15 Makanan Naikkan HB Yang Kaya Dengan Zat Besi

Adakah anda sering mengalami masalah kekurangan darah dan mudah lesu setiap hari? Jika ya, maka anda perlulah mula amalkan makanan berkhasiat dan tinggi kandungan zat besi.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis makanan seperti kekacang, sayur-sayuran dan rempah ratus yang baik untuk diamalkan bagi meningkatkan kandungan darah merah.

Ayuh kita semak satu persatu!

15 Makanan Naikkan HB Yang Tinggi Zat Besi dan Nutrisi Sampingan

1. Kerang

Kerang merupakan antara makanan yang sering diambil bagi yang ingin menambah darah.

Malah, boleh dikatakan semua jenis kerang-kerangan diperkaya dengan zat besi yang bagus untuk penghasilan darah.

Selain itu, kerang-kerangan juga didapati dapat tingkatkan kolesterol baik dalam badan.

2. Telur

Telur adalah antara makanan naikkan HB yang mungkin ramai terlepas pandang. Bukan sahaja murah, malah sebiji telur mengandungi sehingga 1.89 miligram zat besi.

Ia juga sangat bagus untuk kuatkan sistem ketahanan tubuh dan meningkatkan tenaga.

3. Biji Labu

Enak dan mudah untuk dimakan, biji labu bukan sahaja dapat membantu tambahkan darah, malah ia turut padat dengan manfaat vitamin K, zink dan mangan.

4. Hati & Organ Dalaman

Boleh dikatakan hampir semua organ dalaman haiwan mengandungi zat besi yang tinggi. Contohnya, 100 gram hati lembu mempunyai 6.5 gram zat besi.

5. Bawang Putih

Sering digunakan dalam masakan, bawang putih mampu tingkatkan kandungan darah dan mengurangkan tekanan darah.

makanan naikkan hb

6. Bawang Merah

Selain bawang putih, bawang merah juga dapat membantu lancarkan peredaran darah dan menambah kandungan darah dalam badan.

Pada masa yang sama, flavonoid yang terkandung di dalamnya juga baik untuk kesihatan jantung.

7. Sayur Bayam

Bayam merupakan antara makanan naikkan HB yang sangat popular. 100 gram bayam yang terkandung 2.7 mg zat besi iaitu bersamaan 15% daripada keperluan harian badan.

8. Coklat Gelap

Anda peminat coklat gelap? Walaupun rasanya pahit, namun ia merupakan sumber zat besi yang baik dan kaya dengan antioksida. Namun, jangan berlebihan ya kerana kadar kalori dalam coklat ini agak tinggi.

9. Kacang Pistachio

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, kacang pistachio mengandungi vitamin B6 yang bagus bagi membantu pembentukan hemoglobin darah.

Bukan sahaja lazat, malah ia juga kaya dengan fiber bagi membantu seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

makanan naikkan hb

10. Kunyit

Bagi yang belum tahu, kunyit sudah diamalkan selama bertahun-tahun dalam perubatan herba Cina bagi menambah darah.

Manfaat curcumin yang ada dalam rempah ini juga mampu mengurangkan inflamasi dan stres oksidatif dalam badan.

11. Ikan Kembung

Ikan kembung memang enak dijadikan lauk atau digoreng ringkas. Ibu-ibu hamil yang nak tambahkan darah memang bagus amalkan makan ikan kembung kerana ia tinggi kandungan zat besi dan mampu membekalkan asid lemak omega-3.

12. Asparagus

Asparagus merupakan satu lagi sayur yang kaya dengan khasiat zat besi lebih-lebih lagi jika ia dimakan mentah.

Kalau nak tahu, secawan asparagus mampu membekalkan hampir 3 miligram zat besi.

13. Kacang Kuda

Kacang kuda juga merupakan satu lagi kekacang yang mampu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.

Secawan kacang kuda kukus mengandungi 5 miligram zat besi dan sesuai untuk dijadikan snek bagi seisi keluarga.

14. Brokoli

Secawan brokoli mampu membekalkan 1 miligram zat besi dan baik untuk kesihatan jantung.

15. Tuna Dalam Tin

Sesuai untuk dinikmati bersama roti, setin tuna dalam tin mengandungi 2.7 miligram zat besi. Selain itu, ia juga padat dengan khasiat lain iaitu potassium, vitamin B serta D.

makanan naikkan hb

Rupanya terdapat banyak jenis makanan yang boleh dinikmati sebagai hidangan utama dan snek untuk menambahkan darah.

Kebanyakan makanan ini juga mudah untuk dijumpai di pasar raya dan mudah untuk disediakan di rumah. Selamat mencuba!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85