13 Buah Untuk Ibu Berpantang, Baik Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi
Ibu berpantang perlu diberikan hidangan seimbang dan berkhasiat. Selain hidangan seperti ikan singgang, sup dan sayuran, para ibu juga boleh lengkapkan nutrisi harian dengan pengambilan buah-buahan.
Sebenarnya, ada banyak buah untuk ibu berpantang yang boleh dinikmati bagi melancarkan pencernaan, memulihkan tenaga dan menggalakkan kesihatan berpanjangan buat ibu dan bayi.
Ayuh kita semak buah-buahan yang baik untuk diamalkan si ibu ketika tempoh berpantang.
13 Buah Untuk Ibu Berpantang, Baik Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi
1. Oren
Oren sangat baik untuk dimakan oleh ibu baru bersalin kerana ia mampu membekalkan vitamin C dan tenaga pada tubuh.
2. Epal Merah
Epal merah mengandungi pelbagai vitamin penting untuk badan seperti vitamin A dan kalium.
Buah ini juga mengandungi satu prebiotik unik iaitu pektin yang boleh menggalakkan bakteria baik dan sekaligus membantu pemulihan dalaman si ibu selepas bersalin.
3. Kurma Merah (Jujube)
Kurma merah yang juga dikenali sebagai kurma cina ini juga sering dijadikan ramuan bagi minuman herba Cina.
Kaum Cina juga sering mengamalkan pengambilan kurma merah ini ketika berpantang kerana khasiat antioksidanya yang sangat tinggi.
Ia juga dikatakan sebagai ramuan yang wajib diambil bagi menambahkan penghasilan susu badan.
4. Blueberry
Sesuai untuk dijadikan kudapan, blueberry padat dengan nutrisi seperti vitamin K dan karbohidrat sihat bagi membekalkan tenaga.
5. Pisang
Bagi ibu berpantang yang mengalami masalah sembelit, amalkan makan pisang yang kaya dengan kandungan serat.
Khasiat vitamin C dan kalium yang terkandung dalam pisang juga adalah sangat baik untuk kesihatan ibu dan bayi.
6. Anggur
Anggur pula mengandungi khasiat antioksidan yang tinggi seperti flavonol, tanin, linalool dan geraniol bagi mencegah jangkitan kuman dan meningkatkan sistem imun tubuh.
7. Betik Muda / Betik Hijau
Betik hijau mengandungi nutrisi khas yang dikenali sebagai galactagogues, iaitu sejenis agen yang dapat menggalakkan penghasilan susu ibu.
Buah ini juga kaya dengan mineral seperti zat besi dan kalsium bagi membina tulang serta gigi yang sihat dan kuat.
Pada masa yang sama, enzim yang terdapat dalam betik muda juga kaya dengan pelbagai vitamin yang bermanfaat untuk ibu dan bayi.
8. Tembikai Susu
Tembikai susu sesuai untuk dinikmati oleh para ibu berpantang kerana kadar kalorinya yang rendah serta dapat menggalakkan penghasilan susu badan.
Ia juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting untuk kesihatan ibu dan bayi seperti kalium, magnesium, folat, vitamin C dan vitamin K.
9. Kismis
Kismis juga merupakan satu lagi buah untuk ibu berpantang yang sesuai untuk diamalkan bagi memulihkan tenaga. Di samping itu, ia juga mampu menguatkan sistem pertahanan badan si ibu.
10. Mangga
Mangga yang dikenali dengan rasa masam manis ini merupakan satu lagi buah yang baik untuk membekalkan serat dan vitamin C kepada ibu dan bayi.
11. Strawberi
Seperti buah oren, strawberi juga kaya dengan vitamin C yang dapat membantu perkembangan bayi serta penyerapan zat besi yang lebih berkesan.
Rasanya yang masam dan manis juga menjadikan ia sumber karbohidrat sihat yang baik untuk diamalkan ibu berpantang.
Ia juga mampu mampu membekalkan pelbagai khasiat penting untuk ibu dan bayi seperti folic acid, kalium, serat dan vitamin B6.
12. Kurma
Kurma adalah buah untuk ibu berpantang yang baik untuk diamalkan kerana mengandungi khasiat yang tinggi seperti zat besi, vitamin K dan folat.
Ia juga merupakan antara buah yang tinggi kandungan serat bagi melancarkan sistem pencernaan si ibu.
13. Avokado
Walaupun harganya agak keras, namun khasiat avokado sememangnya cukup baik untuk ibu bersalin.
Kandungan asid lemaknya yang tinggi dapat menggalakkan penghasilan susu badan dan menstabilkan kadar gula serta kolesterol secara semulajadi.
Buah-buahan untuk ibu berpantang ini bukan sahaja mudah dijumpai, malah ia sangat baik untuk diamalkan.
Mengikut jenis buah, sesetengahnya bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ada juga yang dapat menggalakkan penghasilan susu badan dan mencegah sembelit.
Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu merancang pemakanan ketika waktu berpantang. Selamat mencuba!
Sumber : Motherhood, Hello Doktor