Nak ‘Glowing’?, Ketahui Langkah Penjagaan Wajah Dan Langkah Penjagaan Wajah Yang Sebenar!

Semua orang impikan kulit wajah yang bersih, sihat dan berseri. Untuk mendapatkan kulit wajah seperti yang diimpikan bermula daripada asas dan rutin penjagaan wajah yang betul. 

Maka, anda perlu mengetahui dan memahami asas dan langkah penjagaan wajah yang sebenar bagi diaplikasikan sebagai rutin harian agar kulit impian anda tercapai. Sekiranya anda dapat memahaminya dengan baik, semuanya akan menjadi lebih mudah. 

Hal ini juga penting untuk mengelakkan pembaziran kerana tersalah membeli produk serta yang paling utama, dapat mengurangkan risiko kulit wajah anda ‘breakout’ disebabkan oleh rutin penjagaan wajah yang salah dan tidak sesuai.

Jom ketahui tips dan langkah sebenar penjagaan wajah seperti yang telah disenaraikan di bawah berdasarkan saranan pakar. 

5 Asas & Langkah Sebenar Penjagaan Wajah

1. Pencuci Muka (Cleanser)

Penjagaan Wajah

Langkah pertama dalam rutin harian penjagaan kulit wajah ialah mencuci muka. Oleh itu, anda perlukan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda dan menggunakan teknik yang betul ketika mencuci muka. 

Fungsi pencuci muka ialah untuk membuang segala kekotoran seperti debu, minyak, makeup dan sebagainya yang melekat pada kulit wajah walaupun tidak nampak menggunakan mata kasar. 

Mencuci muka dengan air tidak cukup kerana tidak semua ‘kekotoran’ yang ada pada wajah kita larut air, contohnya sisa-sisa makeup. 

Untuk membeli pencuci muka, anda perlu mengetahui jenis kulit anda sama ada kering, berminyak ataupun kombinasi agar ia dapat berfungsi dengan maksimum untuk mengelakkan kulit wajah anda berjerawat kerana terlalu kering atau berminyak. 

TIPS: Urutan ketika mencuci muka adalah sangat baik untuk membantu melancarkan peredaran darah ke kulit muka dan menjadikan kulit kita kelihatan glowing dan lebih sihat.

Buat urutan secara bulatan kecil pada bahagian dagu, atas mulut, sekeliling mata ketika sedang mencuci muka. Urut secara perlahan-lahan sahaja.

2. Toner

Selepas mencuci muka, anda disyorkan untuk memakai toner untuk melembapkan lagi wajah anda.  Namun, sekiranya tidak mempunyai toner, anda boleh langkau (skip) langkah ini. 

Fungsi toner adalah bergantung kepada bahan dan jenisnya. Selalunyanya ia digunakan untuk melembapkan wajah dan membantu mengembalikan pH kulit ke pH semulajadi setelah mencuci muka. 

TIPS: Elakkan memilih toner yang mempunyai kandungan alkohol kerana boleh menyebabkan iritasi serta kulit kering. Pilih toner yang berasaskan air lebih lebih lagi sekiranya anda mempunyai kulit kering. 

3. Pelembap 

Langkah Penjagaan Wajah

Seperti namanya, fungsi pelembap adalah untuk melembapkan wajah dan mengekalkan hidrasi kulit. Ia juga berfungsi untuk menghalang lembapan daripada mudah tersejat daripada kulit.

Setelah mencuci muka, langkah seterusnya ialah memakai pelembap.Sekiranya anda mempunyai toner, anda boleh memakai toner sebelum memakai pelembap. 

TIPS: Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda. Sekiranya kulit anda jenis berminyak, anda disyorkan untuk memilih pelembap gel berbanding krim kerana pelembap yang bertekstur krim boleh menyebabkan kulit anda bertambah berminyak. 

4. Pelindung Matahari  (Sunscreen/Sunblock)

Langkah Penjagaan Wajah

Ini adalah merupakan langkah yang penting dalam penjagaan kulit wajah. Memakai pelindung matahari bukan sahaja untuk melindungi wajah daripada cahaya matahari tetapi juga untuk membantu menghilangkan kekusaman kulit. 

Kesemua langkah sebelum ni jadi sia-sia sahaja kalau kita tak melindungi kulit kita daripada sinar matahari.

Pilih pelindung matahari yang mempunyai SPF (Sun Protection Factor) yang tinggi. Semakin tinggi SPF maka semakin lama berfungsi untuk melindungi di bawah matahari. Jangan lupa beli micellar water bila pakai sunscreen/sunblock.

Hal ini kerana, kebanyakan suncreen/sunblock tidak larut air, maka anda perlu pakai micellar water terlebih dahulu untuk membersihkannya sebelum mencuci muka. 

TIPS: Micellar water >  Pencuci muka > Exfoliate (seminggu sekali) > Toner (boleh skip) > Pelembap > Pelindung matahari (sunscreen/sunblock) 

5. Exfoliate

Langkah Penjagaan Wajah

Selain 4 langkah di atas, langkah seterusnya adalah exfoliate. Anda perlu exfoliate wajah anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

Anda boleh menggunakan exfoliator seperti skrub untuk exfoliate wajah anda. Fungsinya adalah untuk membuang sel kulit mati pada wajah bagi menggantikannya dengan kulit yang baru agar kulit wajah anda kelihatan sihat sentiasa. 

TIPS: Jangan exfoliate secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan kekeringan kulit. 

Kesimpulan 

Akhir kata, dengan memahami asas penjagaan kulit wajah ini, anda boleh mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah untuk kesan yang lebih baik. Pastikan anda mengetahui jenis kulit anda serta bahan yang sensitif pada kulit anda dalam pemilihan produk penjagaan wajah. 

Jangan lupa jaga pemakanan. Kulit wajah yang sihat hasil daripada pemakanan serta gaya hidup yang sihat juga!

Sumber: https://getjelita.com/tips-penjagaan-muka/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161