Panduan Selawat Nuril Mubin Berserta Teks Rumi & Terjemahan

Selawat Nuril Mubin atau nama panggilan lainnya adalah Selawat Al-Musthofa adalah selawat yang mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Ia banyak digunakan untuk tujuan menunaikan hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan meraih cahaya Ilahi untuk keberkatan hidup seperti yang dikatakan oleh Sayyid Ahmad Ruslan.

Disusun oleh seorang ulama terkenal iaitu Wali Qutub Al-Imam Ahmad Al-Badawi RA. Dikatakan nasab pencipta selawat ini bersambung dengan Rasulullah SAW bermula dengan,

Ahmad bin ‘Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakar bin Ismail bin’ Umar bin ‘Ali ibn Utsman ibn al-Husain bin Muhammad ibn Musa al-Ashhab bin Yahya bin ‘Isa bin’ Ali bin Muhammad bin Hasan bin Ja’far bin ‘Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad ibn’ Ali ar-Ridha bin Musa al-Kazim bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin [Zain al-‘Abidin]’ Ali ibn al-Husain bin Fatimah, putri Nabi Muhammad SAW.

Teks selawat nuril mubin (Arab)

صَلَّى اللهُ رَبُّنَا عَلى نُوْرِ الْمُبِيْن

أَحْمَدَ الْمُصْطَفَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْن

Teks selawat nuril mubin (Rumi)

Sollallahu rabbuna ‘ala nuril mubin. Ahmadal mustofa sayyidil mursalin.

Terjemahannya

Maksudnya: “Allah berselawat ke atas cahaya dan nyata. Ahmad Al-Musthofa penghulu sekalian Rasul.”

Kesimpulan

Allah SWT memulakan perintah untuk berselawat dengan dzat Nya dan para malaikat terlebih dahulu, sebelum kita sebagai orang-orang beriman dituntut untuk mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Firman Allah SWT dalam Al-Quran,

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Semoga dengan perintah melafazkan selawat kepada Rasulullah SAW ini bukan sahaja menjadi perkara yang dijadikan amalan setiap hari tetapi juga untuk belajar bagi mendalami setiap butir perkataan yang dilafazkan agar kita rasa kelazatan dalam selawat itu.

Rujukan

  1. Nur Muhammad SAW Nurul Mubin. TV Tarekat.com
  2. Selawat Nuril Mubin. Abu Khadijah Studio, Ustaz Wadi Anuar
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113