Gayat Adalah Penyakit! Kenali Acrophobia Dan Cara Atasinya

Anda pernah berasa takut dan gayat apabila berada di tempat tinggi atau terlalu takut dengan sesuatu perkara dan situasi? Sebenarnya perasaan itu adalah normal namun jika anda mengalami ketakutan yang berlebihan, anda sebenarnya mengalami gejala Acrophobia.

Apa itu Acrophobia? Adakah situasi dan perasaan ini tergolong dalam penyakit? Jom kita selami pengertian Acrophobia dengan lebih mendalam dan teliti.

Maksud Acrophobia

Acrophobia adalah ketakutan yang berlebihan atau ketakutan yang ekstrem terhadap ketinggian. Fobia merupakan sebahagian daripada gangguan kecemasan, di mana seseorang memiliki ketakutan yang yang melampau atau tidak rasional terhadap objek ataupun situasi tertentu.

Acrophobia merupakan salah satu jenis fobia yang sering dialami oleh orang ramai. Kebanyakan penderita acrophobia ialah lebih kepada kaum wanita.

Penyebab Acrophobia

Beberapa faktor yang boleh dikira menjadi asabab utama timbulnya acrophobia pada seseorang adalah:

  • Pengalaman trauma, terutamanya yang berkaitan dengan jatuh dari tempat yang tinggi atau kemalangan yang lain. Rasa takut kepada ketinggian merupakan rasa takut yang normal ada pada manusia.
  • Namun, jika timbul pengalaman yang memberi kesan trauma, rasa takut ini dapat berubah menjadi berlebihan dan menimbulkan gangguan acrophobia. Rasa takut berlebihan ini juga akan muncul kerana menyaksikan orang lain mengalami kemalangan yang berkaitan dengan ketinggian.
  • Faktor evolusi. Seperti yang dijelaskan sebelumnya, rasa takut kepada ketinggian pada dasarnya memang satu perkara normal yang dialami semua orang. Bahkan bayi dan kanak-kanak juga akan menunjukkan rasa takut apabila berada di tempat yang tinggi. Apabila mekanisme perlindungan ini menjadi ekstrem, seseorang akan mengalami acrophobia.
  • Melihat orang lain mengalami ketakutan . Sebagai contoh, seorang anak yang melihat ibu atau bapa mereka mengalami acrophobia akan cenderung lebih mudah untuk mengalami acrophobia juga.
Penyakit Acrophobia (Nantpipat Vutthisak/Shutterstock)

Diagnosis Acrophobia

Jika Anda mengalami gejala acrophobia selama enam bulan atau lebih, dan gejala-gejala tersebut boleh mengganggu kehidupan harian anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengatasi sebaiknya keadaan ini.

Umumnya, gangguan ini dapat didiagnosis melalui anamnesis atau kaunseling psikologi . Doktor akan bertanya mengenai gejala yang dirasakan ketika berada di tempat yang tinggi, bagaimana gejala tersebut muncul, kejadian yang mengakibatkan trauma di masa lalu berkaitan dengan ketinggian, dan sebagainya.

Gejala Acrophobia

Tanda-tanda yang dapat dikenali dari seseorang yang memiliki gangguan acrophobia adalah:

  • Serangan panik ketika berada di tempat yang tinggi. Rasa panik ini biasanya disertai dengan gejala bernafas dengan laju, detak jantung yang tidak teratur, berpeluh, rasa mual, gemetar, pengsan atau berasa pening, dan sebagainya.
  • Rasa takut yang kuat ketika mendaki, menuruni, atau berada di tempat yang tinggi.
  • Rasa cemas yang muncul ketika menuju ke tempat yang tinggi.
  • Timbul reaksi mendadak ketika berada di tempat tinggi, misalnya berlutut, mencari sesuatu untuk dipegang, dan sebagainya.
  • Menghindari ketinggian (seseorang yang mengalami acrophobia akan menghindarkan diri daripada berkerja di tempat tinggi, atau mengelak daripada bertemu rakan yang tinggal di apartemen atau kondominium tinggi, dan sebagainya).
  • Ada juga beberapa kes yang boleh menjadi punca serangan vertigo.
  • Menyedari ketakutan tersebut tidak relevan.

Rawatan Acrophobia

Beberapa jenis terapi dan ubat boleh diambil bagi mengatasi masalah acrophobia, antaranya:

  • Desensitisasi. Terapi ini dianggap sebagai terapi yang efektif untuk menangani acrophobia. Pakar terapi akan memberikan paparan mengenai hal yang menakutkan kepada pesakit, dan secara bertahap berusaha mengurangi rasa takut tersebut. Misalnya, untuk masalah acrophobia,pakar terapi terapi akan memberikan tugas menaiki tangga, secara bertahap dan tangga yang perlu dinaiki akan semakin tinggi dan rasa takut menaiki tangga perlahan-lahan boleh dikurangkan.
  • Melalui proses ini pakar terapi berusaha memahami mengapa dan bagaimana pesakit menjadi takut terhadap ketinggian. Metode relaksasi dapat diajarkan kepada pesakit untuk membantu mengatasi rasa takut tersebut.
  • Cognitive behavioural therapy (CBT). Melalui terapi ini seseorang yang mengalami acrophobia akan diajar untuk memodifikasi perilaku ketakutan dengan perilaku yang positif.
  • ubat seperti anti-ansietas dan anti-depresan akan diberikan untuk membantu mengawal gejala acrophobia.

Jika anda mengalami situasi ini secara berelebihan, sebaiknya anda disarankan untuk bertemu dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan bantuan. Selain itu anda juga boleh mengetahui tahap ketakutan anda dan rawatan apa yang wajar diberikan bagi membendung gejala acrophobia ini.

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: