Warna Najis Bayi Dan Tandanya Pada Kesihatan Bayi

Warna najis bayi boleh berubah warna dan tekstur pada beberapa bulan pertama.

Ia boleh dipengaruhi oleh usia, diet, susu yang diambil dan kesihatan bayi sendiri.

Warna najis bayi baru lahir biasanya kehitaman manakala bayi yang menghampiri usia setahun cenderung untuk keluarkan najis berwarna kuning atau keperangan.

 Ia boleh dilihat dalam pelbagai warna namun ia adalah normal.

Terdapat juga warna-warna najis yang asing seperti merah dan putih yang boleh menjadi tanda kesihatan bayi yang merosot.

Bayi yang didapati mengalami sembelit atau cirit-birit juga perlu dibawa ke doktor segera.

Baca Juga : Bayi 6 Bulan: Makanan Apa Yang Paling Sesuai Untuk Si Manja?

warna najis bayi
Kredit Foto : medicalnewstoday.com

Warna Najis Bayi

Pelbagai faktor boleh mempengaruhi warna najis bayi berdasarkan infografik di atas. Setiap warna najis boleh memberi maksud tertentu seperti :

Hitam

Bagi bayi yang berusia 7 hari ke bawah, najis berwarna kehitaman adalah dikira sihat.

Pada 24 jam pertama selepas dilahirkan, bayi akan mengeluarkan meconium melalui najis.

Ia terdiri daripada sel, cecair amniotik, hempedu dan mukus yang kandungan ambil ketika berada di dalam kandungan.

Berbanding najis, meconium bersifat lebih bersih, jadi ia tidak mengeluarkan bau yang kuat seperti najis.

Sekiranya warna najis masih kekal hitam selepas seminggu, mungkin ia menjadi tanda kepada masalah kesihatan seperti pendarahan pada sistem pencernaan.

Segeralah dapatkan nasihat daripada doktor tentang perkara ini jika ia berlaku.

Kredit Foto : raisingchildren.net.au

Kuning

Warna najis ini adalah normal bagi bayi yang menyusu badan. warna najis yang dikeluarkan pula biasanya berwarna kuning gelap dan berbintik-bintik.

Bintik-bintik ini datang daripada susu badan dan ia tidaklah berbahaya.

Najis daripada bayi yang menyusu badan juga biasanya memiliki rupa berbiji-biji seperti ketulan keju.

Perang Atau Jingga

Warna ini pula normal bagi bayi yang diberikan susu formula.

Apabila bayi mengambil susu formula, najisnya berwarna lebih gelap dan lebih bersifat lebih pejal berbanding najis bayi yang menyusu badan.

Kredit Foto : drbrownsbaby.com

Hijau

Kadang-kala bayi juga boleh mengeluarkan najis berwarna hijau. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :

  • Sistem penghadaman bergerak perlahan, biasanya disebabkan oleh terlebih makan
  • Pengambilan makanan berwarna hijau oleh ibu
  • Selsema atau sakit perut (stomach bug)
  • Alahan pada makanan
  • Pengambilan antibiotik oleh bayi atau ibu yang menyusu
  • Sedang dalam rawatan demam kuning

Ada juga sesetengah bayi yang biasa mengeluarkan najis yang sedikit kehijauan.

Jika bayi sihat dan menunjukkan peningkatan berat badan secara normal, maka ia tidaklah perlu dirisaukan.

Merah

Warna merah pada najis bayi pula boleh jadi petanda tidak baik. Ia bermaksud najis bayi mempunyai darah atau masalah kesihatan lain.

Ia juga boleh berlaku disebabkan bayi tertelan darah daripada putting payudara ibu yang berdarah atau merekah.

Punca lain yang boleh menyebabkan najis berwarna merah ialah punggung bayi yang berkemungkinan berdarah.

Putih

Warna najis ini sangat jarang terjadi dan boleh menandakan masalah hati.

Sebagai contoh, demam kuning atau jaundice sering terjadi kepada 80% bayi pada awal kelahiran. Ia biasanya akan hilang selepas bayi berusia 2 minggu.

Jika demam kuning pada bayi anda masih tidak reda selepas 2 minggu, semaklah warna najis bayi anda.

Sekiranya najis berwarna pucat atau keputihan, ia mungkin menandakan bahawa bayi anda mengalami penyakit hati.

Tanda lain yang boleh dikenalpasti ialah warna kencing yang berwarna kuning.

Biasanya doktor akan menyemak tahap bilirubin pada bayi. Bilirubin merupakan sebatian dalam badan yang membantu dalam menyingkirkan sisa buangan.

Sekiranya salah satu dariapda dua jenis bilirubin didapati tinggi, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Ciri-Ciri Najis Lain Yang Perlu Diambil Perhatian

Selain warna, najis bayi juga boleh menunjukkan pelbagai tekstur dan ciri-ciri.

1. Najis Keras Petanda Sembelit

Sebelum bayi mula makan makanan pejal, najis bayi biasanya bersifat sangat lembut. Namun ia tidaklah cair.

Bagi bayi yang diberikan susu formula, najis akan kelihatan lebih keras tapi tidak pejal sepenuhnya.

Najis bayi yang terlalu keras pula boleh menandakan bayi anda tidak sihat atau kekurangan air.

Apabila bayi anda mula mengambil makanan pejal, mereka juga akan cenderung untuk keluarkan najis keras.

Ini boleh menjadi tanda kepada sembelit kerana badan mereka yang masih tidak dapat menghadam dengan baik.

Kredit Foto : mustela.com

2. Najis Berair

Najis yang berair pula boleh menandakan masalah ciri-birit.

Bayi yang sedang cirit-birit juga boleh menunjukkan tanda lain seperti lebih kerap buang air besar dan demam.

Cirit-birit juga boleh menyebabkan dehidrasi pada bayi.

3. Mukus Pada Najis

Mukus pada najis bayi juga adalah normal dan jarang memberikan masalah pada kesihatan bayi.

Sekiranya bayi menunjukkan masalah kesihatan, anda boleh rujuk pada doktor untuk ketahui lebih lagi tentang mukus pada najis bayi anda.

Kadang kala, mukus boleh menjadi petanda kepada masalah lain seperti cirit-birit, alahan dan perubahan pada cara disusukan.

Dalam segelintir kes, mukus juga boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan bayi seperti penyakit hati, pankreas dan penghadaman.

4. Kekerapan Bayi Membuang Air

Kebanyakan bayi yang baru lahir akan keluarkan najis setiap kali selepas disusukan.

Kekerapan bayi keluarkan najis akan berkurangan selepas bayi mencecah usia 6 minggu.

Bayi yang disusukan juga biasanya buang air seminggu sekali sahaja manakala bayi yang disusukan dengan susu formula akan buang air sehari sekali.

Setiap bayi boleh menunjukkan warna, tekstur dan ciri-ciri najis yang berbeza.

Perhatikan sekiranya najis bayi menunjukkan warna atau tekstur yang tidak normal. Segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber :

Baby poop color: Causes and when to see a doctor

medicalnewstoday.com/articles/327218#other-qualities

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85