Tips Mesin Rumput Yang Berguna Untuk Dipraktikkan

Adakalanya terasa cepat je rumput belakang rumah panjangkan, macam baru je potong beberapa hari yang lalu. Nak upah orang banyak kali, kos pulak. 

Hah, untuk artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa tips mesin rumput  yang amat berguna terutamanya kepada sesiapa yang baru pertama kali hendak mencuba. Bolehlah anda jadikan artikel ini sebagai panduan dan dapatlah anda berjimat. 

Okay, jom baca!

Tips & Panduan Mesin Rumput Buat Yang Baru Mencuba

mesin rumput
  1. Pilih Jenis Mesin Rumput Yang Sesuai & Ingin Digunakan

Anda boleh pilih diantara 4 jenis mesin yang ada iaitu; mesin rumput tolak, mesin rumput sandang, mesin rumput elektrik atau mesin rumput propane. 

Sebelum memilih, anda kena tahu serba sedikit mengenai keempat-empat jenis mesin rumput ini. 

M. R. TolakBeroda empatPerlu ditolak untuk memotong rumput Sesuai untuk kawasan yang lapang dan rataKurang memenatkan digunakan berbanding jenis mesin yang sandangMemerlukan ruangan penyimpanan yang besar
M.R. SandangDipakai di badan seperti backpackBerat & memenatkanSesuai digunakan dimana sahaja termasuklah kawasan berbukit dan tidak rata, celah-celah pokokTidak memerlukan ruang penyimpanan yang besarTerdapat dua jenis, iaitu: 2 lejang (2T), 4 lejang (4T)
M.R. Elektrik Terbahagi kepada dua, iaitu: menggunakan kuasa elektrik, menggunakan kuasa bateriJarang digunakan di MalaysiaTidak tahan lasak Tidak begitu efisien (kuat) memotong rumputMudah digunakanMesra alam
M.R. PropaneMenggunakan gas propane sebagai bahan bakar Berkuasa seperti mesin rumput sandang 4 lejang (4T)
  1. Jenama Mesin Rumput

Setelah mengetahui jenis mesin rumput yang sesuai dan anda ingin gunakan, kini anda boleh memilih jenama mesin yang dipercayai kualitinya. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mempertimbangkan bajet yang anda sediakan. 

Adalah disyorkan untuk anda memilih jenama yang ekonomi dari segi penggunaan minyak, mudah dapat alat ganti, mudah digunakan, dan mempunyai daya ketahanan yang lama. Antara jenama yang popular ialah Honda, Tanagawa, Bosch, Kasei, Stihl dan lain-lain. 

Sebelum melakukan pembelian, anda boleh cuba buat carian review mengenai jenama dan jenis mesin yang anda ingin beli. 

  1. Gantikan Bilah Pisau Dengan Tali Nylon

Ketika memotong rumput, terdapat risiko keselamatan seperti kecedaran, batu terbang dan lain-lain yang anad perlu ambil perhatian. 

Anda boleh gantikan bilah pisau dengan tali nylon untuk mengurangkan risiko ini. 

  1. Potong Ketika Panas Terik

Bukan nak menyeksa ye, tapi bila panas terik rumput akan kering dan lebih mudah untuk dipotong. Jaid waktu terbaik untuk memotong rumput adalah ketika panas terik atau, anda boleh potong pada waktu petang setelah rumput agak kering akibat cahaya matahari pada waktu tengaharinya tadi. Kalau hujan, tunda dulu hasrat anda. 

Rumput yang basah agak liat dan susah dipotong terutamnaya selepas hujan atau pada waktu pagi kerana terkena rumput masih basah dengan embun. 

  1. Meracun

Sekiranya anda tidak mempunyai masa dan kudrat untuk memotong rumput di kawasan rumah, anda boleh memilih untuk ‘mematikan’ rumput-rumput tersebut dengan menggunakan racun kimia. 

Terdapat pelbagai jenis racun yang dijual di kedai-kedai hardware contohnya seperti, Ecomax, Nufa, Roundup dan lain-lain. Anda boleh minta pandangan pekerja kedai untuk mendapatkan racun yang sesuai. 

  1. Potong Menggunakan Parang, Sabit, dll

Anda juga boleh gunakan kaedah ini untuk memotong rumput sekiranya anda tidak mempunyai mesin rumput. Tetapi ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak. 

  1. Tabur Garam Halus

Satu lagi tips berguna, anda boleh cuba taburkan garam halus di kawasan yang anda ingin mematikan rumputnya. Hal ini kerana, garam halus dikatakan mampu meningkatkan asiditi tanah menjadikan rumput tidak subur dan seterusnya mematikan rumput. Tetapi, cara ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama. 

Kesimpulan

Anda boleh praktikan mana-mana tips dan cara yang dinyatakan diatas mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Sentiasa utamakan keselamatan diri sendiri, orang lain dan juga harta benda ketika menggunakan mesin rumput anda. 

Selamat mencuba!

Sumber: bidadari.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.