5 Face Mask Buah Berkesan Untuk Kulit Wajah Berminyak

Siapa sahaja yang tidak ingin tampil cantik dan menarik? Untuk itu banyak perkara yang harus diperhatikan oleh wanita. Salah satunya adalah kulit wajah. Untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat dan sedap dipandang, ada baiknya jika kita memanfaatkan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan.

Selain boleh dimakan, manfaat daripada buah juga boleh didapati dengan cara lain iaitu dengan dijadikan sebagai face mask. 5 buah ini dikatakan berkesan sekaligus mampu untuk mengatasi kulit berminyak dan menghasilkan kulit yang sihat.

PISANG

Selain boleh dimakan untuk mengurangkan kejang saat haid, pisang juga mengandungi Vitamin A, B dan E yang bermanfaat untuk mencegah penuaan awal. Cara membuat mask muka dari pisang adalah dengan cara lenyekkan pisang, lalu aplikasikan pada wajah dan leher selama 15-20 minit. Jika anda berjerawat, anda boleh menambah madu di dalamnya. – madu campur dengan pisang yang dilenyek (masalah wajah berjerawat)

LEMON

Lemon mengandungi Vitamin C yang dapat membuat kulit anda lebih cerah dan mengurangkan noda bekas jerawat. Cara membuat mask muka dari lemon adalah dengan mengambil kulit lemon dihancur nipis, kemudian tambah madu, lalu aplikasikan ke wajah dan leher anda. Untuk hasil yang maksimum, cuba dengan meminum air lemon hangat yang ditambah madu untuk membersihkan kulit dari dalam.

EPAL

Epal mengandungi banyak antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel-sel kulit. Selain itu, epal juga mengandungi elastin dan kolagen. Kedua zat tersebut dapat membuat kulit kekal muda. Kisar epal dan campurkan dengan madu serta air mawar, lalu aplikasikan pada wajah anda. Kulit anda akan nampak semakin cerah dan tampak muda.

BETIK

Sama seperti epal, betik juga mengandungi antioksidan yang bermanfaat untuk mencegah penuaan kulit. Betik juga mengandungi bahan yang  yang berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuat kulit semakin cerah. Caranya iaitu dengan lenyekkan betik kemudian aplikasikan pada kulit wajah dan leher anda.

MANGGA

Mangga bukan hanya buah yang enak rasanya, tapi juga banyak manfaatnya. Sama halnya dengan beberapa buah lain, mangga juga mengandungi Vitamin A dan antioksidan. Kandungan tersebut sangat baik untuk mencegah penuaan kulit, regenerasi kulit serta mengetatkan kulit.

Tiada waktu yang spesifik untuk memakai face mask. Apa yang penting, selepas anda rasa face mask anda sudah kering, anda boleh mencuci muka anda dengan air bersih. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: