dalam air kencing seperti kanser pangkal rahim atau kanser kolon
  • Wanita merupakan pesakit nefrotik proteinuria
  • Wanita yang didiagnos dengan penyakit tubo-obari bernanah

Bagi yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata, anda mungkin teruja untuk lakukan ujian kehamilan.

Namun, pastikan anda lakukannya pada waktu yang bersesuaian agar keputusan ujian lebih tepat.

Jika anda masih ragu, anda boleh dapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk sahkan status kehamilan anda.

Sumber :

How pregnancy tests work

https://www.healthline.com/health/pregnancy/five-signs-to-take-pregnancy-test

Adakah Anda Hamil?

http://www.myhealth.gov.my/adakah-anda-hamil/

7 Alat UPT Terbaik Untuk Kesan Kehamilan

https://my.theasianparent.com/alat-ujian-upt-terbaik

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85