Baik Untuk Kesihatan Tubuh dan Minda, Ini Khasiat Kacang Kuda Yang Ramai Tak Tahu

Kacang kuda atau chickpeas merupakan kekacang yang popular sebagai snek atau dijadikan ramuan dalam hidangan Timur Tengah.

Ia bukan sahaja enak dimakan, malah ia mampu menawarkan pelbagai nutrisi untuk tubuh seperti serat, vitamin dan mineral serta berupaya dalam melancarkan pencernaan.

kacang kuda
Kredit Foto : keluarga.my

Baca Juga : Chia Seed : Bijian Kecil Dengan Manfaat Yang Besar

Dalam 164 g kacang kuda, ia mampu membekalkan pelbagai khasiat seperti :

Protein : 14.5 g

Karbohidrat  45 g

Serat : 12.5 g

Manganese : 74 % daripada keperluan harian

Kuprum : 64 % daripada keperluan harian

Zat besi : 26 % daripada keperluan harian

Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan

Antara khasiat yang boleh didapati daripada kacang ini ialah :

1. Dapat Membantu Mengawal Selera Makan

Memetik Healthline.com, kandungan protein dan serat dalam kacang kuda didapati membantu dalam mengawal selera makan secara berkesan.

 Gabungan protein dan serat dalam pemakanan mampu melambatkan penghadaman sekaligus membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

Pengambilan serat dalam diet juga sangat baik untuk mengelakkan sembelit serta bagus untuk kesihatan sistem penghadaman.

2. Berpotensi Untuk Membantu Dalam Kawalan Berat Badan

Kesan kenyang yang lebih lama apabila mengambil kacang ini juga menjadikannya sesuai untuk diamalkan bagi mengawal berat badan.

Sebuah kajian mendapati pengambilan kacang ini secara konsisten dapat membantu individu mendapatkan BMI yang lebih normal sebanyak 53%.

Peserta yang menyertai eksperimen ini turut mendapati penurunan saiz pinggang berbanding yang tidak amalkan kacang kuda.

kacang kuda

3. Sumber Protein Tumbuhan Yang Baik

Secawan kacang kuda mampu membekalkan sehingga 14.5 g protein.

 Ini menjadikan kacang ini sebagai alternatif yang baik untuk sumber protein bagi yang ingin mengelak pengambilan daging yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol.

Beberapa kajian juga mendapati kandungan protein dalam kacang kuda adalah lebih berkualiti berbanding kekacang lain.

Ini adalah disebabkan kelebihan khasiat asid amino penting yang dijumpai dalam kacang ini.

Diet tinggi protein juga sangat digalakkan bagi mengawal berat badan, menguatkan tulang serta otot. 

Anda juga boleh pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber lain seperti quinoa untuk melengkapi khasiat asid amino methionine yang tidak dibekalkan oleh kacang kuda.

4. Membantu Menstabilkan Gula Dalam Darah

Kacang ini juga sangat baik diamalkan dalam diet pesakit diabetes.

Ia mempunyai nilai GI rendah yang membantu dalam mengawal paras gula dalam badan secara berkesan.

Tambahan pula, serat dan protein dalam kacang kuda juga amat membantu dalam kawalan kadar gula dalam darah.

Hal ini adalah disebabkan oleh kemampuan serat dalam memperlahankan penyerapan karbohidrat bagi mencegah kenaikan gula dalam darah secara mendadak.

Sebuah kajian juga mendapati pengambilan kacang kuda dapat melawan kenaikan gula sebanyak 36%.

Beberapa kajian lain turut melihatkan keberkesanan pengambilan kacang kuda dalam mencegah diri daripada penyakit kronik seperti diabetes, dan sakit jantung.

Kredit Foto : siraplimau.com

5. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Serat yang dijumpai dalam kacang ini merupakan serat mudah larut yang berupaya dalam menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Ini bagi mengurangkan penyakit berkaitan penghadaman seperti kanser kolon dan keradangan sistem pencernaan (IBS).

6. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Kacang ini merupakan sumber magnesium dan kalium yang baik untuk mencegah darah tinggi.

Kandungan serat larutnya pula didapati baik dalam mengurangkan kandungan triglicerida dan kolesterol jahat yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung.

7. Berpotensi Dalam Mencegah Kanser

Beberapa kajian mendapati potensi kacang kuda dalam mencegah perkembangan sel kanser.

Sebuah kajian mendapati pengambilan kacang ini dapat menggalakkan penghasilan butyrate iaitu asid lemak yang dapat mengurangkan keradangan serta risiko kanser kolon.

Ia juga mengandungi saponin iaitu komponen semulajadi yang terbukti secara saintifik dalam merencatkan pertumbuhan tumor.

Di samping itu, kacang kuda juga mampu membekalkan beberapa vitamin dan mineral penting yang boleh mencegah risiko kanser payudara dan kanser paru-paru seperti vitamin B.

8. Baik Untuk Kesihatan Minda

Kacang kuda juga didapati mengandungi choline iaitu komponen aktif yang baik untuk meningkatkan fungsi otak lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

Kajian lain mendapati kacang ini juga diperkaya dengan nutrisi penting lain yang baik dalam mencegah kemurungan dan keresahan seperti mangnesium, selenium dan zink.

9. Sumber Zat Besi Yang Baik

Secawan kacang kuda mampu membekalkan sehingga 26% keperluan zat besi harian.

Seperti yang kita tahu, zat besi adalah mineral yang penting dalam penghasilan sel darah merah, membantu perkembangan fizikal dan mental, serta meningkatkan metabolisma otot.

Badan yang tidak mendapat zat besi yang mencukupi boleh menghalang pembentukan sel darah merah secara efisien.

Keadaan ini akan menyebabkan badan rasa lemah, lesu dan mudah tercungap-cungap.

Tidak hanya itu, kacang ini juga mengandungi vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih berkesan.

Memang rugi jika tak amalkan pengambilan kacang kuda setiap hari.

Dengan kandungan proteinnya yang cukup tinggi, ia juga boleh dijadikan pengganti bagi daging.

Ia juga diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin, mineral, dan serat serta didapati baik dalam menstabilkan paras gula, membantu dalam mengurangkan berat badan serta baik untuk kesihatan minda.

Sumber :

10 Science-Backed Benefits of Chickpeas

https://www.healthline.com/nutrition/chickpeas-nutrition-benefits

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85