Zikir Tafrijiyah: Pengertian, Lafaz Rumi & Kelebihan Yang Perlu Anda Tahu

Isi Kandungan show

Rindu pada seorang insan mulia yang tidak pernah bersua, berjumpa, berbual, dan beramah mesra tetap menebal di hati ini. Baginda adalah Rasulullah SAW. Bagindalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT dan diberikan pelbagai nikmat buat umatnya. Kini baginda sudah lama meninggalkan kita. Hanya dengan titipan selawat sahaja bukti kita masih mengingati dan rindu padanya.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – (Surah al-Ahzab, ayat 56)

Mengerakkan bibir untuk berzikir dan berselawat amatlah mudah bagi orang-orang yang faham akan kelebihan syafaat baginda. Zikir tafrijiyah adalah contoh jenis selawat yang sekarang menjadi ikutan oleh semua lapisan masyarakat untuk diamalkan.

Apakah itu zikir tafrijiyah?

Zikir Tafrijiyah bermaksud sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Zikir itu juga boleh dikenali dengan panggilan Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah. Zikir ini diamalkan oleh seseorang untuk menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.

Sebut sahaja tentang Tafrijiyah ia sudah cukup dikenali dan sangat terkenal diamalkan oleh sebahagian ulama’. Zikir ini juga mendapat nama jolokon sebagai Selawat at-Tafrijiyah al-Qurthubiyyah (dinisbahkan kepada Imam al-Qurtubi), dan juga ulama’ yang menisbahkannya kepada Imam ‘Ali Zainal ‘Abidin Bin Imam al-Husain.

Lafaz zikir tafrijiyah arab

Lafaz zikir tafrijiyah rumi

“Allahumma solli solatan kamilatan. Wasalim sallaman taammaa. A’laa saidina muhammadinil lazi. Tanhallubihil u’kadu. Watanfariju bihil kurobu. Watukdho bihil hawa iju. Watunaalu bihirro gha’ ib-u. Wahusnu khawaa timi. Wayustasqhol ghomaamu. Biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi. Fi kulli lamhatim wanafasim. Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh”

Maksud zikir tafrijiyah

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan Mu”.

Jenis-jenis selawat

Antara selawat yang digalakkan untuk kita amalkan adalah seperti:

1. Selawat Ibrahimiyah


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ

وبَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ

فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ

2. Selawat Syifa’

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئهَا

وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا

وَنُوْرِ الْأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا

وَعَلَى آلِهِ وَصحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

3. Selawat Munjiyat

اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ

 وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ

وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ

وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ

وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

4. Selawat Tafrijiyah

Kelebihan membaca dan mengamalkan zikir tafrijiyah

Apa jua amalan baik pastinya mempunyai kesan dan kelebihannya kepada seseorang. Tidak dilupakan, selawat atau zikir juga mempunyai fadhilat yang sangat banyak.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang yang beriman, berselawatlah kalian kepadanya (Nabi Muhammad SAW) dan berilah salam kesejahteraan dengan penghormatan sepenuhnya.”

Surah al-Ahzah:, ayat 56

Terdapat beberapa kebaikan kepada diri kita jika mengamalkan zikir tafrijiyah ini dalam kehidupan. Antaranya seperti

  • Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya
  • Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya
  • Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka

Kesimpulan

Basahilah lidah kita untuk berselawat ke atas junjungan Nabi SAW dalam setiap kerja. Setiap masa dan setiap waktu jangan pernah tinggal untuk melafazkan kalimah-kalimah yang baik agar sentiada diredhai oleh Allah SWT.

Rujukan

  1. Tashih Al-Mafahim #20: Benarkah Terdapat Unsur Syirik Dalam Selawat Tafrijiyyah. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Oktober, 2021) dari, https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tashih-al-mafahim/5033-tashih-al-mafahim-20-benarkah-terdapat-unsur-syirik-dalam-selawat-tafrijiyyah
  2. Rahsia Besar Selawat Tafrijiyyah (November, 2020). Muhammad Soulhiey Zeckry dari, http://zeckry.net/2020/11/07/rahsia-besar-solawat-tafrijiyah/
  3. Selawat Kamilah Dalam Tarekat Mu’Tabarah. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (2018), Jabatan Mufti Johor
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113