Tips Memilih Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak, Dijamin Berkesan!

Kulit berminyak adalah salah satu masalah kulit wajah yang sering berlaku. Kesan buruk daripada kulit berminyak yang tidak dirawat ialah boleh menyebabkan jerawat kerana minyak boleh menyumbat liang pori-pori dan seterusnya memicu pertumbuhan jerawat.

Pemilihan pencuci muka yang betul amat penting untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Umum mengetahui, fungsi pencuci muka adalah untuk membersihkan kotoran di wajah. Namun, adakah pencuci muka yang anda pilih berkesan dalam menghilangkan minyak di wajah anda? 

pencuci muka untuk kulit berminyak

Mari teruskan membaca untuk mengetahui tips memilih pencuci muka khususnya untuk kulit berminyak. 

Tips Memilih Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak 

  • Mampu membersihkan kotoran dari wajah secara keseluruhan

Pilih pencuci muka yang mampu menyingkirkan segala kekotoran di wajah anda termasuklah membersihkan minyak dan liang pori-pori. 

Untuk menguji tahap keberkesanan pencuci muka anda, ambil sekeping kapas dan letakkan sedikit toner. Kemudian, sapukan pada kulit wajah selepas mencuci muka. Sekiranya masih ada sisa kotoran pada kapas, ini bermakna muka anda tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pencuci muka anda.

  • Tidak mengeringkan kulit wajah

Sebenarnya ramai yang masih tidak tahu atau keliru, bahawasanya sekiranya anda mempunyai kulit berminyak anda perlu mengelakkan pencuci muka yang boleh mengeringkan kulit wajah. 

Hal ini kerana, apabila kulit menjadi kering, kelenjar minyak di bawah kulit mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menampung kehilangan kelembaban kulit. Maka kulit akan menjadi lebih berminyak dan peluang untuk jerawat muncul sangat tinggi.

  • Melembapkan kulit 

“Hydration is the key” . Begitulah. Anda perlu memilih pencuci muka yang melembabkan kulit wajah selain mampu membersihkan secara keseluruhan. Seperti yang dinyatakan diatas, kekeringan kulit akan menyebabkan risiko pertumbuhan jerawat lebih tinggi. 

  • Elakkan pencuci muka dengan kandungan bahan kimia yang tinggi

Selain melembabkan, pilih pencuci muka yang tidak mengandungi banyak bahan kimia yang ‘harsh’ dan bertindak secara lembut. Pencuci muka yang memiliki bahan kimia terlalu kuat akan memberi kesan sampingan pada kulit dan merosakkan ‘barier’ kulit wajah anda. 

  • Elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet

Pencuci muka yang yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet seperti Paraben atau Phenoxyethanol Methylchloroisothiazolinone boleh menyebabkan alahan pada kulit. 

  • Pencuci muka dengan pH bersesuaian

Tipsnya adalah, pilih pencuci muka yang mempunya pH lebih kurang sama dengan pH muka kita iaitu sedikit berasid dalam ph 4-6. 

Cara Penjagaan Wajah Yang Betul 

  1. Pastikan anda mencuci muka anda dua kali sehari; waktu pagi dan sebelum tidur. JANGAN kerap membasuh wajah kerana ia menyebabkan kulit wajah anda menjadi kering. Kulit kering akan menghasilkan lebih banyak lebihan minyak. 
  1. Pakai pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Anda perlu mengetahui jenis kulit anda terlebih dahulu; berminyak, kering atau kombinasi. 

Sebagai contoh, sekiranya kulit anda berminyak pilih pencuci muka yang  mengandungi benzoyl peroksida, asid salisilik, asid glikolat atau asid beta hidroksi dalam bahan-bahannya. Bahan ini adalah baik untuk bukan sahaja kulit berminyak tetapi juga kulit jerawat.

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah anda perlukan ‘try and error’ . Oleh itu, teruskan mencuba dan cakna terhadap perubahan kulit wajah anda setelah mencuba sesuatu produk. 

  1. JANGAN suka memegang wajah anda atau menggosok wajah dengan kasar. Di tangan manusia terdapat banyak bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. 

Bukan itu sahaja, ketika mencuci wajah, elakkan menggosok wajah dengan kasar. Anda hanya perlu gunakan hujung jari anda secara perlahan-lahan sambil menggosok perlahan. Menggosok secara kasar akan menyebabkan wajah anda bertambah berminyak. 

  1. Pilih produk solekan yang sesuai

Untuk kulit wajah yang berminyak, pilih barangan solekan yang berasaskan gel, cecair dan serbuk. Elakkan memakai solekan jenis krim kerana ia boleh menutup liang roma. 

Selain itu, pilih barang solekan yang berasaskan air bukan minyak. Sekiranya perlu, pilih barang solekan yang dilabel “non-acnegenic” atau “non-comedogenic” untuk mengurangkan risiko liang pori-pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat.  

Jangan pakai produk yang telah tamat tempoh. 

  1. Exfoliate

Jangan lupa exfoliate tau! Exfoliate adalah berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati. Tetapi jangan buat selalu. Seminggu sekali dah cukup.

Kredit: hellodoktor.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161